Penulis : So sorry for the super late update ! Sebab kuliah sem 2 ni dah start sejak minggu lepas, so jadi macam sibuk sikit sekarang hehe T_T Hope you guys enjoy this chapter !
AKU cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian
pada kerjaku,tetapi aku gagal. Hatiku masih kecewa akan sikap Nadia tengah hari
tadi. Kadang-kadang aku sudah tidak tahan dengan sikap Nadia yang satu ini.
Kerana Adnan,dia boleh lupakan orang di sekelilingnya dan sanggup korbankan
segala-galanya,termasuk dari segi kewangan dan persahabatan.
Ketukan pada pintu bilik mematikan khayalanku. Aku mengeluh apabila
melihat Firdaus.
‘’Kalau kau datang sini semata-mata nak kacau aku macam yang kau selalu
buat,maaf,aku tak ada masa.’’ Bidasku sebelum sempat Firdaus berkata apa-apa.
Firdaus tersenyum.
‘’Boleh saya duduk?’’ Pinta Firdaus.
Apabila aku tidak memberi
respons,Firdaus dengan sendirinya mengambil tempat di hadapanku dan meletakkan
plastik berisi polisterina di hadapanku. Aku hanya memandang plastik itu
dingin.
‘’Makanlah. Saya beli untuk awak. Mesti awak lapar kan.’’ Ujar
Firdaus,memulakan perbualan. Kali ini,dia menggunakan bahasa formal,tidak lagi
membahasakan dirinya sebagai ‘Fir’ dan memanggil aku dengan nama ‘sayang’
seperti tadi.
‘’Aku tak lapar.’’ Aku menolak pemberian baiknya itu seraya berpura-pura
sibuk dengan kertas-kertas yang bertaburan di atas mejaku.
‘’Kalau tak lapar pun,kenalah paksa diri tu makan juga. Nanti perut
masuk angin pula.’’ Pujuk Firdaus seraya menolak plastik makanan itu ke arahku.
Aku sudah mula hilang sabar.
‘’Boleh tak kau cakap saja apa yang kau nak sekarang and get out of here as soon as possible?!’’ Kataku
dengan nada yang keras dan kasar. Tidak sedikitpun aku memikirkan perasaannya
apabila dibentak-bentak olehku seperti itu.
‘’Luahkan semuanya.’’ Tiba-tiba Firdaus berkata seperti itu. Aku
mengerutkan dahi.
‘’What?’’
‘’You are asking me what I want.
Saya nak awak luahkan semua yang sedang terbuku dalam hati awak tu.’’
‘’I seriously don’t know what are
you talking about.’’
Firdaus tersenyum.
‘’Many people say that I’m a good
listener,especially to the girls’ problem.’’
‘’Satu-satunya masalah yang aku ada sekarang adalah kau,Tengku Firdaus
Amsyar.’’
‘’Don’t lie. I know you are upset
because of what Nadia said to you just now,right?’’
Aku diam.
‘’Maybe you feel miserable to tell
your problem to me.’’ Firdaus diam seketika sebelum berkata. ‘’ Macam mana
kalau awak anggap saja sekarang kita tengah berada dalam friendzone. You can share
your problem with me,like friends.’’
Aku merenung ke arahnya.
‘’We are not even friends,Firdaus.’’
‘’Just consider macam ni
sajalah. Setiap kali awak ada masalah dan awak nak ceritakan masalah awak tu
pada saya,kita akan berada dalam friendzone.
Masa kita dalam friendzone tu, I promise that saya takkan
campur-baurkan hal-hal peribadi kita dengan masalah awak tu.Saya juga takkan
panggil awak sayang-sayang semua. I will
listen to you and give my opinion based on what you tell me like a
friend,although we are not even friends. Agree?’’
Aku diam lagi,memikirkan apa yang
dikatakan Firdaus.
‘’Ariana,tak baik pendam masalah seorang diri.Kadang-kala awak kena
beritahu juga problem awak kepada
seseorang.’’ Pujuk Firdaus.
‘’Dengan menceritakan konflik yang berlaku dalam hidup aku pada orang
lain dapat menyelesaikan masalah ke?’’
‘’Tapi sekurang-kurangnya,ia mampu mengurangkan bebanan dalam hati
awak,kan?’’
Aku mengeluh seraya memandang wajahnya lama.
‘’Nadia tu,suka sangat buat aku marah.’’ Akhirnya aku meluahkan juga
masalahku.Mungkin kerana aku memang memerlukan seseorang untuk melepaskan
tekananku ketika itu.
