Monday, 11 August 2014

Pengalaman Menulis Novel : Penantian Lima Tahun Akhirnya Berbaloi

Assalamualaikum

Hello uollls! So, memandangkan sekarang ni aku tengah stress tahap gaban disebabkan assignment, test, and quiz aku yang berlambak-lambak, jadi aku mengambil keputusan untuk take a break and menceritakan pengalaman aku masa mula-mula menulis novel dulu.

Sebenarnya, Sekali Ini Saja bukan manuskrip pertama yang aku hantar kepada Buku Prima. Manuskrip pertama yang aku hantar bertajuk Puteriku Anastasia, tapi kena tolak sebab kandungannya yang inappropriate hehe. Biasalah, masa aku tulis tu otak aku ni masih kebudak-budakan lagi, main taip je apa yang terlintas dalam fikiran. Plus silap aku juga sebab tak baca guideline ciri-ciri penulisan yang harus ada dalam novel Buku Prima. Aku ingat masa tu aku boleh je tulis apa yang aku nak, sebab aku ada je baca jenis cerita macam tu dalam novel syarikat penerbitan yang lain.

Nak dijadikan cerita, berbanding dengan Sekali Ini Saja yang hanya mengambil masa tiga bulan lebih untuk aku siapkan, guess berapa banyak masa yang aku ambil untuk siapkan P.A? Setahun lebih ! Bermula masa aku awal form 2 sehinggalah pertengahan bulan 3 masa aku form 3. Tapi aku mengambil masa yang lama disebabkan oleh beberapa faktor. First, kekangan masa. Aku kan masa tu tengah sibuk prepare untuk PMR *aceceh kononnya la kan*.  Second, writer block syndrome datang menerjah aku dengan kerap sangat-sangat. Aku masih ingat lagi satu hari tu di mana aku just stay still in front of my computer tanpa taip apa-apa selama lima jam. Stress aku time tu memang tak dapat imagine la kan. Third, keadaan komputer aku time tu boleh diklasifikasikan berada dalam keadaan nazak. Kadang-kadang boleh buka, kadang-kadang tak boleh. Ada sekali tu sampai sebulan tak boleh on. Puas lah aku nak kena pintal wire kat belakang tu dan aku pun tak tahu dah berapa kali aku hempuk keyboard tu sebab geram sangat *ganas kan aku hehe.*. And kalau boleh buka pulak, asyik hang je memanjang. Ada sekali tu time idea aku tengah mencurah-curah, tengah syok menulis ni, boleh pulak komputer tu terpadam sendiri. And what makes it worst, aku tak save lagi time tu! Dahlah aku tak buat back-up dalam pendrive, perasaan aku time tu hanya ALLAH saja yang tahu. And the fourth, ketebalan P.A. adalah 700+++ muka surat. So, memang kena take time la kan. Tambah pulak font yang aku guna time tu adalah Times New Roman, size 10. So, boleh bayang la kan berapa banyak yang aku dah tulis? So, kira reasonable la tempoh yang aku ambil tu untuk siapkan P.A.

Setahun juga la aku kena tunggu sebelum dapat respons daripada Buku Prima. And sepanjang setahun tu, aku rasa editor-editor kat BP tu mesti menyampah gila dengan aku sebab aku asyik call je diorang bertanyakan manuskrip novel aku. Maklumlah novel first, perasaan excited tu lain macam sikit haha. Dan akhirnya semasa bulan 6 masa aku tingkatan empat, akhirnya penantian aku berakhir setelah aku mendapat emel daripada editor BP, dan respon tu for sure tak seperti yang aku harapkan. DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MANUSKRIP ANDA DITOLAK! Lebih kurang begitulah salah satu ayat yang terkandung dalam e-mel tu. Tapi satu benda yang aku respect, walaupun diorang reject manuskrip aku, tapi diorang tak reject tanpa sebab and dekat perenggan-perenggan bawah emel tu, editor BP menyenaraikan sebab mengapa diorang reject manuskrip aku. At least aku tahulah alasan mengapa manuskrip aku ditolak dan tidak dibiarkan terkontang-kanting. Overall, untuk manuskrip pertama aku, Cik Azni (editor BP) tu kata jalan cerita dah okey, tapi just kena ubah sana sini and language yang aku guna memang banyak yang tak sesuai dengan tema Buku Prima. Rasanya lebih ke arah gaya Fixi kot novel aku tu haha. Pointnya, memang aku kena rombak balik secara total. And masa mula-mula tu, aku macam tak boleb terima kenyataan sikit tau sebab aku menaruh harapan tinggi gila, so aku decide untuk stop seketika menulis novel. Bukan seketika la, memang lama. Dekat setahun jugak la microsoft word aku tu bersawang sebelum aku kembali menulis manuskrip kedua aku, Sekali Ini Saja.

