Friday, 29 August 2014

Novel Buku Prima Oktober 2014


So basically, ada tiga buah novel yang bakal dikeluarkan oleh Buku Prima untuk bulan Oktober 2014. Biar Mereka Cemburu dari A. Darwisy, Pilihlah Aku dari Dhieya Adlynna, dan Dia Si 'Katak Puru' dari Farrah Izzlorna ( Akulah tu hehe) . Aku sebenarnya kurang mengikuti sangat perkembangan novel tanah air ni sebab dua tiga tahun kebelakangan ni aku memang jarang gila beli novel. Last novel yang aku beli pun adalah Aku Kan Novelis! karya Nurul Syahida. Tu pun sebab aku suka dengan pekerjaan watak utama novel tu yang rasa dekat sangat dengan diri aku (walaupun impian aku untuk bergelar novelis time tu tersekat gara-gara manuskrip aku ditolak huhu). 

Tapi bila aku buat research, aku mendapati A. Darwisy dan Dhieya Adlynna ni dah memang ada nama dalam penulisan novel dan dah menghasilkan beberapa buah novel yang ada di antaranya menjadi viral. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang baru setahun jagung ni, memang macam langit dengan bumilah kan. Tapi tak apa, think positive! Manalah tau bila buku aku terbit sekali dengan buku mereka nanti, aura mereka terlekat kat buku aku dan membawa tuah juga hahaha.

 Di bawah ni aku ada sediakan sinopsis dari tiga buah novel seperti yang disebutkan di atas. Sebagai adik yang baru nak bertatih, aku merelakan novel aku berada di bawah sekali hehe. 





Tajuk: Biar Mereka Cemburu
Penulis: A. Darwisy
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dahsyat!

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni?
Pitam!!! Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. Jangan main-main, istikharah di Paris! Kau mampu?




Tajuk: Pilihlah Aku
Penulis: Dhieya Adlynna
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Hidup Ainul Husna bertukar rentak selepas menyelamatkan Muhammad Fattah. Dia diburu dan setiap gerak-gerinya diperhatikan. Ainul Husna resah. Dia bukan artis popular. Bukan juga anak orang kaya. Dia hanyalah pekerja kedai kek kecil sahaja. Kemuncaknya, dia diculik hanya kerana mahu dihadiahkan dengan pelbagai jenis barangan berjenama. Dunia sudah jadi gila atau dia sebenarnya yang sudah gila?

Sangka Muhammad Fattah, jiwanya kembali tenang jika dia membalas budi Ainul Husna. Tetapi lain pula yang berlaku. Jiwanya semakin tidak tenteram. Hadiah-hadiah daripadanya ditolak tanpa banyak bicara. Ternyata dia silap perkiraan. Ainul Husna berbeza dengan gadis yang selalu mendampinginya. 
Tanpa sedar, niatnya untuk membalas jasa baik Ainul Husna sudah bertukar haluan. Dan sekarang, dia nekad mahu merebut sekeping hati milik gadis itu. Dia tidak peduli jika gadis itu menolaknya. Sekali dirinya ditolak, berkali-kali dia sanggup mencubanya. 

Ainul Husna pula semakin buntu. Apa yang harus dilakukan agar Muhammad Fattah tidak terus mendekati dirinya yang sudah bergelar tunangan orang? Siapa pilihan Ainul Husna? Tetap setia pada tunangnya ataupun cintanya akan beralih arah pada Muhammad Fattah yang keras kepala dan mempunyai kekasih keliling pinggang? 





Tajuk: Dia ‘Si Katak Puru’
Penulis: Farrah Izzlorna
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Berkomunikasi melalui telefon, Ariana a.k.a Ria pada mulanya mempunyai persepsi buruk terhadap lelaki itu yang dipanggilnya ‘katak puru’. Tetapi setelah mengenali lelaki yang tidak diketahui wajahnya itu, Ariana berubah hati. Namun, segalanya berubah akibat satu kemalangan. Ariana menyalahkan diri, lalu dia tidak menghubungi Firdaus lagi. 

Pertemuan semula di kedai makan meresahkan Ariana. Firdaus selalu mendekatinya, seakan-akan tahu dia menyimpan rahsia. Sudahlah Nazrul a.k.a Hitler, sepupu Firdaus merangkap bosnya asyik menuduh Ariana ada skandal dengan bapanya. Kemalangan ‘mentega kacang’ membuat Firdaus merangka idea gila. Diberitahunya semua orang mereka pasangan kekasih. Dan selagi Ariana tidak berterus-terang, mereka akan terus kekal dalam kepura-puraan itu. 

Adakah Ariana akan berterus-terang tentang identitinya sebagai Ria? Atau cinta pura-pura antara Firdaus dan Ariana akan terus kekal selamanya? Dan adakah Nazrul akan terus bermusuhan dengan Ariana, atau takdir yang berlainan sedang menanti mereka?


Jadi aku berharap, korang suka bila baca sinopsis ni dan akan support karya-karya di atas. Arigato gozaimas!

Friday, 22 August 2014

Cover novel Dia Si 'Katak Puru'

Assalamualaikum semua !

Kalau korang baca entri-entri aku sebelum ni, mesti korang tahu kan yang novel pertama aku akan diterbitkan tak lama lagi? Dalam entri aku sebelum ni, aku ada cakap yang novel aku tu akan diterbitkan bulan 3 tahun depan kan? Tapi setelah perubahan jadual, editor tu beritahu aku yang manuskrip aku tu akan diterbitkan untuk koleksi bulan 10 tahun ni juga. Alhamdullillah, itulah yang dinamakan rezeki terpijak ^0^

Untuk pengetahuan korang juga, novel aku itu yang pada asalnya berjudul Sekali Ini Saja sudah ditukar tajuknya menjadi 'Dia Si Katak Puru'. Bak kata editor tu biar lebih komersial. Aku mula-mula tu serius rasa tajuk tu macam kelakar gila, tapi aku terima saja apa yang dicadangkan. Sebab aku tahu pihak penerbit lebih tahu apa yang diorang buat, jadi aku pun okey sajalah.

Jadi setelah aku selesai menyemak novel aku tu buat kali terakhir sebelum diterbitkan (proses pruf), akhirnya tibalah masa yang aku nanti-nantikan. Melihat cover novel aku buat kali pertama.

                                         
                          
                        
         Colorful kan cover depan tu? Sesuailah dengan aku yang masih muda remaja ni hehe. Thanks kepada pihak grafik Buku Prima sebab mereka cipta cover seperti mana cadangan aku. I love it !






Cover depan dan cover belakang beserta sinopsis. Menarik tak? :)


70% Cinta
50% Sahabat
50% Konflik
40% Keluarga
30% Sedih

          Inilah intipati-intipati utama yang terdapat dalam novel aku ni. Aku pun tak suka sangat buat cerita sedih-sedih ni, sebab tulah peratusan kesedihan tu lebih sedikit berbanding yang lain. Konflik yang aku ciptakan antara watak pun bukannya konflik yang terlalu berat sebab aku memang nak jalan cerita novel pertama aku ni jadi seringkas yang mungkin. Cuma ada beberapa elemen misteri yang aku selitkan untuk membuatkan korang tertanya-tanya dan mengikat korang membaca novel aku sampai akhir. Tentang hubungan sebenar antara Firdaus dan Ariana, kenapa Firdaus asyik mengejar-ngejar Ariana dan lain-lain lagi.  Jadi jangan risau, korang takkan stress bila baca novel aku ni hehe.

Berikut adalah maklumat berkenaan dengan novel aku ni. Jangan lupa beli tau !