‘’Apa yang dia buat?’’ Soal Firdaus. Dia mula mendengar semua yang
dikatakanku dengan sepenuh perhatian.
‘’Dia tu lebih mementingkan boyfriend
dia daripada kawan baik dia sendiri. Sampai sanggup memungkiri janji pula tu.
Macam manalah aku tak bengang.’’ Luahku dengan nada tidak puas hati. Firdaus
membetulkan posisi duduknya.
‘’Oh,jadi awak marah pada Nadia sebab dia tak
berpegang pada janji?’’
‘’Bukan tu saja,tapi sebab aku tak suka juga dengan boyfriend dia,si Adnan tu.Perangai entah apa-apa,suka sangat ambil
kesempatan atas kebaikan Nadia. Mentang-mentang keluarga Nadia tu senang,gaji
Nadia tu lebih tinggi daripada dia,suka hati mak bapak dia saja nak minta duit
daripada Nadia. Dahlah tu,setiap kali keluar dating pun Nadia yang kena belanja
semuanya. Dari hal makan-makan sehinggalah ke barangan keperluan
dia.Silap-silap underwear dia pun
Nadia yang tolong belikan.’’ Bidasku lancang dengan nada memerli.
‘’Biasalah perempuan.Mereka sanggup buat apa saja untuk lelaki yang
mereka cintai.’’
Aku merenungnya seraya berkata dengan sinis.
‘’I’m not that kind of ‘perempuan’
okey. Tolong sikit ya.’’
Firdaus tersenyum lagi. ‘’Ya,ya. Saya tahu.Habis tu,awak tak pernah slow talk dengan Nadia ke pasal benda
ni?’’
‘’Dah berbuih-buih mulut aku ni nasihatkan
dia,tapi sikit pun dia tak mahu dengar.Sampai aku sendiri dah tak tahu macam
mana nak sedarkan dia bahawa Adnan tu tak sebaik yang dia sangkakan. Bila aku
cakap,dia marah,kecil hati. Tapi bila tak cakap,lagilah aku rasa salah. Tengok
benda tak betul jadi depan mata,takkan nak diam saja?’’
‘’Cubalah cakap dengan dia lagi. Tapi cuba slow talk elok-elok. Beritahu baik-baik kenapa awak tak suka dia
berkawan dengan si Adnan tu. Insya-ALLAH bila awak cakap dengan dia macam
tu,dia dapat terima,dan dia akan fikir balik apa yang awak cakap tu.
Kadang-kadang orang perempuan ni susah nak terima bila kita kutuk orang yang
dia sayang,walaupun apa yang kita cakap tu ada kebenarannya.Sebab tulah dalam
hal ni kita tak boleh guna cara kekerasan,sebab kalau kita keras,dia akan jadi
lebih keras lagi.’’
Aku diam seketika,memikirkan kebenaran kata-kata Firdaus. Kalau nak
difikirkan logik,betul juga apa yang dikatakan Firdaus itu. Selama ini,aku
sering membidas Adnan dengan cara yang kasar tanpa memikirkan perasaan Nadia.
Mungkin kerana itu,dia sukar untuk menerima nasihatku. Aku mengeluh.
‘’Betul juga apa yang kau cakap tu.’’ Kataku perlahan,terpaksa mengakui
kesilapanku sendiri.
‘’Cubalah buat dengan cara sepertimana saya beritahu awak
tadi.Insya-ALLAH,dia akan faham juga niat baik awak tu.Dan always believe that perbuatan jahat yang dilakukan oleh
manusia,walau cuba disembunyikan macam mana pun lama-lama akan terbongkar juga.
Saya percaya kalau Adnan betul-betul tak ikhlas berkawan dengan Nadia,Nadia
akan mengetahuinya juga suatu hari nanti. Cuma tunggu cepat atau lambat saja.’’
Nasihat Firdaus lagi. Nadanya cukup berhemah dan lembut sekali,membuatkan
hatiku yang keras ini pun boleh menerima apa yang dinasihatinya.
Aku tersenyum nipis.
‘’Thanks Firdaus for helping me.’’
Ujarku. Terasa malu pula dengan diriku sendiri kerana melayannya dengan cara
yang tidak sopan tadi,tapi sekarang dia pula yang memberi nasihat tentang
masalah yang aku hadapi.
‘’Welcome. And always remember
that I will always be here for you,sayang.’’
Mataku terbuntang luas apabila mendengar perkataan terakhir yang
disebutnya itu.
‘’We are already out from
friendzone!’’ Firdaus mengenyitkan matanya, nakal.