Dan untuk Sekali Ini Saja, aku memang betul-betul belajar dari kesilapan dan lebih berhati-hati. Aku ikut guideline yang Buku Prima nak dalam novel mereka dan jalan cerita aku pun dah tak berbelit-belit macam Puteriku Anastasia. Untuk Sekali Ini Saja, aku cuma memilih tema yang ringkas dan berdasarkan dari kisah hidup aku sendiri, sebab aku rasa lagi senang untuk aku menulis based on pengalaman aku. Lepas habis SPM, tengah bulan 12 aku mula menulis, dan aku berjaya menghabiskannya pada 8/3/2014. Tarikh keramat untuk aku setelah bertungkus-lumus bahaha. Aku bangga jugalah sebab tempoh untuk aku siapkan S.I.S. singkat je, tambah pulak masa tu aku sibuk kerja part time. Masa aku hantar manuskrip S.I.S. yang ketebalannya adalah 465 tu, aku dah tak menaruh harapan setinggi gunung macam dulu. Aku redha je kalau apa-apa pun jadi sebab aku dah cuba yang terbaik.Dan aku juga dapat nampak improvement aku masa menulis S.I.S berbanding P.A. dulu. Pointnya kalau korang baca P.A. dan S.I.S. , mesti korang takkan percaya yang kedua-dua manuskrip tu ditulis oleh penulis yang sama, yakni aku. Untuk S.I.S. , bak kata orang Penang , aku dah tak 'haru' dah editor-editor kat BP tu. Sekali pun aku tak pernah telefon diorang untuk bertanyakan manuskrip aku. Time tu aku memang dah cakap pada diri aku sendiri, kalau ada, adalah. Tapi kalau kali ni pun diorang tak nak terima, mungkin bukan rezeki aku. Dan mungkin aku ni memang tak ada bakat menulis novel. Macam P.A. , S.I.S. juga mengambil masa setahun untuk dinilai. Dan seminggu selepas aku masuk semester dua asasi law aku tu, time baru bangun tido tengah mamai-mamai lagi ni, tiba-tiba ada satu nombor KL telefon aku. Masa tu aku cakap, aish, siapa pulalah yang call aku ni. Lepas aku angkat, orang tu memperkenalkan diri sebagai editor Buku Prima dan dia tanya aku, aku ni Cik Farrah ke dan adakah aku pernah hantar manuskrip berjudul Sekali Ini Saja ke Buku Prima. Masa tu, serious hati aku dah dup dap dup dap.
  
           ''Ya, saya Farrah. Saya memang ada hantar manuskrip tu kat BP.'' Aku berkata dengan nada suara yang terketar-ketar sebab terlalu gemuruh.
           ''Awak masih berminat ke nak terbitkan novel awak di bawah syarikat penerbitan Buku Prima ?'' Tanya editor itu.
           ''Mestilah.''
           ''Sebenarnya, saya dah menilai manuskrip awak. Dan Buku Prima berminat untuk terbitkan manuskrip awak tu.''
        
          Serius, time tu aku rasa macam nak menjerit sebab terlalu happy sangat. And aku rasa aku ada terjerit sikit kot. Lepas tu bila editor tu tanya aku tengah buat apa (maybe terkejut dengan suara aku yang kuat), aku dengan bengongnya jawab aku tengah seterika baju. Bodoh gila kan hahahaha. Tapi ada aku kisah. Janji manuskrip aku tu nak terbit YES YES and YESSS ! Lepas tu, editor tu pun terangkanlah beberapa perkara yang aku kena buat, termasuk beberapa penambahan yang aku kena tambah dekat manuskrip aku tu, tapi just a minor penambahan jelah supaya jalan cerita tu jadi bertambah menarik. Kiranya last minute top up sebelum manuskrip S.I.S  diterbitkan. Mula-mula editor tu cakap terbit bulan 3 tahun depan, tapi lepas tu dia bagitau aku yang diorang dah re-schedule jadual and manuskrip aku tu terbit pada bulan 10 tahun ni pula. Bagus bagus bagus. Good job Encik Editor, lagi awal lagi bagus hahaha.

