Hai semua!
Aku rasa dah lama aku tak update blog ni. Komen pun banyak yang tak berbalas. Maklumlah, sibuk sangat dengan urusan duniawi. *rolled eyes*
Two years have passed. And guess what? Aku dah ada dua buku baru. Three big claps for myself wohooo. Dalam post terakhir aku sebelum aku menghilangkan diri dari dunia blogging ni, aku memperkenalkan manuskrip kedua aku selepas Dia Si Katak Puru, iaitu Puteriku Anastasia. However sad for me, P.A. bukan salah satu antara buku aku yang terbit. You wanna know why? Nanti-nantilah aku cerita. Sekarang aku nak cakap tentang buku yang dah ada terbentang depan mata dulu.
Buku kedua aku terbit pada bulan September 2016, bertajuk ROOFTOP terbitan Prolog Media. Jalan cerita Rooftop adalah sangat berlainan dari DSKP. Rooftop bertemakan misteri, supernatural (kind of), a lil bit lovey dovey, dan sangat simple.
To be honest, DSKP adalah buku pertama aku dalam dunia penulisan, tapi Rooftop yang membuatkan nama aku dikenali. And I'm really thankful for that. Aku rasa salah satu faktor yang menyumbang adalah aku adalah penulis kedua dalam syarikat penerbitan Prolog Media selepas Anna Lee (co-founder Prolog Media), so I think that's why people had put a lot of interest on my book back then. Another factor that I could think of was of course due to good marketing from Prolog itself. Prolog sangat aktif di laman sosial, terutama FB dan rajin berinteraksi dengan para pembaca.
Kalau korang belek-belek album Review Novel Rooftop on my Facebook page atau godek-godek laman Goodreads, you can see that Rooftop has received mixed reviews from the readers. Ada yang kata best, ada yang kata so-so, tak kurang juga yang menghentam. So I was kind of having culture shock here (is it the right term?) since I've never received such reviews for DSKP before.
Bila aku baca review yang kata diorang sukakan buku aku, aku senyum sampai ke telinga. Bila aku baca pretty harsh comments, yeah I admit that aku sentap sesaat dua. Yalah kalau ada orang cakap anak kau tak comel walaupun kau rasa anak kaulah yang paling comel di dunia, mesti kau marah kan. Hahaha. Tapi lepas tu, aku okey ja. Yalah kalau tak tahan nak terima kritikan terhadap buku sendiri, baik tak payah hantar manuskrip untuk diterbitkan. Peram manuskrip kau tu dalam komputer sampai bila-bila. Plus, I myself acknowledge that Rooftop ada banyak kekurangan, and I promise myself to write better in my next manuscript. Jadi aku harap aku dah buat yang terbaik untuk novel aku yang terbaru. Kalau tak belajar dari kesilapan lagi, tak tahulah nak ooi.
So, sekian saja daripada aku. Mood kemalasan kembali menyerang. Lain kali bila aku ada masa, kita sembang-sembang novel lagi. Adios.
The Story of A Novelist
I love writing stories, and sharing them with all my readers. I hope you guys like it!
Thursday, 4 May 2017
Tuesday, 6 October 2015
Friday, 29 August 2014
Novel Buku Prima Oktober 2014
So basically, ada tiga buah novel yang bakal dikeluarkan oleh Buku Prima untuk bulan Oktober 2014. Biar Mereka Cemburu dari A. Darwisy, Pilihlah Aku dari Dhieya Adlynna, dan Dia Si 'Katak Puru' dari Farrah Izzlorna ( Akulah tu hehe) . Aku sebenarnya kurang mengikuti sangat perkembangan novel tanah air ni sebab dua tiga tahun kebelakangan ni aku memang jarang gila beli novel. Last novel yang aku beli pun adalah Aku Kan Novelis! karya Nurul Syahida. Tu pun sebab aku suka dengan pekerjaan watak utama novel tu yang rasa dekat sangat dengan diri aku (walaupun impian aku untuk bergelar novelis time tu tersekat gara-gara manuskrip aku ditolak huhu).
Tapi bila aku buat research, aku mendapati A. Darwisy dan Dhieya Adlynna ni dah memang ada nama dalam penulisan novel dan dah menghasilkan beberapa buah novel yang ada di antaranya menjadi viral. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang baru setahun jagung ni, memang macam langit dengan bumilah kan. Tapi tak apa, think positive! Manalah tau bila buku aku terbit sekali dengan buku mereka nanti, aura mereka terlekat kat buku aku dan membawa tuah juga hahaha.
Di bawah ni aku ada sediakan sinopsis dari tiga buah novel seperti yang disebutkan di atas. Sebagai adik yang baru nak bertatih, aku merelakan novel aku berada di bawah sekali hehe.
Tajuk: Biar Mereka Cemburu
Penulis: A. Darwisy
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis
Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!
Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dahsyat!
Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni?
Pitam!!! Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. Jangan main-main, istikharah di Paris! Kau mampu?
Tajuk: Pilihlah Aku
Penulis: Dhieya Adlynna
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis
Hidup Ainul Husna bertukar rentak selepas menyelamatkan Muhammad Fattah. Dia diburu dan setiap gerak-gerinya diperhatikan. Ainul Husna resah. Dia bukan artis popular. Bukan juga anak orang kaya. Dia hanyalah pekerja kedai kek kecil sahaja. Kemuncaknya, dia diculik hanya kerana mahu dihadiahkan dengan pelbagai jenis barangan berjenama. Dunia sudah jadi gila atau dia sebenarnya yang sudah gila?
Sangka Muhammad Fattah, jiwanya kembali tenang jika dia membalas budi Ainul Husna. Tetapi lain pula yang berlaku. Jiwanya semakin tidak tenteram. Hadiah-hadiah daripadanya ditolak tanpa banyak bicara. Ternyata dia silap perkiraan. Ainul Husna berbeza dengan gadis yang selalu mendampinginya.