Tajuk : Dia Si 'Katak Puru'
Bilangan muka surat : 596 halaman
Harga : RM 25.00 ( Semenanjung)/ RM 28.00 (Sabah & Sarawak)

Aku tahu yang aku masih baru dalam dunia penulisan kreatif ni. Tapi, aku dah cuba melakukan yang terbaik dan setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan hasilnya. Dan aku juga berharap korang juga akan merasakan perkara yang sama setelah membaca novel aku ni. Sebarang kritikan akan aku terima dengan hati terbuka kerana aku tahu tiada yang sempurna dalam dunia ni. Segala sokongan yang korang berikan amatlah aku hargai. Aku berjanji yang aku akan terus menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih !

Regards,
Farrah Izzlorna Asri.


Monday, 11 August 2014

Pengalaman Menulis Novel : Penantian Lima Tahun Akhirnya Berbaloi

Assalamualaikum

Hello uollls! So, memandangkan sekarang ni aku tengah stress tahap gaban disebabkan assignment, test, and quiz aku yang berlambak-lambak, jadi aku mengambil keputusan untuk take a break and menceritakan pengalaman aku masa mula-mula menulis novel dulu.

Sebenarnya, Sekali Ini Saja bukan manuskrip pertama yang aku hantar kepada Buku Prima. Manuskrip pertama yang aku hantar bertajuk Puteriku Anastasia, tapi kena tolak sebab kandungannya yang inappropriate hehe. Biasalah, masa aku tulis tu otak aku ni masih kebudak-budakan lagi, main taip je apa yang terlintas dalam fikiran. Plus silap aku juga sebab tak baca guideline ciri-ciri penulisan yang harus ada dalam novel Buku Prima. Aku ingat masa tu aku boleh je tulis apa yang aku nak, sebab aku ada je baca jenis cerita macam tu dalam novel syarikat penerbitan yang lain.

Nak dijadikan cerita, berbanding dengan Sekali Ini Saja yang hanya mengambil masa tiga bulan lebih untuk aku siapkan, guess berapa banyak masa yang aku ambil untuk siapkan P.A? Setahun lebih ! Bermula masa aku awal form 2 sehinggalah pertengahan bulan 3 masa aku form 3. Tapi aku mengambil masa yang lama disebabkan oleh beberapa faktor. First, kekangan masa. Aku kan masa tu tengah sibuk prepare untuk PMR *aceceh kononnya la kan*.  Second, writer block syndrome datang menerjah aku dengan kerap sangat-sangat. Aku masih ingat lagi satu hari tu di mana aku just stay still in front of my computer tanpa taip apa-apa selama lima jam. Stress aku time tu memang tak dapat imagine la kan. Third, keadaan komputer aku time tu boleh diklasifikasikan berada dalam keadaan nazak. Kadang-kadang boleh buka, kadang-kadang tak boleh. Ada sekali tu sampai sebulan tak boleh on. Puas lah aku nak kena pintal wire kat belakang tu dan aku pun tak tahu dah berapa kali aku hempuk keyboard tu sebab geram sangat *ganas kan aku hehe.*. And kalau boleh buka pulak, asyik hang je memanjang. Ada sekali tu time idea aku tengah mencurah-curah, tengah syok menulis ni, boleh pulak komputer tu terpadam sendiri. And what makes it worst, aku tak save lagi time tu! Dahlah aku tak buat back-up dalam pendrive, perasaan aku time tu hanya ALLAH saja yang tahu. And the fourth, ketebalan P.A. adalah 700+++ muka surat. So, memang kena take time la kan. Tambah pulak font yang aku guna time tu adalah Times New Roman, size 10. So, boleh bayang la kan berapa banyak yang aku dah tulis? So, kira reasonable la tempoh yang aku ambil tu untuk siapkan P.A.

Setahun juga la aku kena tunggu sebelum dapat respons daripada Buku Prima. And sepanjang setahun tu, aku rasa editor-editor kat BP tu mesti menyampah gila dengan aku sebab aku asyik call je diorang bertanyakan manuskrip novel aku. Maklumlah novel first, perasaan excited tu lain macam sikit haha. Dan akhirnya semasa bulan 6 masa aku tingkatan empat, akhirnya penantian aku berakhir setelah aku mendapat emel daripada editor BP, dan respon tu for sure tak seperti yang aku harapkan. DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MANUSKRIP ANDA DITOLAK! Lebih kurang begitulah salah satu ayat yang terkandung dalam e-mel tu. Tapi satu benda yang aku respect, walaupun diorang reject manuskrip aku, tapi diorang tak reject tanpa sebab and dekat perenggan-perenggan bawah emel tu, editor BP menyenaraikan sebab mengapa diorang reject manuskrip aku. At least aku tahulah alasan mengapa manuskrip aku ditolak dan tidak dibiarkan terkontang-kanting. Overall, untuk manuskrip pertama aku, Cik Azni (editor BP) tu kata jalan cerita dah okey, tapi just kena ubah sana sini and language yang aku guna memang banyak yang tak sesuai dengan tema Buku Prima. Rasanya lebih ke arah gaya Fixi kot novel aku tu haha. Pointnya, memang aku kena rombak balik secara total. And masa mula-mula tu, aku macam tak boleb terima kenyataan sikit tau sebab aku menaruh harapan tinggi gila, so aku decide untuk stop seketika menulis novel. Bukan seketika la, memang lama. Dekat setahun jugak la microsoft word aku tu bersawang sebelum aku kembali menulis manuskrip kedua aku, Sekali Ini Saja.

Dan untuk Sekali Ini Saja, aku memang betul-betul belajar dari kesilapan dan lebih berhati-hati. Aku ikut guideline yang Buku Prima nak dalam novel mereka dan jalan cerita aku pun dah tak berbelit-belit macam Puteriku Anastasia. Untuk Sekali Ini Saja, aku cuma memilih tema yang ringkas dan berdasarkan dari kisah hidup aku sendiri, sebab aku rasa lagi senang untuk aku menulis based on pengalaman aku. Lepas habis SPM, tengah bulan 12 aku mula menulis, dan aku berjaya menghabiskannya pada 8/3/2014. Tarikh keramat untuk aku setelah bertungkus-lumus bahaha. Aku bangga jugalah sebab tempoh untuk aku siapkan S.I.S. singkat je, tambah pulak masa tu aku sibuk kerja part time. Masa aku hantar manuskrip S.I.S. yang ketebalannya adalah 465 tu, aku dah tak menaruh harapan setinggi gunung macam dulu. Aku redha je kalau apa-apa pun jadi sebab aku dah cuba yang terbaik.Dan aku juga dapat nampak improvement aku masa menulis S.I.S berbanding P.A. dulu. Pointnya kalau korang baca P.A. dan S.I.S. , mesti korang takkan percaya yang kedua-dua manuskrip tu ditulis oleh penulis yang sama, yakni aku. Untuk S.I.S. , bak kata orang Penang , aku dah tak 'haru' dah editor-editor kat BP tu. Sekali pun aku tak pernah telefon diorang untuk bertanyakan manuskrip aku. Time tu aku memang dah cakap pada diri aku sendiri, kalau ada, adalah. Tapi kalau kali ni pun diorang tak nak terima, mungkin bukan rezeki aku. Dan mungkin aku ni memang tak ada bakat menulis novel. Macam P.A. , S.I.S. juga mengambil masa setahun untuk dinilai. Dan seminggu selepas aku masuk semester dua asasi law aku tu, time baru bangun tido tengah mamai-mamai lagi ni, tiba-tiba ada satu nombor KL telefon aku. Masa tu aku cakap, aish, siapa pulalah yang call aku ni. Lepas aku angkat, orang tu memperkenalkan diri sebagai editor Buku Prima dan dia tanya aku, aku ni Cik Farrah ke dan adakah aku pernah hantar manuskrip berjudul Sekali Ini Saja ke Buku Prima. Masa tu, serious hati aku dah dup dap dup dap.
  
           ''Ya, saya Farrah. Saya memang ada hantar manuskrip tu kat BP.'' Aku berkata dengan nada suara yang terketar-ketar sebab terlalu gemuruh.
           ''Awak masih berminat ke nak terbitkan novel awak di bawah syarikat penerbitan Buku Prima ?'' Tanya editor itu.
           ''Mestilah.''
           ''Sebenarnya, saya dah menilai manuskrip awak. Dan Buku Prima berminat untuk terbitkan manuskrip awak tu.''
        
