Hai semua!
Aku rasa dah lama aku tak update blog ni. Komen pun banyak yang tak berbalas. Maklumlah, sibuk sangat dengan urusan duniawi. *rolled eyes*
Two years have passed. And guess what? Aku dah ada dua buku baru. Three big claps for myself wohooo. Dalam post terakhir aku sebelum aku menghilangkan diri dari dunia blogging ni, aku memperkenalkan manuskrip kedua aku selepas Dia Si Katak Puru, iaitu Puteriku Anastasia. However sad for me, P.A. bukan salah satu antara buku aku yang terbit. You wanna know why? Nanti-nantilah aku cerita. Sekarang aku nak cakap tentang buku yang dah ada terbentang depan mata dulu.
Buku kedua aku terbit pada bulan September 2016, bertajuk ROOFTOP terbitan Prolog Media. Jalan cerita Rooftop adalah sangat berlainan dari DSKP. Rooftop bertemakan misteri, supernatural (kind of), a lil bit lovey dovey, dan sangat simple.
To be honest, DSKP adalah buku pertama aku dalam dunia penulisan, tapi Rooftop yang membuatkan nama aku dikenali. And I'm really thankful for that. Aku rasa salah satu faktor yang menyumbang adalah aku adalah penulis kedua dalam syarikat penerbitan Prolog Media selepas Anna Lee (co-founder Prolog Media), so I think that's why people had put a lot of interest on my book back then. Another factor that I could think of was of course due to good marketing from Prolog itself. Prolog sangat aktif di laman sosial, terutama FB dan rajin berinteraksi dengan para pembaca.
Kalau korang belek-belek album Review Novel Rooftop on my Facebook page atau godek-godek laman Goodreads, you can see that Rooftop has received mixed reviews from the readers. Ada yang kata best, ada yang kata so-so, tak kurang juga yang menghentam. So I was kind of having culture shock here (is it the right term?) since I've never received such reviews for DSKP before.
Bila aku baca review yang kata diorang sukakan buku aku, aku senyum sampai ke telinga. Bila aku baca pretty harsh comments, yeah I admit that aku sentap sesaat dua. Yalah kalau ada orang cakap anak kau tak comel walaupun kau rasa anak kaulah yang paling comel di dunia, mesti kau marah kan. Hahaha. Tapi lepas tu, aku okey ja. Yalah kalau tak tahan nak terima kritikan terhadap buku sendiri, baik tak payah hantar manuskrip untuk diterbitkan. Peram manuskrip kau tu dalam komputer sampai bila-bila. Plus, I myself acknowledge that Rooftop ada banyak kekurangan, and I promise myself to write better in my next manuscript. Jadi aku harap aku dah buat yang terbaik untuk novel aku yang terbaru. Kalau tak belajar dari kesilapan lagi, tak tahulah nak ooi.
So, sekian saja daripada aku. Mood kemalasan kembali menyerang. Lain kali bila aku ada masa, kita sembang-sembang novel lagi. Adios.
No comments:
Post a Comment