Tanpa sedar, niatnya untuk membalas jasa baik Ainul Husna sudah bertukar haluan. Dan sekarang, dia nekad mahu merebut sekeping hati milik gadis itu. Dia tidak peduli jika gadis itu menolaknya. Sekali dirinya ditolak, berkali-kali dia sanggup mencubanya.
Ainul Husna pula semakin buntu. Apa yang harus dilakukan agar Muhammad Fattah tidak terus mendekati dirinya yang sudah bergelar tunangan orang? Siapa pilihan Ainul Husna? Tetap setia pada tunangnya ataupun cintanya akan beralih arah pada Muhammad Fattah yang keras kepala dan mempunyai kekasih keliling pinggang?
Tajuk: Dia ‘Si Katak Puru’
Penulis: Farrah Izzlorna
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis
Berkomunikasi melalui telefon, Ariana a.k.a Ria pada mulanya mempunyai persepsi buruk terhadap lelaki itu yang dipanggilnya ‘katak puru’. Tetapi setelah mengenali lelaki yang tidak diketahui wajahnya itu, Ariana berubah hati. Namun, segalanya berubah akibat satu kemalangan. Ariana menyalahkan diri, lalu dia tidak menghubungi Firdaus lagi.
Pertemuan semula di kedai makan meresahkan Ariana. Firdaus selalu mendekatinya, seakan-akan tahu dia menyimpan rahsia. Sudahlah Nazrul a.k.a Hitler, sepupu Firdaus merangkap bosnya asyik menuduh Ariana ada skandal dengan bapanya. Kemalangan ‘mentega kacang’ membuat Firdaus merangka idea gila. Diberitahunya semua orang mereka pasangan kekasih. Dan selagi Ariana tidak berterus-terang, mereka akan terus kekal dalam kepura-puraan itu.
Adakah Ariana akan berterus-terang tentang identitinya sebagai Ria? Atau cinta pura-pura antara Firdaus dan Ariana akan terus kekal selamanya? Dan adakah Nazrul akan terus bermusuhan dengan Ariana, atau takdir yang berlainan sedang menanti mereka?
Jadi aku berharap, korang suka bila baca sinopsis ni dan akan support karya-karya di atas. Arigato gozaimas!
Friday, 22 August 2014
Cover novel Dia Si 'Katak Puru'
Assalamualaikum semua !
Kalau korang baca entri-entri aku sebelum ni, mesti korang tahu kan yang novel pertama aku akan diterbitkan tak lama lagi? Dalam entri aku sebelum ni, aku ada cakap yang novel aku tu akan diterbitkan bulan 3 tahun depan kan? Tapi setelah perubahan jadual, editor tu beritahu aku yang manuskrip aku tu akan diterbitkan untuk koleksi bulan 10 tahun ni juga. Alhamdullillah, itulah yang dinamakan rezeki terpijak ^0^
Untuk pengetahuan korang juga, novel aku itu yang pada asalnya berjudul Sekali Ini Saja sudah ditukar tajuknya menjadi 'Dia Si Katak Puru'. Bak kata editor tu biar lebih komersial. Aku mula-mula tu serius rasa tajuk tu macam kelakar gila, tapi aku terima saja apa yang dicadangkan. Sebab aku tahu pihak penerbit lebih tahu apa yang diorang buat, jadi aku pun okey sajalah.
Jadi setelah aku selesai menyemak novel aku tu buat kali terakhir sebelum diterbitkan (proses pruf), akhirnya tibalah masa yang aku nanti-nantikan. Melihat cover novel aku buat kali pertama.
Aku tahu yang aku masih baru dalam dunia penulisan kreatif ni. Tapi, aku dah cuba melakukan yang terbaik dan setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan hasilnya. Dan aku juga berharap korang juga akan merasakan perkara yang sama setelah membaca novel aku ni. Sebarang kritikan akan aku terima dengan hati terbuka kerana aku tahu tiada yang sempurna dalam dunia ni. Segala sokongan yang korang berikan amatlah aku hargai. Aku berjanji yang aku akan terus menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih !
Regards,
Farrah Izzlorna Asri.
Kalau korang baca entri-entri aku sebelum ni, mesti korang tahu kan yang novel pertama aku akan diterbitkan tak lama lagi? Dalam entri aku sebelum ni, aku ada cakap yang novel aku tu akan diterbitkan bulan 3 tahun depan kan? Tapi setelah perubahan jadual, editor tu beritahu aku yang manuskrip aku tu akan diterbitkan untuk koleksi bulan 10 tahun ni juga. Alhamdullillah, itulah yang dinamakan rezeki terpijak ^0^
Untuk pengetahuan korang juga, novel aku itu yang pada asalnya berjudul Sekali Ini Saja sudah ditukar tajuknya menjadi 'Dia Si Katak Puru'. Bak kata editor tu biar lebih komersial. Aku mula-mula tu serius rasa tajuk tu macam kelakar gila, tapi aku terima saja apa yang dicadangkan. Sebab aku tahu pihak penerbit lebih tahu apa yang diorang buat, jadi aku pun okey sajalah.
Jadi setelah aku selesai menyemak novel aku tu buat kali terakhir sebelum diterbitkan (proses pruf), akhirnya tibalah masa yang aku nanti-nantikan. Melihat cover novel aku buat kali pertama.
Colorful kan cover depan tu? Sesuailah dengan aku yang masih muda remaja ni hehe. Thanks kepada pihak grafik Buku Prima sebab mereka cipta cover seperti mana cadangan aku. I love it !