‘’Firdaus!’’ Jeritku padanya. Firdaus hanya ketawa kecil seraya
melambaikan tangannya padaku sebelum keluar dari bilikku itu.
Aku mendengus. Dasar lelaki annoying ! Kenapalah aku boleh jadi
bodoh sangat cerita semua masalah kat dia tadi,omelku perlahan.
Namun jauh di sudut hatiku,aku berasa
sangat tenang. Segala masalah yang menyelubungi diriku sebentar tadi bagaikan
telah pergi dibawa angin setelah meluahkan segala-galanya pada Firdaus.
Firdaus juga masih seperti dirinya yang dulu. Langsung tidak berubah.
Dia masih bersikap matang dan nasihat yang diberikannya padaku masih tetap
menjadi magis yang mampu menghalau pergi semua tekanan yang melanda jiwa ini.
SEBAIK saja aku sampai ke rumah,aku melihat
Nadia sudah setia menantiku. Bahkan dia juga yang tolong membukakan pintu rumah
untukku dengan menayang muka bersalahnya itu. Aku tidak berkata apa-apa
kepadanya. Aku terus masuk ke bilikku untuk mengambil tuala dan mandi.Selesai
memakai baju,aku keluar dari bilik untuk makan malam,dan aku melihat makanan
sudah siap terhidang di atas meja. Tidak seperti kebiasaan,akulah yang
selalunya menyiapkan makanan untuk kami berdua.Nampaknya Nadia memang
bersungguh-sungguh mahu meminta maaf kepadaku kerana mungkir janji untuk makan
bersama tengah hari tadi.
Secara sengaja,aku buat-buat tidak nampak makan malam yang telah
disediakan oleh Nadia itu.Aku terus ke ruang tamu dan menonton televisyen.
Sengaja aku mahu melihat bagaimana reaksinya apabila aku memperlakukannya
sebegitu. Riak wajah Nadia berubah apabila aku buat tidak endah saja terhadap
dirinya.Mungkin sedikit-sebanyak dia terasa dengan sikapku yang dingin itu.
‘’Ary,aku nak cakap dengan kau sikit.’’ Tegur Nadia.
‘’Apa dia?’’ Soalku endah tidak endah sambil berpura-pura menekan remote control yang ada dalam
peganganku.
Nadia mengambil tempat di sebelahku dan berkata, ‘’ Aku nak minta maaf
dengan kau.’’
‘’Kenapa pula kau nak kena minta maaf dengan aku? Kau ada buat apa-apa
salah ke?’’ Tanyaku dengan nada menyindir.
‘’Sebab aku tak dapat nak makan tengah hari dengan kau sekali tadi.’’
‘’Oh? Sebab kau sibuk nak keluar dating
dengan boyfriend kau tu kan? Tak
apalah Nadia,aku dah terbiasa sangat dah. Bukannya baru sekali ni kau buat aku
macam ni kan.’’ Kataku selamba,tetapi sudah cukup untuk membuatkan jiwa Nadia
tersentap dengan ayat-ayat berbisa yang keluar dari mulutku itu.
‘’Ary,kau tahu kan yang aku tak sengaja. Kau ingat aku suka ke bila
terpaksa mungkir janji dengan kau macam ni? Buat kau sakit hati semua?’’ Kata
Nadia dengan nada kecewa.
‘’Oh,kau tahu pula yang aku sakit hati dengan perangai kau. Tapi kau
buat juga kan.’’
‘’Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau,Ary.Suka hati kaulah
nak maafkan aku ke tak. Aku dah tak kisah lagi dah. Aku tahu,aku ni memang
kawan tak guna. Selalu mungkir janji dan buat kau sakit hati kan.’’ Ujar Nadia
dengan suara yang sebak. Aku terkejut apabila melihat matanya yang sudah mulai
berkaca-kaca itu. Aku tidak menyangka yang dia begitu mengambil hati akan
kata-kataku.Aku pantas menarik tangan Nadia apabila Nadia mahu berlalu dari
ruang tamu itu.
‘’Nadia,aku minta maaf. Aku sebenarnya dah tak marah dengan kau lagi
sebab benda yang berlaku tengah hari tadi.’’
Pujukku seraya memeluk bahu Nadia.
‘’Tak payahlah nak cuba sedapkan hati aku,Ary.’’ Ujar Nadia dengan air
matanya yang mula berlinangan membasahi pipi.
‘’Kenapa kau jadi sensitif sangat hari ni? Selalunya kau tak pernah
ambil kisah pun dengan apa yang aku cakap.’’
Nadia terdiam seketika.Kemudiannya dia mengeluh.
‘’Adnan...’’