          Serius, time tu aku rasa macam nak menjerit sebab terlalu happy sangat. And aku rasa aku ada terjerit sikit kot. Lepas tu bila editor tu tanya aku tengah buat apa (maybe terkejut dengan suara aku yang kuat), aku dengan bengongnya jawab aku tengah seterika baju. Bodoh gila kan hahahaha. Tapi ada aku kisah. Janji manuskrip aku tu nak terbit YES YES and YESSS ! Lepas tu, editor tu pun terangkanlah beberapa perkara yang aku kena buat, termasuk beberapa penambahan yang aku kena tambah dekat manuskrip aku tu, tapi just a minor penambahan jelah supaya jalan cerita tu jadi bertambah menarik. Kiranya last minute top up sebelum manuskrip S.I.S  diterbitkan. Mula-mula editor tu cakap terbit bulan 3 tahun depan, tapi lepas tu dia bagitau aku yang diorang dah re-schedule jadual and manuskrip aku tu terbit pada bulan 10 tahun ni pula. Bagus bagus bagus. Good job Encik Editor, lagi awal lagi bagus hahaha.

         So,sekarang ni aku hanya menanti masa penerbitan. Serius rasa tak sabar sangat sangat dan sangat. Syukur alhamdullilah ALLAH mempermudahkan segalanya untuk manuskrip S.I.S. Aku tak perlu rombak apa-apa, just kena buat sedikit penambahan and siap! Novel anda bakal diterbitkan, Farrah Izzlorna. Cita-cita aku untuk bergelar an official novelist akan tercapai dalam masa kurang dari dua bulan lagi. Aku tidak sangka yang akhirnya hari itu bakal tiba juga setelah kegagalan aku dalam manuskrip Puteriku Anastasia dulu.

Moral of the story, sekali kita gagal, tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Tak salah kalau kita nak rasa kecewa, tapi jangan biarkan perasaan tu terus menyelubungi diri kita. Don't ever give up dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita nak dengan belajar dari kesilapan lalu. Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku terus decide untuk berhenti menulis selama-lamanya selepas manuskrip pertama aku ditolak dulu, mesti aku tak akan dapat apa yang aku ada sekarang.

So kepada semua bakal penulis, walaupun korang tengah stress masa siapkan manuskrip tu, terpaksa menghadapi writer block syndrome yang serr tu, and walaupun manuskrip korang dah direject berkali-kali sekali pun, jangan pernah berhenti okey. Jangan pernah berputus asa untuk meneruskan minat kita dan impian untuk melihat karya kita yang selama ini hanya tersimpan dalam Microsoft Word dan hanya dipaparkan melalui e-novel dibukukan dan tersusun rapi di rak-rak buku Popular, MPH, Borders dan sebagainya. Percayalah cakap aku, walaupun kita terpaksa menunggu walau selama mana pun, even aku ni dah menunggu selama lima tahun sejak mula-mula aku start menulis P.A. dulu. Bila masanya dah tiba, korang akan rasa yang penantian korang selama ni sangat berbaloi.

Tuesday, 1 July 2014

BREAKING NEWS !

Hello all of you :)

First of all, I want to say , SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ! And the second one, I want to say sorry because I've not updated for such a long time. Nearly a month I guess? But I've done that for sure with a reason. And the reason is, my novel, SEKALI INI SAJA will be PUBLISHED NEXT YEAR !

 Yeah, I'm not kidding neither do i joking (isn't that the same thing). I also only knew this news last week after the editor called me and said that my novel has already been approved to be published, it's just that i need to add some parts in the novel and do some editing and etc etc etc. So that's y i have been quite busy and took decision to just not updating the blog. If u want to know what happens on the next chapter , just wait until next year and buy my novel ok ^_^