Cover depan dan cover belakang beserta sinopsis. Menarik tak? :)
70% Cinta
50% Sahabat
50% Konflik
40% Keluarga
30% Sedih
Inilah intipati-intipati utama yang terdapat dalam novel aku ni. Aku pun tak suka sangat buat cerita sedih-sedih ni, sebab tulah peratusan kesedihan tu lebih sedikit berbanding yang lain. Konflik yang aku ciptakan antara watak pun bukannya konflik yang terlalu berat sebab aku memang nak jalan cerita novel pertama aku ni jadi seringkas yang mungkin. Cuma ada beberapa elemen misteri yang aku selitkan untuk membuatkan korang tertanya-tanya dan mengikat korang membaca novel aku sampai akhir. Tentang hubungan sebenar antara Firdaus dan Ariana, kenapa Firdaus asyik mengejar-ngejar Ariana dan lain-lain lagi. Jadi jangan risau, korang takkan stress bila baca novel aku ni hehe.
Berikut adalah maklumat berkenaan dengan novel aku ni. Jangan lupa beli tau !
Tajuk : Dia Si 'Katak Puru'
Bilangan muka surat : 596 halaman
Harga : RM 25.00 ( Semenanjung)/ RM 28.00 (Sabah & Sarawak)Aku tahu yang aku masih baru dalam dunia penulisan kreatif ni. Tapi, aku dah cuba melakukan yang terbaik dan setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan hasilnya. Dan aku juga berharap korang juga akan merasakan perkara yang sama setelah membaca novel aku ni. Sebarang kritikan akan aku terima dengan hati terbuka kerana aku tahu tiada yang sempurna dalam dunia ni. Segala sokongan yang korang berikan amatlah aku hargai. Aku berjanji yang aku akan terus menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih !
Regards,
Farrah Izzlorna Asri.
Monday, 11 August 2014
Pengalaman Menulis Novel : Penantian Lima Tahun Akhirnya Berbaloi
Assalamualaikum
Hello uollls! So, memandangkan sekarang ni aku tengah stress tahap gaban disebabkan assignment, test, and quiz aku yang berlambak-lambak, jadi aku mengambil keputusan untuk take a break and menceritakan pengalaman aku masa mula-mula menulis novel dulu.
Sebenarnya, Sekali Ini Saja bukan manuskrip pertama yang aku hantar kepada Buku Prima. Manuskrip pertama yang aku hantar bertajuk Puteriku Anastasia, tapi kena tolak sebab kandungannya yang inappropriate hehe. Biasalah, masa aku tulis tu otak aku ni masih kebudak-budakan lagi, main taip je apa yang terlintas dalam fikiran. Plus silap aku juga sebab tak baca guideline ciri-ciri penulisan yang harus ada dalam novel Buku Prima. Aku ingat masa tu aku boleh je tulis apa yang aku nak, sebab aku ada je baca jenis cerita macam tu dalam novel syarikat penerbitan yang lain.
Nak dijadikan cerita, berbanding dengan Sekali Ini Saja yang hanya mengambil masa tiga bulan lebih untuk aku siapkan, guess berapa banyak masa yang aku ambil untuk siapkan P.A? Setahun lebih ! Bermula masa aku awal form 2 sehinggalah pertengahan bulan 3 masa aku form 3. Tapi aku mengambil masa yang lama disebabkan oleh beberapa faktor. First, kekangan masa. Aku kan masa tu tengah sibuk prepare untuk PMR *aceceh kononnya la kan*. Second, writer block syndrome datang menerjah aku dengan kerap sangat-sangat. Aku masih ingat lagi satu hari tu di mana aku just stay still in front of my computer tanpa taip apa-apa selama lima jam. Stress aku time tu memang tak dapat imagine la kan. Third, keadaan komputer aku time tu boleh diklasifikasikan berada dalam keadaan nazak. Kadang-kadang boleh buka, kadang-kadang tak boleh. Ada sekali tu sampai sebulan tak boleh on. Puas lah aku nak kena pintal wire kat belakang tu dan aku pun tak tahu dah berapa kali aku hempuk keyboard tu sebab geram sangat *ganas kan aku hehe.*. And kalau boleh buka pulak, asyik hang je memanjang. Ada sekali tu time idea aku tengah mencurah-curah, tengah syok menulis ni, boleh pulak komputer tu terpadam sendiri. And what makes it worst, aku tak save lagi time tu! Dahlah aku tak buat back-up dalam pendrive, perasaan aku time tu hanya ALLAH saja yang tahu. And the fourth, ketebalan P.A. adalah 700+++ muka surat. So, memang kena take time la kan. Tambah pulak font yang aku guna time tu adalah Times New Roman, size 10. So, boleh bayang la kan berapa banyak yang aku dah tulis? So, kira reasonable la tempoh yang aku ambil tu untuk siapkan P.A.
Setahun juga la aku kena tunggu sebelum dapat respons daripada Buku Prima. And sepanjang setahun tu, aku rasa editor-editor kat BP tu mesti menyampah gila dengan aku sebab aku asyik call je diorang bertanyakan manuskrip novel aku. Maklumlah novel first, perasaan excited tu lain macam sikit haha. Dan akhirnya semasa bulan 6 masa aku tingkatan empat, akhirnya penantian aku berakhir setelah aku mendapat emel daripada editor BP, dan respon tu for sure tak seperti yang aku harapkan. DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MANUSKRIP ANDA DITOLAK! Lebih kurang begitulah salah satu ayat yang terkandung dalam e-mel tu. Tapi satu benda yang aku respect, walaupun diorang reject manuskrip aku, tapi diorang tak reject tanpa sebab and dekat perenggan-perenggan bawah emel tu, editor BP menyenaraikan sebab mengapa diorang reject manuskrip aku. At least aku tahulah alasan mengapa manuskrip aku ditolak dan tidak dibiarkan terkontang-kanting. Overall, untuk manuskrip pertama aku, Cik Azni (editor BP) tu kata jalan cerita dah okey, tapi just kena ubah sana sini and language yang aku guna memang banyak yang tak sesuai dengan tema Buku Prima. Rasanya lebih ke arah gaya Fixi kot novel aku tu haha. Pointnya, memang aku kena rombak balik secara total. And masa mula-mula tu, aku macam tak boleb terima kenyataan sikit tau sebab aku menaruh harapan tinggi gila, so aku decide untuk stop seketika menulis novel. Bukan seketika la, memang lama. Dekat setahun jugak la microsoft word aku tu bersawang sebelum aku kembali menulis manuskrip kedua aku, Sekali Ini Saja.