         So,sekarang ni aku hanya menanti masa penerbitan. Serius rasa tak sabar sangat sangat dan sangat. Syukur alhamdullilah ALLAH mempermudahkan segalanya untuk manuskrip S.I.S. Aku tak perlu rombak apa-apa, just kena buat sedikit penambahan and siap! Novel anda bakal diterbitkan, Farrah Izzlorna. Cita-cita aku untuk bergelar an official novelist akan tercapai dalam masa kurang dari dua bulan lagi. Aku tidak sangka yang akhirnya hari itu bakal tiba juga setelah kegagalan aku dalam manuskrip Puteriku Anastasia dulu.

Moral of the story, sekali kita gagal, tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Tak salah kalau kita nak rasa kecewa, tapi jangan biarkan perasaan tu terus menyelubungi diri kita. Don't ever give up dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita nak dengan belajar dari kesilapan lalu. Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku terus decide untuk berhenti menulis selama-lamanya selepas manuskrip pertama aku ditolak dulu, mesti aku tak akan dapat apa yang aku ada sekarang.

So kepada semua bakal penulis, walaupun korang tengah stress masa siapkan manuskrip tu, terpaksa menghadapi writer block syndrome yang serr tu, and walaupun manuskrip korang dah direject berkali-kali sekali pun, jangan pernah berhenti okey. Jangan pernah berputus asa untuk meneruskan minat kita dan impian untuk melihat karya kita yang selama ini hanya tersimpan dalam Microsoft Word dan hanya dipaparkan melalui e-novel dibukukan dan tersusun rapi di rak-rak buku Popular, MPH, Borders dan sebagainya. Percayalah cakap aku, walaupun kita terpaksa menunggu walau selama mana pun, even aku ni dah menunggu selama lima tahun sejak mula-mula aku start menulis P.A. dulu. Bila masanya dah tiba, korang akan rasa yang penantian korang selama ni sangat berbaloi.

15 comments:

  1. Interesting experience. Saya jugak ada cita-cita nak tulis dan hantar pada publisher tapi setakat ni cuma di blog dan bacaan personal je. How do you overcome writer's block?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey sorry for d late reply! As to overcome writer's block, saya selalunya akan stop menulis kejap. Dalam seminggu camtu sebelum mula menulis balik. sebab otak kita ni dah jammed,kalau nak paksa pun memang tak boleh. So just give it some break. Dan selalunya kalau berhenti menulis kejap, idea-idea yang fresh n best akan masuk. Harap membantu. And good luck with your manuscript :)

      Delete
  2. kebetulan terbaca blog ni..baru perasan penulis mcm pnh dilihat kat pwtc baru2 ni..bdiri lama kat rak novel.. kalo tak silap lah...hehe..apapun, good luck yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betulla ^^ btw terima kasih for good luck wish

      Delete
  3. Salam. Sy Fifi. Sy spt Cik Farah jgk, brminat nk jd penulis novel n brminat nk hntr di bawah syarikat group karangkraf spt alaf21 atau buku prima. Setelah sy mmbaca pengalaman Cik Farah td, sy ada sikit prtanyaan mengenai bidang penulisan novel ini. Tambahan pula, Cik Farah pun sudah mempunyai pengalaman berurusan dgn syarikat buku prima dan sudah mnjadi penulis di bawah syarikat ini. Pertama, bolehkah Cik Farah senaraikan beberapa sebab utama buku prima menolak karya pertama Cik Farah iaitu P.A tu? Kerana sy berminat nk hantar ke sana, jd sekiranya Cik Farah sudi berkongsi tips2 nya dpt memudahkan lg sy mmperbaiki kesilapan dalam karya sy nnti. Dan sy ingin brtanya, kenapa buku prima menggunakan tempoh yg agak lama smpi setahun utk kita tahu sama ada karya kita diterima atau x? Sdg kn buku prima ada memberitahu selepas kita mghantarnya, kita diberi tempoh 1-3 bln utk kita menunggu sama ada karya kita diterima atau x? Dan prtnyaaan sy yg terakhir, bagaiman dgn royalti nya bila Cik Farah mnjadi penulis di bwh syarikat buku prima? Adakah syarikat ini menjaga penulis2 nya dr segi memberi royalti? Kerana sy dgr, ada penerbit2 lain yg tdk mnjaga penulisnya. Mereka lebih mementingkan keuntungan mereka sj. Diharap Cik Farah dpt berkongsi beberapa mklumat dan sy mintak maaf sgt2 kalau pertanyaan sy ni trlalu panjang dan mengganggu Cik Farah. Terima kasih Cik Farah sekiranya sudi berkongsi maklumat, tips dan pengalaman Cik Farah sepanjang mnjdi penulis novel. Semoga Cik Farah terus bersemangat dan mnjadi penulis novel yg brjaya di masa akn dtg. Keep it up, don't give up! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fifi :)