Friday, 13 June 2014

Sekali Ini Saja 24



 ‘’SAYANG!’’
          Pagi-pagi lagi Firdaus telah menjadi tetamu tidak diundang di dalam pejabatku.Sebenarnya bukan satu perkara yang luar biasa pun sebab memang setiap pagi dia akan ‘bertapa’ di dalam bilikku terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam pejabatnya sendiri. Tabiat ini sudah menjadi satu kelaziman sejak kami diisytiharkan ‘couple’ dua minggu yang lalu,sampai aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk menghalaunya keluar setiap kali dia melangkah masuk ke dalam bilikku dan memulakan pertanyaan-pertanyaan caringnya yang bagiku memualkan itu.
          ‘’Sayang dah makan ke?’’
          ‘’Semalam lepas balik kerja sayang buat apa?’’
          ‘’Sayang nampak letih saja. Tak cukup tidur ke?’’
          ‘’Masa cuti nanti kita keluar date nak? How about going to I-City?’’
           Tak cukup dengan itu,dia juga sering bercerita padaku tentang kehidupannya. Apa yang dia suka,apa yang dia tidak suka,apa yang dia lakukan hari-hari, dan sebagainya. Sampai kadang-kadang aku rasa tak larat nak mendengar semua cerita itu kerana semua yang diceritakan oleh Firdaus itu sudah kuketahui semasa kami berbual-bual melalui telefon dulu.
          Namun pagi ini,Firdaus muncul dengan kelainan kerana kali ini dia tidak muncul dengan tangan kosong, sebaliknya bersama sejambak bunga mawar di tangannya.
         ‘’Untuk kekasihku yang tersayang!’’ Kata Firdaus tersenyum manis seraya menghulurkan bunga itu kepadaku.Aku memandang bunga itu pelik.
         ‘’Apa ni?’’ Soalku tanpa menyambut hulurannya itu.
         ‘’Bunga!’’
         Aku menarik nafas. ‘’ Aku tahulah bunga,tapi kenapa kau bawa ke sini?’’
         ‘’Untuk dihadiahkan pada wanita paling cantik di hadapan Fir nilah.’’
         Aku tersenyum sinis.  ‘’ Daripada kau susah-susah beli bunga ni untuk aku,kau bagi duit yang gunakan untuk beli bunga ni kat aku lagi bagus. Aku ni tak suka bunga. Bukannya aku tahu jaga pun. Tak sayang duit betul kau ni.’’
        ‘’Tak apa,demi sayang,bukan setakat wang ringgit,nyawa Fir pun sanggup Fir korbankan.’’ Ujar Firdaus sambil meletakkan tangan di dadanya. Aku rasa hendak ketawa melihat apa yang dia lakukan tetapi cuba kutahan.
        ‘’Anak orang kaya,bolehlah cakap macam tu. Bukannya kau tahu macam mana susahnya nak cari duit sampai boleh membazir-bazir macam ni.’’ Sindirku selamba.
        ‘’Alah sayang ni,tak sportinglah.Nak bagi hadiah sikit pun tak boleh.’’ Rungut Firdaus seraya duduk di hadapanku.  ‘’Nak tahu tak,Fir beli bunga ni guna duit gaji Fir,hasil titik peluk Fir sendiri. Dan untuk pengetahuan sayang juga,ni pertama kali Fir beli bunga untuk perempuan. Ingatkan sayang akan suka,tapi tak pasal-pasal Fir pula yang kena marah.’’
        Aku membuat memek muka kasihan. Dengan tujuan untuk memerlinya.
       ‘’Alololo,kasihannya. Maaflah ya sebab merosakkan percubaan pertama kau tu. Mungkin kau lupa agaknya,aku ni tak macam perempuan lain yang pernah kau kenal tu,yang akan suka semua perkara sweet yang kau lakukan ni.Jadi apa kata macam ni. Kau lupakan sajalah segala hal boyfriend-girlfriend antara kita ni,terangkan pada semua orang bahawa kita sebenarnya tak ada apa-apa hubungan,dan kemudian kau cari perempuan lain yang boleh jadi teman wanita yang sebenar,kemudian korang berkahwin,ada anak,dan hidup bahagia selama-lamanya. Macam mana,hebat tak future planning yang aku dah rangka untuk kau ni?’’
        Firdaus merenung ke arahku. Sangkaku dia memang betul-betul memikirkan apa yang kukatakan apabila dia hanya berdiam diri,tetapi harapanku musnah apabila Firdaus menepuk-nepuk tangannya.
       ‘’Hebat! Memang hebat rancangan yang sayang dah rangka tu. Tapi,Fir ada cadangan yang lebih baik lagi. Apa kata sayang berterus-terang saja dengan Fir tentang segala-galanya yang sayang berusaha sangat sembunyikan daripada Fir,dan lepas tu tanpa sayang suruh pun dengan sendirinya Fir akan tamatkan semua ni.Lebih senang dan menjimatkan masa,kan?’’
       Ahh! Aku menelan air liur. Sekali lagi Firdaus cuba memerangkap aku. Firdaus tersenyum apabila melihat aku yang terus terkelu. Dia bangun dan berdiri betul-betul di sebelahku seraya berbisik di telinganya.
      ‘’Sayang tahu tak,sikap sayang yang macam nilah yang membuatkan Fir semakin tertarik untuk mengenali sayang. Sayang tak perlu risau. Fir tak akan paksa sayang untuk beritahu Fir,sebab Fir yakin bahawa Fir akan dapat tahu juga semua jawapan kepada persoalan-persoalan Fir selama ini. Dan sementara itu,bersabarlah ya.’’ Firdaus menepuk-nepuk bahuku. Sebelum keluar, Firdaus sempat lagi berpesan.
      ‘’By the way sayang,you will look much more prettier if sayang tak ikat rambut sayang tu dan biarkan saja ia lepas terurai. Believe me.’’
      ‘’Thanks but no thanks lah.’’ Ejekku. Firdaus langsung tak terasa, sebaliknya dia mengeyitkan mata lalu keluar. Aku mendengus. Kau takkan tahu apa-apa Firdaus,sebab aku takkan sesekali membenarkannya!