Dan untuk Sekali Ini Saja, aku memang betul-betul belajar dari kesilapan dan lebih berhati-hati. Aku ikut guideline yang Buku Prima nak dalam novel mereka dan jalan cerita aku pun dah tak berbelit-belit macam Puteriku Anastasia. Untuk Sekali Ini Saja, aku cuma memilih tema yang ringkas dan berdasarkan dari kisah hidup aku sendiri, sebab aku rasa lagi senang untuk aku menulis based on pengalaman aku. Lepas habis SPM, tengah bulan 12 aku mula menulis, dan aku berjaya menghabiskannya pada 8/3/2014. Tarikh keramat untuk aku setelah bertungkus-lumus bahaha. Aku bangga jugalah sebab tempoh untuk aku siapkan S.I.S. singkat je, tambah pulak masa tu aku sibuk kerja part time. Masa aku hantar manuskrip S.I.S. yang ketebalannya adalah 465 tu, aku dah tak menaruh harapan setinggi gunung macam dulu. Aku redha je kalau apa-apa pun jadi sebab aku dah cuba yang terbaik.Dan aku juga dapat nampak improvement aku masa menulis S.I.S berbanding P.A. dulu. Pointnya kalau korang baca P.A. dan S.I.S. , mesti korang takkan percaya yang kedua-dua manuskrip tu ditulis oleh penulis yang sama, yakni aku. Untuk S.I.S. , bak kata orang Penang , aku dah tak 'haru' dah editor-editor kat BP tu. Sekali pun aku tak pernah telefon diorang untuk bertanyakan manuskrip aku. Time tu aku memang dah cakap pada diri aku sendiri, kalau ada, adalah. Tapi kalau kali ni pun diorang tak nak terima, mungkin bukan rezeki aku. Dan mungkin aku ni memang tak ada bakat menulis novel. Macam P.A. , S.I.S. juga mengambil masa setahun untuk dinilai. Dan seminggu selepas aku masuk semester dua asasi law aku tu, time baru bangun tido tengah mamai-mamai lagi ni, tiba-tiba ada satu nombor KL telefon aku. Masa tu aku cakap, aish, siapa pulalah yang call aku ni. Lepas aku angkat, orang tu memperkenalkan diri sebagai editor Buku Prima dan dia tanya aku, aku ni Cik Farrah ke dan adakah aku pernah hantar manuskrip berjudul Sekali Ini Saja ke Buku Prima. Masa tu, serious hati aku dah dup dap dup dap.
''Ya, saya Farrah. Saya memang ada hantar manuskrip tu kat BP.'' Aku berkata dengan nada suara yang terketar-ketar sebab terlalu gemuruh.
''Awak masih berminat ke nak terbitkan novel awak di bawah syarikat penerbitan Buku Prima ?'' Tanya editor itu.
''Mestilah.''
''Sebenarnya, saya dah menilai manuskrip awak. Dan Buku Prima berminat untuk terbitkan manuskrip awak tu.''
Serius, time tu aku rasa macam nak menjerit sebab terlalu happy sangat. And aku rasa aku ada terjerit sikit kot. Lepas tu bila editor tu tanya aku tengah buat apa (maybe terkejut dengan suara aku yang kuat), aku dengan bengongnya jawab aku tengah seterika baju. Bodoh gila kan hahahaha. Tapi ada aku kisah. Janji manuskrip aku tu nak terbit YES YES and YESSS ! Lepas tu, editor tu pun terangkanlah beberapa perkara yang aku kena buat, termasuk beberapa penambahan yang aku kena tambah dekat manuskrip aku tu, tapi just a minor penambahan jelah supaya jalan cerita tu jadi bertambah menarik. Kiranya last minute top up sebelum manuskrip S.I.S diterbitkan. Mula-mula editor tu cakap terbit bulan 3 tahun depan, tapi lepas tu dia bagitau aku yang diorang dah re-schedule jadual and manuskrip aku tu terbit pada bulan 10 tahun ni pula. Bagus bagus bagus. Good job Encik Editor, lagi awal lagi bagus hahaha.
So,sekarang ni aku hanya menanti masa penerbitan. Serius rasa tak sabar sangat sangat dan sangat. Syukur alhamdullilah ALLAH mempermudahkan segalanya untuk manuskrip S.I.S. Aku tak perlu rombak apa-apa, just kena buat sedikit penambahan and siap! Novel anda bakal diterbitkan, Farrah Izzlorna. Cita-cita aku untuk bergelar an official novelist akan tercapai dalam masa kurang dari dua bulan lagi. Aku tidak sangka yang akhirnya hari itu bakal tiba juga setelah kegagalan aku dalam manuskrip Puteriku Anastasia dulu.
Moral of the story, sekali kita gagal, tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Tak salah kalau kita nak rasa kecewa, tapi jangan biarkan perasaan tu terus menyelubungi diri kita. Don't ever give up dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita nak dengan belajar dari kesilapan lalu. Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku terus decide untuk berhenti menulis selama-lamanya selepas manuskrip pertama aku ditolak dulu, mesti aku tak akan dapat apa yang aku ada sekarang.