      1. Untuk soalan pertama, saya cakap berdasarkan manuskrip saya yang pernah kena tolak tu eh. Manuskrip saya dulu kena tolak atas beberapa faktor. Pertama, jalan cerita yang terlalu rumit dan bercelaru. Manuskrip saya macam tak ada hala tuju. Kedua, cerita saya tergantung. Tak ada penyelesaian. Ketiga, terlalu banyak unsur negatif dalam cerita tu. Bahasa pun banyak mencarut sangat hehehe. Keempat, manuskrip saya tu tak seimbang sebab terlalu banyak watak sampai tak memfokuskan kepada satu titik penceritaan. Senang cakap, tak ada motif. Kelima, latarnya tak sesuai. Cerita tu lebih sesuai berlatarkan suasana universiti, tapi saya buat berlatarkan zaman sekolah.

      2. Sebab Buku Prima banyak menerima manuskrip dari penulis lama mahupun penulis baru. Memanglah mereka mengambil masa sebulan lebih nak nilai manuskrip kita, tapi entah bila mereka nak mula menilai manuskrip tu sebab banyak lagi manuskrip yang bersusun di atas meja. Tambahan lagi kalau manuskrip penulis baru, lagilah memakan masa kerana mereka mengutamakan untuk menerbitkan karya-karya penulis lama. Bukan BP saja macam tu, bahkan syarikat lain yang dah lama bertapak dalam dunia penerbitan novel ni pun sama ja. Lainlah kalau syarikat yang baru established, memang mereka mengambil masa singkat untuk menilai sebab mereka tak ada penulis yang tetap lagi. Manuskrip pun tak banyak.Kunci untuk semua ini, kesabaran. Buku pertama saja kena tunggu lama. Untuk buku kedua dan seterusnya, insha Allah tempoh masa untuk dinilai dan diterbitkan akan menjadi lebih singkat :)

      3. Alhamdullillah, setakat ni saya tak ada apa-apa masalah dengan royalti. Royalti tak pernah lambat masuk, selalu awal lagi ada hehehe.

      Saya harap jawapan saya ni dapat membantu . Good luck!