      Aku mengambil tas tanganku serta beberapa dokumen penting. Hari itu aku harus pergi melawat ke tapak projek dan membuat laporan. Kalau aku melengah-lengahkannya nanti mengamuk pula Hitler itu.
       Aku aku melihat pula bunga mawar yang terletak elok di atas mejaku sejak tadi. Mula-mula aku ingat aku nak buang saja bunga pemberian Firdaus itu,tetapi bila fikir-fikir balik terasa membazir pula. Tengok sekilas pandang pun dah tahu yang bunga itu mahal harganya. Rasa-rasanya lebih baik aku berikan saja bunga ini kepada Nadia. Dia kan memang suka bunga-bunga semua ni. Tambah pula kalau dia tahu bunga ini adalah daripada Firdaus,mesti dia akan jadi bertambah gembira,fikirku.
          Aku mengambil bunga itu dan bercadang untuk singgah di pejabat Nadia sebentar untuk menyerahkan bunga itu kepadanya.Lagipun takkanlah aku nak mengusung bunga itu pulang ke rumah nanti. Naik bas pula tu. Telahku dalam hati.
         Sementara menunggu kereta syarikat tiba,aku menanti di lobi. Memang sejak aku dinaikkan pangkat sebagai pengurus projek,Tengku Yusrizal membenarkanku menggunakan kereta syarikat untuk pergi ke tapak projek atau ke mana-mana atas urusan kerja. Dan aku bersyukur kemudahan yang disediakan untukku itu tidak ditarik balik setelah tunjang pengurusan syarikat itu diambil alih oleh Nazrul. Kalau tidak,memang susah jugalah aku mahu menjalankan kerjaku.
         ‘’Ariana?’’
         Aku menoleh. Terkejut juga aku apabila melihat Alia yang sedang tersenyum manis ke arahku. Pertemuan itu sememangnya tidak pernah kujangka sama sekali sejak kali terakhir kami berjumpa di rumah Tengku Yusrizal dahulu.
        ‘’Oh,hai Alia.Tak sangka kita akan berjumpa lagi dekat sini.’’ Ujarku berbasa-basi.
        ‘’Tulah,tadi bila I sampai I tengok you sorang-sorang saja dekat sini,sebab tulah I datang tegur ni. You tengah tunggu siapa kat sini?’’
        ‘’Saya tengah tunggu kereta,nak pergi melawat tapak projek.’’ Terangku serba ringkas.
        ‘’Oohh,macam tu.’’ Alia mengangguk-ngangguk.
        ‘’Awak pula,buat apa datang ke sini?’’ Soalku seraya melihat penampilan Alia dari atas ke bawah. Hari ini Alia tidak berpakaian seksi seperti kebiasaan,sebaliknya dia memakai pakaian formal dengan skirt separas lutut. Kelihatannya dia datang ke situ bukan atas urusan peribadi,sebaliknya urusan kerja.
         ‘’I datang ni sebab nak jumpa bos kesayangan you tulah,Tengku Nazrul. Nak bincang hal kerja sikit dengan dia. Untuk pengetahuan you,tak lama lagi syarikat papa I dengan Cemerlang Holdings ni akan menjalankan satu usahasama. Jadi kiranya I lah yang menjadi wakil syarikat papa I.’’ Beritahu Alia ramah.
         ‘’Bos kesayangan?’’ Aku tersenyum sinis. ‘’Perkataan tu macam tak tepat saja digunakan.’’
         ‘’Kenapa? Hubungan you dengan Nazrul masih keruh ke?’’ Soal Alia terkejut. ‘’Takkanlah korang tak berbaik-baik lagi? It’s been over a month right.’’
         ‘’Saya tak kisah pun. Lagipun memang sejak dari dulu lagi hubungan kami tak baik.’’ Balasku ringkas. Malas nak bercerita panjang lebar tentang keretakan hubungan yang terjalin antara aku dan Nazrul yang bagaikan tiada penghujungnya itu.
         ‘’You tak payahlah ambil hati sangat dengan sikap Nazrul tu. Walaupun kadang-kala dia tu suka terlepas cakap,tapi hatinya baik.’’ Ujar Alia,mungkin cuba mengambil hatiku semula. Aku hanya tersenyum,tanda menghargai kata-katanya itu.
         Alia merenung jambangan bunga mawar yang dipegangku.
         ‘’Nice flowers. Siapa yang bagi?’’
         ‘’Rakan sekerja saya.’’ Balasku. Malas aku nak menyebut nama pemberi bunga itu.
         ‘’Someone special?’’ Soal Alia lagi seraya tersenyum-senyum padaku.
         ‘’Eh,tak adalah. Kami tak ada hubungan apa-apa pun.’’ Aku menidakkan andaian Alia.
          ‘’Kalau tak special,takkanlah dia boleh bagi you bunga mawar yang secantik ini. Beritahu sajalah siapa. I kenal ke orang tu?’’ Alia masih tidak berputus asa untuk mengetahui siapakah empunya diri yang memberikan bunga itu kepadaku. Perangainya yang satu itu persis seperti Nadia. Patutlah mereka boleh bergaul dengan begitu baik sekali walaupun baru pertama kali bertemu dulu.
          ‘’Sebenarnya,Firdaus yang bagi bunga mawar ni kat saya.’’ Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berterus terang saja.Wajah Alia berubah apabila mendengar kata-kataku itu.
          ‘’Firdaus yang bagi bunga ni kat you?’’ Tanya Alia lagi,meminta kepastian daripadaku. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru saja aku katakan tadi.
          Aku hanya membalas pertanyaan Alia itu dengan anggukan.Alia terdiam. Senyuman yang tadi tidak putus-putus terukir di wajah cantiknya terus hilang. Dan serentak dengan itu,kereta syarikat sudah tiba di hadapanku.
          ‘’Sorrylah Alia. Saya pergi dulu ya.’’ Kataku meminta diri daripadanya,seraya membuka pintu kereta.
          ‘’Okay,take care.’’ Ujar Alia perlahan. Nadanya tidak lagi ramah seperti tadi. Aku berasa hairan juga dengan cara percakapan Alia yang secara drastik berubah itu,tetapi aku malas hendak memikirkannya.