So kepada semua bakal penulis, walaupun korang tengah stress masa siapkan manuskrip tu, terpaksa menghadapi writer block syndrome yang serr tu, and walaupun manuskrip korang dah direject berkali-kali sekali pun, jangan pernah berhenti okey. Jangan pernah berputus asa untuk meneruskan minat kita dan impian untuk melihat karya kita yang selama ini hanya tersimpan dalam Microsoft Word dan hanya dipaparkan melalui e-novel dibukukan dan tersusun rapi di rak-rak buku Popular, MPH, Borders dan sebagainya. Percayalah cakap aku, walaupun kita terpaksa menunggu walau selama mana pun, even aku ni dah menunggu selama lima tahun sejak mula-mula aku start menulis P.A. dulu. Bila masanya dah tiba, korang akan rasa yang penantian korang selama ni sangat berbaloi.

Tuesday, 1 July 2014
BREAKING NEWS !
Hello all of you :)
First of all, I want to say , SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ! And the second one, I want to say sorry because I've not updated for such a long time. Nearly a month I guess? But I've done that for sure with a reason. And the reason is, my novel, SEKALI INI SAJA will be PUBLISHED NEXT YEAR !
Yeah, I'm not kidding neither do i joking (isn't that the same thing). I also only knew this news last week after the editor called me and said that my novel has already been approved to be published, it's just that i need to add some parts in the novel and do some editing and etc etc etc. So that's y i have been quite busy and took decision to just not updating the blog. If u want to know what happens on the next chapter , just wait until next year and buy my novel ok ^_^

Friday, 13 June 2014
Sekali Ini Saja 24
‘’SAYANG!’’
Pagi-pagi lagi Firdaus telah menjadi tetamu tidak diundang di dalam
pejabatku.Sebenarnya bukan satu perkara yang luar biasa pun sebab memang setiap
pagi dia akan ‘bertapa’ di dalam bilikku terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam
pejabatnya sendiri. Tabiat ini sudah menjadi satu kelaziman sejak kami
diisytiharkan ‘couple’ dua minggu
yang lalu,sampai aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk menghalaunya
keluar setiap kali dia melangkah masuk ke dalam bilikku dan memulakan
pertanyaan-pertanyaan caringnya yang
bagiku memualkan itu.
‘’Sayang dah makan ke?’’
‘’Semalam lepas balik kerja sayang buat
apa?’’
‘’Sayang nampak letih saja. Tak cukup tidur ke?’’
‘’Masa cuti nanti kita keluar date
nak? How about going to I-City?’’
Tak cukup dengan itu,dia juga
sering bercerita padaku tentang kehidupannya. Apa yang dia suka,apa yang dia
tidak suka,apa yang dia lakukan hari-hari, dan sebagainya. Sampai kadang-kadang
aku rasa tak larat nak mendengar semua cerita itu kerana semua yang diceritakan
oleh Firdaus itu sudah kuketahui semasa kami berbual-bual melalui telefon dulu.
Namun pagi ini,Firdaus muncul dengan kelainan kerana kali ini dia tidak
muncul dengan tangan kosong, sebaliknya bersama sejambak bunga mawar di
tangannya.
‘’Untuk kekasihku yang tersayang!’’ Kata Firdaus tersenyum manis seraya
menghulurkan bunga itu kepadaku.Aku memandang bunga itu pelik.
‘’Apa ni?’’ Soalku tanpa menyambut hulurannya itu.
‘’Bunga!’’
Aku menarik nafas. ‘’ Aku tahulah bunga,tapi kenapa kau bawa ke sini?’’
‘’Untuk dihadiahkan pada wanita paling
cantik di hadapan Fir nilah.’’
Aku tersenyum sinis. ‘’ Daripada
kau susah-susah beli bunga ni untuk aku,kau bagi duit yang gunakan untuk beli
bunga ni kat aku lagi bagus. Aku ni tak suka bunga. Bukannya aku tahu jaga pun.
Tak sayang duit betul kau ni.’’
‘’Tak apa,demi sayang,bukan setakat wang ringgit,nyawa Fir pun sanggup
Fir korbankan.’’ Ujar Firdaus sambil meletakkan tangan di dadanya. Aku rasa
hendak ketawa melihat apa yang dia lakukan tetapi cuba kutahan.
‘’Anak orang kaya,bolehlah cakap macam tu. Bukannya kau tahu macam mana
susahnya nak cari duit sampai boleh membazir-bazir macam ni.’’ Sindirku
selamba.
‘’Alah sayang ni,tak sportinglah.Nak
bagi hadiah sikit pun tak boleh.’’ Rungut Firdaus seraya duduk di
hadapanku. ‘’Nak tahu tak,Fir beli bunga
ni guna duit gaji Fir,hasil titik peluk Fir sendiri. Dan untuk pengetahuan
sayang juga,ni pertama kali Fir beli bunga untuk perempuan. Ingatkan sayang
akan suka,tapi tak pasal-pasal Fir pula yang kena marah.’’
Aku membuat memek muka kasihan. Dengan tujuan untuk memerlinya.
‘’Alololo,kasihannya.
Maaflah ya sebab merosakkan percubaan pertama kau tu. Mungkin kau lupa
agaknya,aku ni tak macam perempuan lain yang pernah kau kenal tu,yang akan suka
semua perkara sweet yang kau lakukan
ni.Jadi apa kata macam ni. Kau lupakan sajalah segala hal boyfriend-girlfriend antara kita ni,terangkan pada semua orang
bahawa kita sebenarnya tak ada apa-apa hubungan,dan kemudian kau cari perempuan
lain yang boleh jadi teman wanita yang sebenar,kemudian korang berkahwin,ada
anak,dan hidup bahagia selama-lamanya. Macam mana,hebat tak future planning yang aku dah rangka
untuk kau ni?’’
Firdaus merenung ke arahku. Sangkaku dia memang betul-betul memikirkan
apa yang kukatakan apabila dia hanya berdiam diri,tetapi harapanku musnah
apabila Firdaus menepuk-nepuk tangannya.
