Kalau korang baca entri-entri aku sebelum ni, mesti korang tahu kan yang novel pertama aku akan diterbitkan tak lama lagi? Dalam entri aku sebelum ni, aku ada cakap yang novel aku tu akan diterbitkan bulan 3 tahun depan kan? Tapi setelah perubahan jadual, editor tu beritahu aku yang manuskrip aku tu akan diterbitkan untuk koleksi bulan 10 tahun ni juga. Alhamdullillah, itulah yang dinamakan rezeki terpijak ^0^
Untuk pengetahuan korang juga, novel aku itu yang pada asalnya berjudul Sekali Ini Saja sudah ditukar tajuknya menjadi 'Dia Si Katak Puru'. Bak kata editor tu biar lebih komersial. Aku mula-mula tu serius rasa tajuk tu macam kelakar gila, tapi aku terima saja apa yang dicadangkan. Sebab aku tahu pihak penerbit lebih tahu apa yang diorang buat, jadi aku pun okey sajalah.
Jadi setelah aku selesai menyemak novel aku tu buat kali terakhir sebelum diterbitkan (proses pruf), akhirnya tibalah masa yang aku nanti-nantikan. Melihat cover novel aku buat kali pertama.
Colorful kan cover depan tu? Sesuailah dengan aku yang masih muda remaja ni hehe. Thanks kepada pihak grafik Buku Prima sebab mereka cipta cover seperti mana cadangan aku. I love it !
Cover depan dan cover belakang beserta sinopsis. Menarik tak? :)
70% Cinta
50% Sahabat
50% Konflik
40% Keluarga
30% Sedih
Inilah intipati-intipati utama yang terdapat dalam novel aku ni. Aku pun tak suka sangat buat cerita sedih-sedih ni, sebab tulah peratusan kesedihan tu lebih sedikit berbanding yang lain. Konflik yang aku ciptakan antara watak pun bukannya konflik yang terlalu berat sebab aku memang nak jalan cerita novel pertama aku ni jadi seringkas yang mungkin. Cuma ada beberapa elemen misteri yang aku selitkan untuk membuatkan korang tertanya-tanya dan mengikat korang membaca novel aku sampai akhir. Tentang hubungan sebenar antara Firdaus dan Ariana, kenapa Firdaus asyik mengejar-ngejar Ariana dan lain-lain lagi. Jadi jangan risau, korang takkan stress bila baca novel aku ni hehe.
Berikut adalah maklumat berkenaan dengan novel aku ni. Jangan lupa beli tau !
Tajuk : Dia Si 'Katak Puru'
Bilangan muka surat : 596 halaman
Harga : RM 25.00 ( Semenanjung)/ RM 28.00 (Sabah & Sarawak)Aku tahu yang aku masih baru dalam dunia penulisan kreatif ni. Tapi, aku dah cuba melakukan yang terbaik dan setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan hasilnya. Dan aku juga berharap korang juga akan merasakan perkara yang sama setelah membaca novel aku ni. Sebarang kritikan akan aku terima dengan hati terbuka kerana aku tahu tiada yang sempurna dalam dunia ni. Segala sokongan yang korang berikan amatlah aku hargai. Aku berjanji yang aku akan terus menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih !
Regards,
Farrah Izzlorna Asri.


No comments:
Post a Comment