‘’ARIANA,boleh tak awak masuk bilik saya sekejap?’’ Pinta Nazrul kepadaku. Seperti biasa,nadanya kedengaran dingin. Aku hanya akur. Setelah aku meletak tas tangannya di dalam bilikku,aku terus masuk ke dalam pejabat Pengarah Urusan.
          ‘’Encik Nazrul,ini adalah laporan saya setelah melawat tapak pembinaan di Damansara itu dua hari lepas. Buat masa ni,tiada apa-apa masalah besar yang timbul. Cuma mungkin disebabkan faktor cuaca yang tak berapa nak menentu sekarang ni,jadual projek kita akan menjadi tergendala sedikit. Tetapi saya rasa masalah ini sudah boleh diatasi sebab syarikat kita telah mengupah beberapa pekerja baru untuk membantu pelaksaan projek itu agar dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.’’ Terangku seraya meletakkan laporan yang telah aku siapkan semalam kepada Nazrul. Memang aku sudah sedia tahu bahawa Nazrul pasti akan bertanyakan tentang projek itu. Sebab itulah aku sudah bersiap-sedia dengan semua dokumen yang diperlukan walaupun tanpa dipinta oleh Nazrul.
           Nazrul membelek-belek laporanku itu. Beberapa minit kemudian dia meletakkan laporan itu di atas mejanya tanpa berkata apa-apa. Berdasarkan pengalamanku,kalau Nazrul hanya diam saja tanpa memberikan sebarang komen,bermakna lelaki itu puas hati dengan hasil kerjaku.Tetapi kalau ada cacat-cela walau sedikitpun yang tidak memuaskan hatinya,hanya ALLAH S.W.T. saja yang tahu betapa ‘power’nya ayat-ayat yang akan keluar dari mulutnya.Aku ini dikira bernasib baik kerana dapat terus bekerja di situ walaupun acap kali aku membidas kata-katanya,biarpun aku sendiri pernah berniat untuk berhenti dari syarikat itu kerana tidak tahan lagi dengan perangainya. Tetapi kerana Firdaus,habis rancanganku hancur lebur!
          ‘’Ariana,kau ni seorang perempuan kan?’’ Soal Nazrul secara tiba-tiba.
          ‘’Excuse me?’’ Aku mengerutkan dahi. Tak nampak ke yang aku pakai baju kurung sekarang ni. Buta ke apa. Serasanya mahu saja aku berkata begitu kepada Nazrul.
          ‘’Dan seorang perempuan mesti akan memahami perasaan seorang perempuan yang lain,kan?’’ Nada Nazrul kedengaran semakin serius.
          ‘’Apa yang Encik Nazrul cuba nak sampaikan ni? Saya tak fahamlah.’’ Ujarku dengan wajah bingung.
          ‘’Apa perasaan kau kalau lelaki yang kau cintai dengan sepenuh jiwa dan raga selama bertahun-tahun,akhirnya bercinta dengan perempuan lain pula. Bahkan kau dapat tahu pula bahawa mereka kenal tak sampai dua bulan pun.Apa yang kau rasa?’’
          Semakin Nazrul meneruskan kata-katanya,semakin aku tak mengerti apa yang cuba disampaikannya.
         ‘’Err...saya akan rasa sakit hati agaknya.’’ Jawabku ringkas.
         ‘’Kalau kau dah tahu macam tu,kenapa kau masih lagi bercinta dengan Firdaus? Kau ni memang tak pernah memikirkan perasaan orang lain kan.’’ Mata Nazrul mencerlung memandangku. Terkejut aku mendengar tuduhannya yang bagiku tidak berasas itu.
         ‘’Minta maaf Encik Nazrul. Tapi saya langsung tak faham apa yang Encik Nazrul cakapkan ni. Hati siapa pula yang saya dah lukakan sampai Encik Nazrul nak bentak-bentak saya macam ni.’’ Kataku dengan rasa tidak senang,tetapi aku masih cuba mengawal perasaanku.Aku tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengannya pagi-pagi macam ni.
         ‘’Kau tahu tak yang Alia dah lama sukakan Firdaus,sejak diorang belajar sama-sama di London dulu.Alia tu cantik,lawa,bergaya. Ramai lelaki yang hendakkan dia. Semuanya dia tolak sebab rasa cintanya yang  mendalam terhadap Firdaus. Tapi sekarang,kau suka-suka hati saja nak masuk line,bercinta dengan Firdaus walaupun korang tak lama kenal pun. Perempuan macam apa kau ni,sampai sanggup menghancurkan hati perempuan lain?’’ Bidas Nazrul bertalu-talu. Wajahku berubah apabila mendengar kata-kata Nazrul itu. Aku tidak menyangka bahawa selama ini Alia menaruh hati kepada Firdaus.
          ‘’Saya tak pernah tahu pun perkara ni...’’
          ‘’Tapi sekarang kau dah tahu kan? Jadi aku rasa sebaiknya kau minta putus dengan Firdaus sekarang. Alia tu kawan baik aku.Aku tak sanggup tengok dia terluka.Bila dapat tahu kau terima bunga daripada Firdaus pun hatinya sudah macam dirobek-robek,inikan pula kalau dia melihat korang berdua bersama nanti.Aku harap kau ikut saja apa yang aku cakap,kalau kau tidak mahu mendapat susah.’’ Ayat Nazrul yang terakhir berbaur ugutan,dan itu amat tidak disenangi olehku.
          ‘’Maafkan saya Encik Nazrul. Tapi saya rasa Encik Nazrul tak berhak nak menyuruh saya buat apa yang Encik Nazrul minta tadi tu. Ya,di pejabat ni Encik Nazrul memang bos saya,tapi tak bermakna yang Encik Nazrul boleh mencampuri urusan peribadi saya.Soal Alia pula,saya juga turut tumpang simpati. Tapi saya sendiri tak boleh buat apa-apa kerana Firdaus yang memilih sendiri untuk bersama saya.Jadi saya berharap agar Encik Nazrul dapat menghormati keputusannya itu walaupun Encik Nazrul tak sukakan saya sekalipun.’’
           ‘’Hei,kau sedar tak dengan siapa kau sedang bercakap ni? Kau tu tak layak buat Firdaus tahu tak!’’ Tengking Nazrul lantang. Telinganya sudah memerah. Panas dengan kata-kataku.
           ‘’Ya,saya tahu dengan siapa saya tengah bercakap. Saya sedang bercakap dengan Tengku Nazrul Hakimi bin Tengku Yusrizal,sepupu dan juga kawan baik kepada Tengku Firdaus Amsyar bin Tengku Farizudin,lelaki yang paling saya cintai.Sebab itulah saya minta agar Encik Nazrul menyokong perhubungan kami ini,kerana kalau Encik Nazrul membantah keputusannya,Firdaus pasti akan sedih. Dan saya tak mahu melihat Firdaus sedih dan hatinya terluka.Tentang soal layak atau tidak,saya rasa itu bergantung kepada penilaian seseorang individu itu sendiri. Saya rasa saya sudah cukup layak untuk Firdaus. Kalau tidak masakan dia memilih saya untuk menjadi kekasihnya dari ramai-ramai perempuan yang tergila-gilakannya di luar sana. Betul tak?’’ Aku menjawab dengan nada yang tenang. Ternyata kata-kataku berjaya membuat hati Nazrul bagai diledak dengan beribu-ribu butir bom.
            Aku bangun dari dudukku.  ‘’Kalau tak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu,Encik Nazrul. Dan saya harap lain kali perkara macam ni takkan berlaku lagi. Saya harap Encik Nazrul dapat bersikap professional dan tidak mencampur-adukkan urusan peribadi dengan kerja.’’ Sindirku. Nazrul terus diam,tidak terkata apa-apa lagi.
            Aku keluar dengan senyuman penuh kepuasan dan rasa bangga yang semakin berkembang mekar di dalam hatiku. Puas hatiku kerana dapat membalas kembali kata-kata lelaki berlagak itu. Aku juga rasa macam hendak tergelak apabila mengenangkan kembali apa yang aku ucapkan tadi. Aku cintakan Firdaus? Hah,kalaulah Nadia ada di situ pasti dia sudah ketawa berguling-guling. Setahun pun belum tentu dia akan habis memerliku.
           Tanpa kusedari,langkahku diperhatikan oleh Firdaus.Entah kenapa,Firdaus merasakan satu perasaan yang tidak pernah dirasainya selama ini apabila mencuri dengar perbualan Nazrul dan Ariana tadi.Apabila Ariana memberitahu kepada Nazrul bahawa gadis itu mencintainya,hatinya terasa berbunga-bunga dan kegembiraannya tidak dapat digambarkan dengan apa saja perkataan yang terdapat dalam dunia ini pun,meskipun dirinya juga dihimpit rasa bersalah apabila mengetahui bahawa Alia yang selama ini hanya dianggapnya sebagai teman rapat itu rupa-rupanya menaruh perasaan kepadanya.
           Apakah dia sudah jatuh cinta kepada gadis bernama Nur Ariana Abdullah itu? Entahlah,Firdaus sendiri tidak pasti. Cuma apa yang dia tahu,peristiwa tadi membuatnya semakin tertarik untuk mengenali diri Ariana yang sebenarnya.Mencari tahu sebab kenapa wajah Ariana persis sekali seperti wanita yang pernah dikenalinya itu.