‘’Hebat! Memang hebat rancangan yang sayang dah rangka tu. Tapi,Fir ada
cadangan yang lebih baik lagi. Apa kata sayang berterus-terang saja dengan Fir
tentang segala-galanya yang sayang berusaha sangat sembunyikan daripada Fir,dan
lepas tu tanpa sayang suruh pun dengan sendirinya Fir akan tamatkan semua ni.Lebih
senang dan menjimatkan masa,kan?’’
Ahh! Aku menelan air liur. Sekali lagi Firdaus cuba memerangkap aku.
Firdaus tersenyum apabila melihat aku yang terus terkelu. Dia bangun dan
berdiri betul-betul di sebelahku seraya berbisik di telinganya.
‘’Sayang tahu tak,sikap sayang yang macam nilah yang membuatkan Fir
semakin tertarik untuk mengenali sayang. Sayang tak perlu risau. Fir tak akan
paksa sayang untuk beritahu Fir,sebab Fir yakin bahawa Fir akan dapat tahu juga
semua jawapan kepada persoalan-persoalan Fir selama ini. Dan sementara
itu,bersabarlah ya.’’ Firdaus menepuk-nepuk bahuku. Sebelum keluar, Firdaus
sempat lagi berpesan.
‘’By the way sayang,you will look
much more prettier if sayang tak ikat rambut sayang tu dan biarkan saja ia
lepas terurai. Believe me.’’
‘’Thanks but no thanks lah.’’
Ejekku. Firdaus langsung tak terasa, sebaliknya dia mengeyitkan mata lalu
keluar. Aku mendengus. Kau takkan tahu apa-apa Firdaus,sebab aku takkan
sesekali membenarkannya!
Aku mengambil tas tanganku serta beberapa dokumen penting. Hari itu aku
harus pergi melawat ke tapak projek dan membuat laporan. Kalau aku
melengah-lengahkannya nanti mengamuk pula Hitler itu.
Aku aku melihat pula bunga mawar yang terletak
elok di atas mejaku sejak tadi. Mula-mula aku ingat aku nak buang saja bunga
pemberian Firdaus itu,tetapi bila fikir-fikir balik terasa membazir pula.
Tengok sekilas pandang pun dah tahu yang bunga itu mahal harganya. Rasa-rasanya
lebih baik aku berikan saja bunga ini kepada Nadia. Dia kan memang suka
bunga-bunga semua ni. Tambah pula kalau dia tahu bunga ini adalah daripada
Firdaus,mesti dia akan jadi bertambah gembira,fikirku.
Aku mengambil bunga itu dan bercadang untuk singgah di pejabat Nadia
sebentar untuk menyerahkan bunga itu kepadanya.Lagipun takkanlah aku nak
mengusung bunga itu pulang ke rumah nanti. Naik bas pula tu. Telahku dalam
hati.
Sementara menunggu kereta syarikat tiba,aku menanti di lobi. Memang
sejak aku dinaikkan pangkat sebagai pengurus projek,Tengku Yusrizal
membenarkanku menggunakan kereta syarikat untuk pergi ke tapak projek atau ke
mana-mana atas urusan kerja. Dan aku bersyukur kemudahan yang disediakan
untukku itu tidak ditarik balik setelah tunjang pengurusan syarikat itu diambil
alih oleh Nazrul. Kalau tidak,memang susah jugalah aku mahu menjalankan
kerjaku.
‘’Ariana?’’
Aku menoleh. Terkejut juga aku apabila melihat Alia yang sedang
tersenyum manis ke arahku. Pertemuan itu sememangnya tidak pernah kujangka sama
sekali sejak kali terakhir kami berjumpa di rumah Tengku Yusrizal dahulu.
‘’Oh,hai Alia.Tak sangka kita akan berjumpa lagi dekat sini.’’ Ujarku
berbasa-basi.
‘’Tulah,tadi bila I sampai I tengok you sorang-sorang saja dekat
sini,sebab tulah I datang tegur ni. You tengah tunggu siapa kat sini?’’
‘’Saya tengah tunggu kereta,nak pergi melawat tapak projek.’’ Terangku
serba ringkas.
‘’Oohh,macam tu.’’ Alia mengangguk-ngangguk.
‘’Awak pula,buat apa datang ke sini?’’ Soalku seraya melihat penampilan
Alia dari atas ke bawah. Hari ini Alia tidak berpakaian seksi seperti
kebiasaan,sebaliknya dia memakai pakaian formal dengan skirt separas lutut. Kelihatannya
dia datang ke situ bukan atas urusan peribadi,sebaliknya urusan kerja.
‘’I datang ni sebab nak jumpa bos kesayangan you tulah,Tengku Nazrul.
Nak bincang hal kerja sikit dengan dia. Untuk pengetahuan you,tak lama lagi
syarikat papa I dengan Cemerlang Holdings ni akan menjalankan satu usahasama.
Jadi kiranya I lah yang menjadi wakil syarikat papa I.’’ Beritahu Alia ramah.
‘’Bos kesayangan?’’ Aku tersenyum sinis. ‘’Perkataan tu macam tak tepat
saja digunakan.’’
‘’Kenapa? Hubungan you dengan Nazrul masih keruh ke?’’ Soal Alia
terkejut. ‘’Takkanlah korang tak berbaik-baik lagi? It’s been over a month right.’’
‘’Saya tak kisah pun. Lagipun memang sejak dari dulu lagi hubungan kami
tak baik.’’ Balasku ringkas. Malas nak bercerita panjang lebar tentang
keretakan hubungan yang terjalin antara aku dan Nazrul yang bagaikan tiada
penghujungnya itu.
‘’You tak payahlah ambil hati sangat dengan sikap Nazrul tu. Walaupun
kadang-kala dia tu suka terlepas cakap,tapi hatinya baik.’’ Ujar Alia,mungkin
cuba mengambil hatiku semula. Aku hanya tersenyum,tanda menghargai kata-katanya
itu.