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Salam, Cik Farrah. Terima kasih byk2 kerana sudi mnjawab semua prtanyaan sy itu. :) Di sini sy masih ada beberapa prsoalan lg yg mahu sy ajukan pd Cik Farrah brkaitan dgn penulisan novel tambahan pula Cik Farrah sudah pun mempunyai pengalaman mnjadi penulis dan berurusan dgn syarikat tersebut.
      Pertama, bila seseorg tu dah jadi writer/novelist di bawah syarikat alaf21 atau buku prima, pasal promotion buku tu macam mana? Promotion dr segi apa? Spt promote novelnya melalui fb ke, atau blog ke, atau promote kt pameran buku atau kt booth? Dan sekiranya penulis/novelist tu x dapat hadir atau pergi promote bukunya kt booth atau pameran buku atau pesta buku disbbkn dia ada hal lain atau x de transport nk pergi ke sana atau tinggal di kawasan yg jauh spt sabah sarawak, adakah penulis seharusnya pergi ke sana jugak? Adakah pihak mereka akan memaksa penulis ini utk buat promotion jgk? Dan lagi satu, sy lihat novelist di bwh syarikat ni boleh promote buku2 mereka kt dlm fb kn? Dan sekiranya buku mereka tu dah habis stok di kedai, pembaca bole mmbelinya dgn penulis trsebut di fb atau kt IG kn? Kiranya pihak editor atau syarikat novel tu bagi byk stok novel pd penulis tu ke utk dijual / diposkan pd pembaca2 yg ingin m’belinya? Mcm mana tu ya? :)
      Kedua, bagaimana pula dgn bengkel penulisan novel? Adakah setiap penulis wajib menghadirinya? Dikenakan byrn ke?
      Ketiga, betulkah royalti di syarikat alaf21 dan buku prima akan m’byr nya kpd penulis 3 kali setahun? Sekiranya penulis tu tinggal di negeri yg jauh n tdk dpt dtg ke syarikat trsebut utk mndpt kn royalti, adakah syarikat itu akan bank in royalti tu kpd penulisnya? Dan jikalau buku penulis tu x berapa laku, penulis tu still mndpt royalti lagi ke? 
      Keempat, bila syarikat alaf21 atau buku prima sudah b’setuju utk m’nerbitkn buku seseorg, bagaimana pula dgn surat perjanjian? Pihak mereka akan poskan surat tu ke pd penulis yg tinggal di kawasan yg jauh? Atau publisher tu still nk b’jumpa dgn penulis tu? Dulu Cik Farrah mcm mana masa nk hantar manuskrip novel tu? Cik Farrah pos kan manuskrip tu atau bagi by hand iaitu pergi ke syarikat trsebut?
      And last but not least, sepnjg Cik Farrah jd penulis di bwh syarikt trsebut, bagaimana layanan pihak mereka trhdp penulis-penulis spt Cik Farrah? Adakah layanan yg mereka bg sgt baik, jujur dan ikhlas? Dan Cik Farrah, bila Cik Farrah dah brgelar jd novelist/penulis ni, apa pndapat Cik Farrah mengenai pekerjaan seorg novelist ni? Dpt mnjamin masa depan kita nnti? Bkn apa, sy masih blom ada pengalaman bekerja sbg penulis tapi teringin sgt-sgt nk mnjdi seorg penulis novel sepenuh masa nnti (iaitu bekerja sendiri)  Dan bila jd penulis sepenuh masa ni, ia x sama macam kerja kt pejabat/kerja bwh org kn? Mcm kerja kt pejabat 7-8 jam duk kat office, kerja dengan org, everyday berhadapan dgn bos, staf n masyarakt,,tapi macam mana pulak dgn kerjaya novelist ni? Ia lebih kpd bekerja sndiri kn (cuma byk deal dgn pihak editor n peminat je kn)? X diganggu/dikacau oleh sesiapa atau hal lain kn? :)
      Maafkan sy, Cik Farrah sekiranya prsoalan2 sy trlalu byk hingga mgganggu Cik Farrah. Kalau ada yg trsalah kata/menyinggung perasaan, sy memohon maaf sgt2 :) Hehe…mcm wartawan plak sy ni tanya macam2 soalan kt Cik Farrah…hehehehe  Sy just curious aje, ingin tahu pengalaman seseorg bila dah jd penulis walaupun sy tahu Cik Farrah masih baru lagi dlm bidang ni kerana cita-cita sy ingin mnjadi penulis/novelist mcm Cik Farrah trlalu menebal. Sy doakan Cik Farrah berjaya dgn cemerlang dlm apa jua bidang yg Cik Farrah ceburi trmasuk bidang penulisan novel ni :) Dan doakan utk sy juga semoga dpt m’capai cita2 trsebut, in shaa ALLAH! Huhuhu… :) Apa-apa pun, terima kasih byk2 ya Cik Farrah kerana sudi m’baca dan m’bls prtanyaan2 sy ni. ;)

      Delete
  4. Hai fifi :)