Sekali Ini Saja 23



 Penulis : So sorry for the super late update ! Sebab kuliah sem 2 ni dah start sejak minggu lepas, so jadi macam sibuk sikit sekarang hehe  T_T  Hope you guys enjoy this chapter !

AKU cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaku,tetapi aku gagal. Hatiku masih kecewa akan sikap Nadia tengah hari tadi. Kadang-kadang aku sudah tidak tahan dengan sikap Nadia yang satu ini. Kerana Adnan,dia boleh lupakan orang di sekelilingnya dan sanggup korbankan segala-galanya,termasuk dari segi kewangan dan persahabatan.
        Ketukan pada pintu bilik mematikan khayalanku. Aku mengeluh apabila melihat Firdaus.
        ‘’Kalau kau datang sini semata-mata nak kacau aku macam yang kau selalu buat,maaf,aku tak ada masa.’’ Bidasku sebelum sempat Firdaus berkata apa-apa.
        Firdaus tersenyum.
        ‘’Boleh saya duduk?’’ Pinta Firdaus.
         Apabila aku tidak memberi respons,Firdaus dengan sendirinya mengambil tempat di hadapanku dan meletakkan plastik berisi polisterina di hadapanku. Aku hanya memandang plastik itu dingin.
         ‘’Makanlah. Saya beli untuk awak. Mesti awak lapar kan.’’ Ujar Firdaus,memulakan perbualan. Kali ini,dia menggunakan bahasa formal,tidak lagi membahasakan dirinya sebagai ‘Fir’ dan memanggil aku dengan nama ‘sayang’ seperti tadi.
         ‘’Aku tak lapar.’’ Aku menolak pemberian baiknya itu seraya berpura-pura sibuk dengan kertas-kertas yang bertaburan di atas mejaku.
         ‘’Kalau tak lapar pun,kenalah paksa diri tu makan juga. Nanti perut masuk angin pula.’’ Pujuk Firdaus seraya menolak plastik makanan itu ke arahku.
          Aku sudah mula hilang sabar.
        ‘’Boleh tak kau cakap saja apa yang kau nak sekarang and get out of here as soon as possible?!’’ Kataku dengan nada yang keras dan kasar. Tidak sedikitpun aku memikirkan perasaannya apabila dibentak-bentak olehku seperti itu.
        ‘’Luahkan semuanya.’’ Tiba-tiba Firdaus berkata seperti itu. Aku mengerutkan dahi.
        ‘’What?’’
        ‘’You are asking me what I want. Saya nak awak luahkan semua yang sedang terbuku dalam hati awak tu.’’
        ‘’I seriously don’t know what are you talking about.’’
        Firdaus tersenyum.
        ‘’Many people say that I’m a good listener,especially to the girls’ problem.’’
        ‘’Satu-satunya masalah yang aku ada sekarang adalah kau,Tengku Firdaus Amsyar.’’
        ‘’Don’t lie. I know you are upset because of what Nadia said to you just now,right?’’
         Aku diam.
        ‘’Maybe you feel miserable to tell your problem to me.’’ Firdaus diam seketika sebelum berkata. ‘’ Macam mana kalau awak anggap saja sekarang kita tengah berada dalam friendzone. You can share your problem with me,like friends.’’
         Aku merenung ke arahnya.
        ‘’We are not even friends,Firdaus.’’
        ‘’Just consider macam ni sajalah. Setiap kali awak ada masalah dan awak nak ceritakan masalah awak tu pada saya,kita akan berada dalam friendzone. Masa kita dalam friendzone tu, I promise that saya takkan campur-baurkan hal-hal peribadi kita dengan masalah awak tu.Saya juga takkan panggil awak sayang-sayang semua. I will listen to you and give my opinion based on what you tell me like a friend,although we are not even friends. Agree?’’
         Aku diam lagi,memikirkan apa yang dikatakan Firdaus.
         ‘’Ariana,tak baik pendam masalah seorang diri.Kadang-kala awak kena beritahu juga problem awak kepada seseorang.’’ Pujuk Firdaus.
         ‘’Dengan menceritakan konflik yang berlaku dalam hidup aku pada orang lain dapat menyelesaikan masalah ke?’’
         ‘’Tapi sekurang-kurangnya,ia mampu mengurangkan bebanan dalam hati awak,kan?’’
          Aku mengeluh seraya memandang wajahnya lama.
          ‘’Nadia tu,suka sangat buat aku marah.’’ Akhirnya aku meluahkan juga masalahku.Mungkin kerana aku memang memerlukan seseorang untuk melepaskan tekananku ketika itu.
          ‘’Apa yang dia buat?’’ Soal Firdaus. Dia mula mendengar semua yang dikatakanku dengan sepenuh perhatian.
          ‘’Dia tu lebih mementingkan boyfriend dia daripada kawan baik dia sendiri. Sampai sanggup memungkiri janji pula tu. Macam manalah aku tak bengang.’’ Luahku dengan nada tidak puas hati. Firdaus membetulkan posisi duduknya.
         ‘’Oh,jadi awak marah pada Nadia sebab dia tak berpegang pada janji?’’
         ‘’Bukan tu saja,tapi sebab aku tak suka juga dengan boyfriend dia,si Adnan tu.Perangai entah apa-apa,suka sangat ambil kesempatan atas kebaikan Nadia. Mentang-mentang keluarga Nadia tu senang,gaji Nadia tu lebih tinggi daripada dia,suka hati mak bapak dia saja nak minta duit daripada Nadia. Dahlah tu,setiap kali keluar dating pun Nadia yang kena belanja semuanya. Dari hal makan-makan sehinggalah ke barangan keperluan dia.Silap-silap underwear dia pun Nadia yang tolong belikan.’’ Bidasku lancang dengan nada memerli.
           ‘’Biasalah perempuan.Mereka sanggup buat apa saja untuk lelaki yang mereka cintai.’’
           Aku merenungnya seraya berkata dengan sinis.
           ‘’I’m not that kind of ‘perempuan’ okey. Tolong sikit ya.’’
           Firdaus tersenyum lagi. ‘’Ya,ya. Saya tahu.Habis tu,awak tak pernah slow talk dengan Nadia ke pasal benda ni?’’
           ‘’Dah berbuih-buih mulut aku ni nasihatkan dia,tapi sikit pun dia tak mahu dengar.Sampai aku sendiri dah tak tahu macam mana nak sedarkan dia bahawa Adnan tu tak sebaik yang dia sangkakan. Bila aku cakap,dia marah,kecil hati. Tapi bila tak cakap,lagilah aku rasa salah. Tengok benda tak betul jadi depan mata,takkan nak diam saja?’’
          ‘’Cubalah cakap dengan dia lagi. Tapi cuba slow talk elok-elok. Beritahu baik-baik kenapa awak tak suka dia berkawan dengan si Adnan tu. Insya-ALLAH bila awak cakap dengan dia macam tu,dia dapat terima,dan dia akan fikir balik apa yang awak cakap tu. Kadang-kadang orang perempuan ni susah nak terima bila kita kutuk orang yang dia sayang,walaupun apa yang kita cakap tu ada kebenarannya.Sebab tulah dalam hal ni kita tak boleh guna cara kekerasan,sebab kalau kita keras,dia akan jadi lebih keras lagi.’’
         Aku diam seketika,memikirkan kebenaran kata-kata Firdaus. Kalau nak difikirkan logik,betul juga apa yang dikatakan Firdaus itu. Selama ini,aku sering membidas Adnan dengan cara yang kasar tanpa memikirkan perasaan Nadia. Mungkin kerana itu,dia sukar untuk menerima nasihatku. Aku mengeluh.
         ‘’Betul juga apa yang kau cakap tu.’’ Kataku perlahan,terpaksa mengakui kesilapanku sendiri.
         ‘’Cubalah buat dengan cara sepertimana saya beritahu awak tadi.Insya-ALLAH,dia akan faham juga niat baik awak tu.Dan always believe that perbuatan jahat yang dilakukan oleh manusia,walau cuba disembunyikan macam mana pun lama-lama akan terbongkar juga. Saya percaya kalau Adnan betul-betul tak ikhlas berkawan dengan Nadia,Nadia akan mengetahuinya juga suatu hari nanti. Cuma tunggu cepat atau lambat saja.’’ Nasihat Firdaus lagi. Nadanya cukup berhemah dan lembut sekali,membuatkan hatiku yang keras ini pun boleh menerima apa yang dinasihatinya.
          Aku tersenyum nipis.
          ‘’Thanks Firdaus for helping me.’’ Ujarku. Terasa malu pula dengan diriku sendiri kerana melayannya dengan cara yang tidak sopan tadi,tapi sekarang dia pula yang memberi nasihat tentang masalah yang aku hadapi.
          ‘’Welcome. And always remember that I will always be here for you,sayang.’’
          Mataku terbuntang luas apabila mendengar perkataan terakhir yang disebutnya itu.
          ‘’We are already out from friendzone!’’ Firdaus mengenyitkan matanya, nakal.
          ‘’Firdaus!’’ Jeritku padanya. Firdaus hanya ketawa kecil seraya melambaikan tangannya padaku sebelum keluar dari bilikku itu.
          Aku mendengus. Dasar lelaki annoying ! Kenapalah aku boleh jadi bodoh sangat cerita semua masalah kat dia tadi,omelku perlahan.
          Namun jauh di sudut hatiku,aku berasa sangat tenang. Segala masalah yang menyelubungi diriku sebentar tadi bagaikan telah pergi dibawa angin setelah meluahkan segala-galanya pada Firdaus.
         Firdaus juga masih seperti dirinya yang dulu. Langsung tidak berubah. Dia masih bersikap matang dan nasihat yang diberikannya padaku masih tetap menjadi magis yang mampu menghalau pergi semua tekanan yang melanda jiwa ini.