Alia merenung jambangan bunga
mawar yang dipegangku.
‘’Nice flowers. Siapa yang
bagi?’’
‘’Rakan sekerja saya.’’ Balasku. Malas aku nak menyebut nama pemberi
bunga itu.
‘’Someone special?’’ Soal Alia
lagi seraya tersenyum-senyum padaku.
‘’Eh,tak adalah. Kami tak ada hubungan apa-apa pun.’’ Aku menidakkan
andaian Alia.
‘’Kalau tak special,takkanlah
dia boleh bagi you bunga mawar yang secantik ini. Beritahu sajalah siapa. I
kenal ke orang tu?’’ Alia masih tidak berputus asa untuk mengetahui siapakah
empunya diri yang memberikan bunga itu kepadaku. Perangainya yang satu itu
persis seperti Nadia. Patutlah mereka boleh bergaul dengan begitu baik sekali
walaupun baru pertama kali bertemu dulu.
‘’Sebenarnya,Firdaus yang bagi bunga mawar ni kat saya.’’ Akhirnya aku
mengambil keputusan untuk berterus terang saja.Wajah Alia berubah apabila
mendengar kata-kataku itu.
‘’Firdaus yang bagi bunga ni kat you?’’ Tanya Alia lagi,meminta
kepastian daripadaku. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru saja
aku katakan tadi.
Aku hanya membalas pertanyaan Alia itu dengan anggukan.Alia terdiam. Senyuman
yang tadi tidak putus-putus terukir di wajah cantiknya terus hilang. Dan
serentak dengan itu,kereta syarikat sudah tiba di hadapanku.
‘’Sorrylah Alia. Saya pergi dulu ya.’’ Kataku meminta diri
daripadanya,seraya membuka pintu kereta.
‘’Okay,take
care.’’ Ujar Alia perlahan. Nadanya tidak lagi ramah seperti tadi. Aku
berasa hairan juga dengan cara percakapan Alia yang secara drastik berubah
itu,tetapi aku malas hendak memikirkannya.
‘’ARIANA,boleh tak awak masuk bilik saya
sekejap?’’ Pinta Nazrul kepadaku. Seperti biasa,nadanya kedengaran dingin. Aku
hanya akur. Setelah aku meletak tas tangannya di dalam bilikku,aku terus masuk
ke dalam pejabat Pengarah Urusan.
‘’Encik Nazrul,ini adalah laporan saya setelah melawat tapak pembinaan
di Damansara itu dua hari lepas. Buat masa ni,tiada apa-apa masalah besar yang
timbul. Cuma mungkin disebabkan faktor cuaca yang tak berapa nak menentu
sekarang ni,jadual projek kita akan menjadi tergendala sedikit. Tetapi saya
rasa masalah ini sudah boleh diatasi sebab syarikat kita telah mengupah
beberapa pekerja baru untuk membantu pelaksaan projek itu agar dapat disiapkan
pada masa yang telah ditetapkan.’’ Terangku seraya meletakkan laporan yang
telah aku siapkan semalam kepada Nazrul. Memang aku sudah sedia tahu bahawa
Nazrul pasti akan bertanyakan tentang projek itu. Sebab itulah aku sudah
bersiap-sedia dengan semua dokumen yang diperlukan walaupun tanpa dipinta oleh
Nazrul.
Nazrul membelek-belek laporanku itu. Beberapa minit kemudian dia
meletakkan laporan itu di atas mejanya tanpa berkata apa-apa. Berdasarkan
pengalamanku,kalau Nazrul hanya diam saja tanpa memberikan sebarang
komen,bermakna lelaki itu puas hati dengan hasil kerjaku.Tetapi kalau ada
cacat-cela walau sedikitpun yang tidak memuaskan hatinya,hanya ALLAH S.W.T.
saja yang tahu betapa ‘power’nya
ayat-ayat yang akan keluar dari mulutnya.Aku ini dikira bernasib baik kerana
dapat terus bekerja di situ walaupun acap kali aku membidas
kata-katanya,biarpun aku sendiri pernah berniat untuk berhenti dari syarikat
itu kerana tidak tahan lagi dengan perangainya. Tetapi kerana Firdaus,habis
rancanganku hancur lebur!
‘’Ariana,kau ni seorang perempuan kan?’’ Soal Nazrul secara tiba-tiba.
‘’Excuse me?’’ Aku mengerutkan
dahi. Tak nampak ke yang aku pakai baju kurung sekarang ni. Buta ke apa.
Serasanya mahu saja aku berkata begitu kepada Nazrul.
‘’Dan seorang perempuan mesti akan memahami perasaan seorang perempuan
yang lain,kan?’’ Nada Nazrul kedengaran semakin serius.
‘’Apa yang Encik Nazrul cuba nak sampaikan ni? Saya tak fahamlah.’’
Ujarku dengan wajah bingung.
‘’Apa perasaan kau kalau lelaki yang kau cintai dengan sepenuh jiwa dan
raga selama bertahun-tahun,akhirnya bercinta dengan perempuan lain pula. Bahkan
kau dapat tahu pula bahawa mereka kenal tak sampai dua bulan pun.Apa yang kau
rasa?’’
Semakin Nazrul meneruskan kata-katanya,semakin aku tak mengerti apa yang
cuba disampaikannya.
‘’Err...saya akan rasa sakit hati agaknya.’’ Jawabku ringkas.
‘’Kalau kau dah tahu macam tu,kenapa kau masih lagi bercinta dengan
Firdaus? Kau ni memang tak pernah memikirkan perasaan orang lain kan.’’ Mata
Nazrul mencerlung memandangku. Terkejut aku mendengar tuduhannya yang bagiku
tidak berasas itu.