    1. Pasal promotion buku tu , pihak karangkraf (alaf 21, bp) tak paksa pun kita hadir kalau ada pesta buku dan sebagainya . Kalau dah ada faktor yang tak boleh dielakkan macam duduk kat sabah dan sarawak tu nak buat mcm mana kan . Alhamdullillah , pihak penerbit / editor sangat memahami kalau saya tak dapat hadir ke apa dan tak membuat saya rasa terdesak :) Sebagai penulis ,kita kenalah rajin buat promosi di laman sosial sebab akhirnya keuntungan akan berbalik pada kita juga . Pihak editor sendiri menggalakkan kami sebagai penulis untuk rajin berkomunikasi dengan pembaca dan promote buku masing2 melalui laman sosial sebab skrg ni, semuanya berada di hujung jari . Berkenaan dgn penjualan novel kita sendiri , pihak editor tak menetapkan pun berapa sekian2 buku yang kita perlu jual . Selalunya penulis akan ambil tempahan buku dri pembaca dan seterusnya mengambil dari penerbit untuk diberikan kepada pembaca yang membeli . Bergantung pada penulis sendiri sama ada nak menolong penerbit menjual bukunya atau tidak .

    Kedua , tak wajib pun sebenarnya . Saya sendiri tak menghadiri mana- mana bengkel penulisan . Main hantar macam tu aja hahaha . Tapi kalau nak sertai pun boleh . Ada yang kena bayar , ada juga yang free .


    Ketiga , kalau Buku Prima , mereka bayar royalti empat kali setahun . Dan kalau tak silap , sekarang mereka memang hanya bank in royalti saja . Tak ada cek-cek semua .Kemudian hantar surat pengesahan pembayaran royalti .

    Keempat, kalau jauh , mereka memang akan pos . Macam saya duduk kat Penang , mereka pos saja ke Penang . Kemudian bila dah tanda tangan , kita pos balik kepada mereka . Ada dua copy yang akan dihantar .satu untuk simpanan penerbit , satu lagi untuk simpanan penulis.

    Saya dulu pos saja manuskrip dari Penang. Boleh je pos .


    Ermmm... Kalau saya , dah lebih dri cukup sebenarnya . Sebab saya masih belajar lagi . Parents ada tolong . Jadi duit menulis ni sebagai duit sampingan saja . Tapi kalau nak bergantung sepenuhnya pada hasil menulis ( kerja tetap) , rasanya tak menjamin kot . Sebab royalti tak tentu berapa banyak kita boleh dapat . Kadang-kadang sikit , kadang2 banyak . Kena ada kerja lain juga rasanya , baru terjamin skit . Lainlah kalau dah jadi penulis profilik dan novel sentiasa ada permintaan macam RAM , Damya Hanna dan lain2 . Ni pendapat saya saja ^^

    Yup , jadi penulis ni kena banyak deal dengan editor dan peminat. Dengan editor pun banyak emel dan cakap telefon saja . Dengan peminat pula banyak di laman sosial . Kena make sure sentiasa ada line internet saja hahahah. Alhamdullilah , pihak penerbit layan saya dengan baik dan professional . Saya tak ada apa-apa masalah dengan mereka setakat ni.

    Saya harap jawapan saya ni dpt menjawab soalan yang fifi kemukakan . Kalau ada soalan lagi tanya je , insha Allah saya jawab kalau saya tahu . Saya harap agar manuskrip fifi berjaya diterbitkan, tak kisahlah dengan karangkraf atau dengan penerbitan lain . Kalau dah terbit nanti , bagitau ya ^^

    Good luck !

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sis, saya nak tanya kalau budak sekolah menengah boleh ke hantar manuskrip ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja. Tiada limit umur yang ditetapkan :)

      Delete
  7. Sis, saya nak tanya kalau karya saya diterima, pihak penerbitan akan suruh saya menandatangani kontrak ke ? Maksud saya sekiranya saya gagal menghantar karya lain yang berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan, saya perlu membayar ganti rugi kepada mereka ? :)

    ReplyDelete
  8. Pengalaman yang berguna... boleh saya berbagi artikel tentang Florence sepanjang Sungai Arno di https://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/04/florence-sepanjang-sungai-arno.html
    Lihatlah juga videonya di Youtube https://youtu.be/Wzp8pgiZn7c

    ReplyDelete
  9. Asalamkum cik.
    Macam mana dgn kontrak masa tu. Berapa lama selalu terikat dgn penerbit tu. Macam.mana kalau kita x dapat hantar manuscript dah,kira mungkin writer block atau memang tak boleh tulis dah. Ada kena tindakan ke?

    ReplyDelete