SEBAIK saja aku sampai ke rumah,aku melihat Nadia sudah setia menantiku. Bahkan dia juga yang tolong membukakan pintu rumah untukku dengan menayang muka bersalahnya itu. Aku tidak berkata apa-apa kepadanya. Aku terus masuk ke bilikku untuk mengambil tuala dan mandi.Selesai memakai baju,aku keluar dari bilik untuk makan malam,dan aku melihat makanan sudah siap terhidang di atas meja. Tidak seperti kebiasaan,akulah yang selalunya menyiapkan makanan untuk kami berdua.Nampaknya Nadia memang bersungguh-sungguh mahu meminta maaf kepadaku kerana mungkir janji untuk makan bersama tengah hari tadi.
          Secara sengaja,aku buat-buat tidak nampak makan malam yang telah disediakan oleh Nadia itu.Aku terus ke ruang tamu dan menonton televisyen. Sengaja aku mahu melihat bagaimana reaksinya apabila aku memperlakukannya sebegitu. Riak wajah Nadia berubah apabila aku buat tidak endah saja terhadap dirinya.Mungkin sedikit-sebanyak dia terasa dengan sikapku yang dingin itu.
         ‘’Ary,aku nak cakap dengan kau sikit.’’ Tegur Nadia.
         ‘’Apa dia?’’ Soalku endah tidak endah sambil berpura-pura menekan remote control yang ada dalam peganganku.
         Nadia mengambil tempat di sebelahku dan berkata, ‘’ Aku nak minta maaf dengan kau.’’
        ‘’Kenapa pula kau nak kena minta maaf dengan aku? Kau ada buat apa-apa salah ke?’’ Tanyaku dengan nada menyindir.
        ‘’Sebab aku tak dapat nak makan tengah hari dengan kau sekali tadi.’’
        ‘’Oh? Sebab kau sibuk nak keluar dating dengan boyfriend kau tu kan? Tak apalah Nadia,aku dah terbiasa sangat dah. Bukannya baru sekali ni kau buat aku macam ni kan.’’ Kataku selamba,tetapi sudah cukup untuk membuatkan jiwa Nadia tersentap dengan ayat-ayat berbisa yang keluar dari mulutku itu.
         ‘’Ary,kau tahu kan yang aku tak sengaja. Kau ingat aku suka ke bila terpaksa mungkir janji dengan kau macam ni? Buat kau sakit hati semua?’’ Kata Nadia dengan nada kecewa.
        ‘’Oh,kau tahu pula yang aku sakit hati dengan perangai kau. Tapi kau buat juga kan.’’
        ‘’Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau,Ary.Suka hati kaulah nak maafkan aku ke tak. Aku dah tak kisah lagi dah. Aku tahu,aku ni memang kawan tak guna. Selalu mungkir janji dan buat kau sakit hati kan.’’ Ujar Nadia dengan suara yang sebak. Aku terkejut apabila melihat matanya yang sudah mulai berkaca-kaca itu. Aku tidak menyangka yang dia begitu mengambil hati akan kata-kataku.Aku pantas menarik tangan Nadia apabila Nadia mahu berlalu dari ruang tamu itu.
         ‘’Nadia,aku minta maaf. Aku sebenarnya dah tak marah dengan kau lagi sebab benda yang berlaku tengah hari tadi.’’  Pujukku seraya memeluk bahu Nadia.
         ‘’Tak payahlah nak cuba sedapkan hati aku,Ary.’’ Ujar Nadia dengan air matanya yang mula berlinangan membasahi pipi.
         ‘’Kenapa kau jadi sensitif sangat hari ni? Selalunya kau tak pernah ambil kisah pun dengan apa yang aku cakap.’’
         Nadia terdiam seketika.Kemudiannya dia mengeluh.
         ‘’Adnan...’’
         ‘’Apa yang dia buat pada kau?’’ Potongku sebelum Nadia menghabiskan kata-katanya.
          Sekali lagi Nadia menghempaskan keluhan.
         ‘’Dia marah pada aku hari ni.’’
         ‘’Kenapa dia marah kat kau pula?’’
         ‘’Sebenarnya tengah hari tadi,dia ajak aku keluar makan sekali dengan dia. Mula-mula aku tolak sebab aku dah janji dengan kau. Lepas tu,dia marah-marah aku,kata aku lebih pentingkan kawan daripada dia. Sebab aku malas nak bertengkar dengan dia,aku terpaksalah batalkan janji makan tengah hari dengan kau. Masa kami keluar tu pula,aku katalah pada dia yang aku nak pergi hospital lepas balik kerja,nak pergi melawat adik dia yang kemalangan tu.Tiba-tiba saja dia tengking aku. Dia cakap aku jangan nak memandai-mandai pergi melawat adik dia. Suruh aku jaga tepi kain aku sendiri. Terasa betul aku masa tu,Ary.’’ Cerita Nadia dengan air mata yang berjuraian menuruni pipi.
          ‘’Dia tu memang tak....’’ Belum ayat itu kuhabiskan,aku teringat semula perbualan antara Firdaus dan aku semasa di pejabat tadi. Kadang-kadang orang perempuan ni susah nak terima bila kita kutuk orang yang dia sayang,walaupun apa yang kita cakap tu ada kebenarannya.Sebab tulah dalam hal ni kita tak boleh guna cara kekerasan,sebab kalau kita keras,dia akan jadi lebih keras lagi. Kata-kata Firdaus itu terngiang-ngiang semula di telingaku.
           Aku memandang ke arah wajah Nadia yang muram itu. Timbul rasa simpatiku terhadap rakan karibku itu. Nampaknya memang ada betulnya juga kata-kata Firdaus itu. Aku tidak boleh menggunakan cara kekerasan untuk menunjukkan rasa tidak sukaku kepada Adnan. Nanti hati Nadia akan jadi lebih terluka pula.
        ‘’Sudahlah tu,Nadia. Tak payahlah fikir lagi pasal semua ni. Nanti hati kau jadi bertambah sakit pula.’’ Ujarku seraya menepuk-nepuk belakang Nadia,cuba menenangkan dirinya.
        ‘’Salahkah kalau aku nak pergi melawat adik dia,Ary? Berdosa ke aku kalau aku jumpa keluarga dia? Aku ni girlfriend dia kan. Tapi dia buat aku ni macam tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Sakit hati aku ni,Ary.’’
        ‘’Mungkin dia tak maksudkan pun apa yang dia cakap pada kau tu. Yalah,orang tengah tertekan kan,apa yang dia cakap pun kadang-kadang dia sendiri pun tak sedar. Aku percaya,dia sebenarnya tak berniat pun nak halang kau pergi melawat adik dia kat hospital tu. Cuma mungkin masanya saja yang belum sesuai.’’
        Aku bagaikan tidak percaya bahawa aku baru saja membela Adnan,lelaki yang paling kubenci sekali di dunia ini selain daripada bapa kandungku dan si Hitler Nazrul. Dan nampaknya kata-kataku yang ‘positif’ mengenai Adnan itu berjaya memberikan impak yang kuat ke atas diri Nadia. Mata Nadia terkebil-kebil memandangku dengan mulutku yang sedikit terlopong,mungkin tidak percaya dengan apa yang baru aku katakan sebentar tadi.Dia meletakkan tapak tangannya di atas dahiku.
        ‘’Kenapa dengan kau hari ni? Kau demam ke,Ary?’’
        ‘’Ish,mana ada.’’ Aku menepis tangan Nadia.
        ‘’Sejak bila pula kau dah pandai membela tindakan Adnan ni? Adakah ini bermaksud yang kau dah menyetujui hubungan aku dengan dia?’’ Soal Nadia ingin tahu. Nampaknya keganjilan yang aku tunjukkan sebentar tadi berjaya menghapuskan rasa sedih di hati Nadia dalam sekelip mata.
       ‘’Aku tak kata yang aku setuju pun. Dan aku tetap tak suka kat dia. Tapi,yalah,aku cakap berdasarkan apa yang aku rasa saja.’’ Ujarku memberikan alasan,walhal dalam hatiku hanya ALLAH S.W.T. saja yang tahu betapa aku ingin saja mengutuk-ngutuk Adnan tadi dan meminta Nadia memutuskan saja hubungan dengannya seperti yang selalu aku lakukan itu.
       ‘’Tapi sekurang-kuranglah kau sudah mula bersangka baik dengan dia. Petanda positiflah tu.’’ Kata Nadia seraya tersengih-sengih padaku. Matanya sudah kembali bercahaya. Seronok agaknya melihat buat pertama kalinya aku tak condemn kekasih kesayangannya itu.
        ‘’Suka hati kaulah nak fikir apa pun. Asalkan kau bahagia sudah.’’
        ‘’Hei Ary,ceritalah kat aku. Macam mana kau boleh berubah menjadi Nur Ariana Abdullah yang sekarang ni dalam masa kurang dari setengah hari? Tengah hari tadi bukan main marah lagi kau dengan Adnan,tapi sekarang ni lain pula. Apa cerita?’’ Nadia mula mengorek cerita daripadaku.
         ‘’Well,thanks to your senior yang kau sayang sangat tu.’’
         Nadia mengerutkan dahi.
         ‘’Firdaus?’’
         ‘’Taklah,Nazrul.’’
         Nadia mencubit pahaku.  ‘’Kau ni seriuslah sedikit!’’
         ‘’Kau tulah,dah tahu nak tanya lagi.’’
         ‘’Apa yang dia dah cakap dengan kau?’’ Soal Nadia tidak sabar-sabar.
         ‘’Malaslah aku nak cerita.’’
         ‘’Ary!’’ Nadia membuntangkan matanya kepadaku. Aku mengeluh.
         ‘’Okey,okey! Dia cakap dengan aku supaya jangan kasar dengan kau. Sekalipun aku tak suka kau bercinta dengan Adnan pun,aku kena cakap baik-baik dengan kau. Puas hati?’’
         ‘’Macam mana dia boleh tahu pasal aku dengan Adnan? Kau ke yang cerita?’’
         ‘’Taklah,Nazrul yang beritahu kat dia.’’ Kataku dengan nada geram. Kenapalah Nadia suka bertanya soalan-soalan yang tak logik macam ni!
         Nadia mengukir senyuman yang penuh makna kepadaku.
         ‘’Amboi korang,baru semalam declare dah boleh share macam-macam. Jealousnya aku.’’ Usik Nadia sambil mengangkat-ngangkat keningnya.
        ‘’Helo,tak ada maknanya okey.Aku cerita kat dia pun sebab kami ada dekat dalam friendzone,bukannya sebab kami ni lovey dovey ke apa.’’
        ‘’Friendzone?’’ Soal Nadia hairan.
        ‘’Maksudnya,kalau aku ada masalah ke apa,kami akan masuklah ke dalam friendzone tu dan aku boleh ceritakanlah apa-apa pun pada Firdaus. Dia pun akan dengar masalah aku dan bagi pandangan dia macam seorang kawan,walaupun kami sebenarnya bukan kawan pun,dan kemudian selepas aku dah habis meluahkan perasaan pada dia,kami akan keluar dari friendzone tu,dan dia akan mula melayan aku semula macam girlfriend dia. Konon-kononnya girlfriendlah sangat kan!’’ Ujarku dengan nada yang jelik.
         ‘’Hermm...sounds weird,but interesting.Teringat zaman masa kita asyik kacau-kacau Firdaus dulu. Aku selalu cerita masalah aku dekat dia dan dia pun selalu bagi nasihat pada aku macam mana nak selesaikan semua masalah aku tu. Seronok bila share masalah dengan dia. Dia pun selamba saja beritahu hal-hal peribadi dia bila aku tanya. Agak-agaknya dalam dunia ni,dialah manusia yang paling tak ada rahsia sekali kan.’’
              Nadia mula mengimbau kembali  kenangan lama. Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya.Kalaulah Nadia tahu betapa banyak cerita yang telah aku kongsi bersama Firdaus tanpa pengetahuannya dulu, pasti aku akan digiatnya habis-habisan.
            Huh,sampai ke mati pun aku takkan beritahu Nadia tentang perkara ini.