‘’Minta maaf Encik Nazrul. Tapi saya langsung tak faham apa yang Encik
Nazrul cakapkan ni. Hati siapa pula yang saya dah lukakan sampai Encik Nazrul
nak bentak-bentak saya macam ni.’’ Kataku dengan rasa tidak senang,tetapi aku
masih cuba mengawal perasaanku.Aku tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengannya
pagi-pagi macam ni.
‘’Kau tahu tak yang Alia dah lama
sukakan Firdaus,sejak diorang belajar sama-sama di London dulu.Alia tu
cantik,lawa,bergaya. Ramai lelaki yang hendakkan dia. Semuanya dia tolak sebab
rasa cintanya yang mendalam terhadap
Firdaus. Tapi sekarang,kau suka-suka hati saja nak masuk line,bercinta dengan Firdaus walaupun korang tak lama kenal pun.
Perempuan macam apa kau ni,sampai sanggup menghancurkan hati perempuan lain?’’
Bidas Nazrul bertalu-talu. Wajahku berubah apabila mendengar kata-kata Nazrul
itu. Aku tidak menyangka bahawa selama ini Alia menaruh hati kepada Firdaus.
‘’Saya tak pernah tahu pun perkara ni...’’
‘’Tapi sekarang kau dah tahu kan? Jadi aku rasa sebaiknya kau minta
putus dengan Firdaus sekarang. Alia tu kawan baik aku.Aku tak sanggup tengok
dia terluka.Bila dapat tahu kau terima bunga daripada Firdaus pun hatinya sudah
macam dirobek-robek,inikan pula kalau dia melihat korang berdua bersama
nanti.Aku harap kau ikut saja apa yang aku cakap,kalau kau tidak mahu mendapat susah.’’
Ayat Nazrul yang terakhir berbaur ugutan,dan itu amat tidak disenangi olehku.
‘’Maafkan saya Encik Nazrul. Tapi saya rasa Encik Nazrul tak berhak nak
menyuruh saya buat apa yang Encik Nazrul minta tadi tu. Ya,di pejabat ni Encik
Nazrul memang bos saya,tapi tak bermakna yang Encik Nazrul boleh mencampuri
urusan peribadi saya.Soal Alia pula,saya juga turut tumpang simpati. Tapi saya sendiri
tak boleh buat apa-apa kerana Firdaus yang memilih sendiri untuk bersama saya.Jadi
saya berharap agar Encik Nazrul dapat menghormati keputusannya itu walaupun
Encik Nazrul tak sukakan saya sekalipun.’’
‘’Hei,kau sedar tak dengan siapa kau sedang bercakap ni? Kau tu tak
layak buat Firdaus tahu tak!’’ Tengking Nazrul lantang. Telinganya sudah memerah.
Panas dengan kata-kataku.
‘’Ya,saya tahu dengan siapa saya tengah bercakap. Saya sedang bercakap
dengan Tengku Nazrul Hakimi bin Tengku Yusrizal,sepupu dan juga kawan baik
kepada Tengku Firdaus Amsyar bin Tengku Farizudin,lelaki yang paling saya
cintai.Sebab itulah saya minta agar Encik Nazrul menyokong perhubungan kami
ini,kerana kalau Encik Nazrul membantah keputusannya,Firdaus pasti akan sedih.
Dan saya tak mahu melihat Firdaus sedih dan hatinya terluka.Tentang soal layak
atau tidak,saya rasa itu bergantung kepada penilaian seseorang individu itu
sendiri. Saya rasa saya sudah cukup layak untuk Firdaus. Kalau tidak masakan
dia memilih saya untuk menjadi kekasihnya dari ramai-ramai perempuan yang
tergila-gilakannya di luar sana. Betul tak?’’ Aku menjawab dengan nada yang
tenang. Ternyata kata-kataku berjaya membuat hati Nazrul bagai diledak dengan
beribu-ribu butir bom.
Aku bangun dari dudukku. ‘’Kalau
tak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu,Encik Nazrul. Dan saya harap lain kali
perkara macam ni takkan berlaku lagi. Saya harap Encik Nazrul dapat bersikap
professional dan tidak mencampur-adukkan urusan peribadi dengan kerja.’’
Sindirku. Nazrul terus diam,tidak terkata apa-apa lagi.
Aku keluar dengan senyuman penuh kepuasan dan rasa bangga yang semakin
berkembang mekar di dalam hatiku. Puas hatiku kerana dapat membalas kembali
kata-kata lelaki berlagak itu. Aku juga rasa macam hendak tergelak apabila
mengenangkan kembali apa yang aku ucapkan tadi. Aku cintakan Firdaus?
Hah,kalaulah Nadia ada di situ pasti dia sudah ketawa berguling-guling. Setahun
pun belum tentu dia akan habis memerliku.
Tanpa kusedari,langkahku diperhatikan oleh Firdaus.Entah kenapa,Firdaus
merasakan satu perasaan yang tidak pernah dirasainya selama ini apabila mencuri
dengar perbualan Nazrul dan Ariana tadi.Apabila Ariana memberitahu kepada
Nazrul bahawa gadis itu mencintainya,hatinya terasa berbunga-bunga dan
kegembiraannya tidak dapat digambarkan dengan apa saja perkataan yang terdapat
dalam dunia ini pun,meskipun dirinya juga dihimpit rasa bersalah apabila
mengetahui bahawa Alia yang selama ini hanya dianggapnya sebagai teman rapat
itu rupa-rupanya menaruh perasaan kepadanya.
Apakah dia sudah jatuh cinta kepada gadis bernama Nur Ariana Abdullah
itu? Entahlah,Firdaus sendiri tidak pasti. Cuma apa yang dia tahu,peristiwa
tadi membuatnya semakin tertarik untuk mengenali diri Ariana yang sebenarnya.Mencari
tahu sebab kenapa wajah Ariana persis sekali seperti wanita yang pernah
dikenalinya itu.
Subscribe to:
Comments (Atom)