‘’Apa yang dia buat pada kau?’’ Potongku sebelum Nadia menghabiskan
kata-katanya.
Sekali lagi Nadia menghempaskan keluhan.
‘’Dia marah pada aku hari ni.’’
‘’Kenapa dia marah kat kau pula?’’
‘’Sebenarnya tengah hari tadi,dia ajak aku keluar makan sekali dengan
dia. Mula-mula aku tolak sebab aku dah janji dengan kau. Lepas tu,dia
marah-marah aku,kata aku lebih pentingkan kawan daripada dia. Sebab aku malas
nak bertengkar dengan dia,aku terpaksalah batalkan janji makan tengah hari
dengan kau. Masa kami keluar tu pula,aku katalah pada dia yang aku nak pergi
hospital lepas balik kerja,nak pergi melawat adik dia yang kemalangan
tu.Tiba-tiba saja dia tengking aku. Dia cakap aku jangan nak memandai-mandai
pergi melawat adik dia. Suruh aku jaga tepi kain aku sendiri. Terasa betul aku
masa tu,Ary.’’ Cerita Nadia dengan air mata yang berjuraian menuruni pipi.
‘’Dia tu memang tak....’’ Belum ayat itu kuhabiskan,aku teringat semula
perbualan antara Firdaus dan aku semasa di pejabat tadi. Kadang-kadang orang
perempuan ni susah nak terima bila kita kutuk orang yang dia sayang,walaupun
apa yang kita cakap tu ada kebenarannya.Sebab tulah dalam hal ni kita tak boleh
guna cara kekerasan,sebab kalau kita keras,dia akan jadi lebih keras lagi.
Kata-kata Firdaus itu terngiang-ngiang semula di telingaku.
Aku memandang ke arah wajah Nadia yang muram itu. Timbul rasa simpatiku
terhadap rakan karibku itu. Nampaknya memang ada betulnya juga kata-kata
Firdaus itu. Aku tidak boleh menggunakan cara kekerasan untuk menunjukkan rasa
tidak sukaku kepada Adnan. Nanti hati Nadia akan jadi lebih terluka pula.
‘’Sudahlah tu,Nadia. Tak payahlah fikir lagi pasal semua ni. Nanti hati
kau jadi bertambah sakit pula.’’ Ujarku seraya menepuk-nepuk belakang
Nadia,cuba menenangkan dirinya.
‘’Salahkah kalau aku nak pergi melawat adik dia,Ary? Berdosa ke aku
kalau aku jumpa keluarga dia? Aku ni girlfriend
dia kan. Tapi dia buat aku ni macam tak ada apa-apa hubungan dengan dia.
Sakit hati aku ni,Ary.’’
‘’Mungkin dia tak maksudkan pun apa yang dia cakap pada kau tu.
Yalah,orang tengah tertekan kan,apa yang dia cakap pun kadang-kadang dia
sendiri pun tak sedar. Aku percaya,dia sebenarnya tak berniat pun nak halang
kau pergi melawat adik dia kat hospital tu. Cuma mungkin masanya saja yang
belum sesuai.’’
Aku bagaikan tidak percaya bahawa aku baru saja membela Adnan,lelaki
yang paling kubenci sekali di dunia ini selain daripada bapa kandungku dan si
Hitler Nazrul. Dan nampaknya kata-kataku yang ‘positif’ mengenai Adnan itu
berjaya memberikan impak yang kuat ke atas diri Nadia. Mata Nadia
terkebil-kebil memandangku dengan mulutku yang sedikit terlopong,mungkin tidak
percaya dengan apa yang baru aku katakan sebentar tadi.Dia meletakkan tapak tangannya
di atas dahiku.
‘’Kenapa dengan kau hari ni? Kau demam ke,Ary?’’
‘’Ish,mana ada.’’ Aku menepis tangan Nadia.
‘’Sejak bila pula kau dah pandai membela tindakan Adnan ni? Adakah ini
bermaksud yang kau dah menyetujui hubungan aku dengan dia?’’ Soal Nadia ingin
tahu. Nampaknya keganjilan yang aku tunjukkan sebentar tadi berjaya
menghapuskan rasa sedih di hati Nadia dalam sekelip mata.
‘’Aku tak kata yang aku setuju pun. Dan aku tetap tak suka kat dia.
Tapi,yalah,aku cakap berdasarkan apa yang aku rasa saja.’’ Ujarku memberikan
alasan,walhal dalam hatiku hanya ALLAH S.W.T. saja yang tahu betapa aku ingin
saja mengutuk-ngutuk Adnan tadi dan meminta Nadia memutuskan saja hubungan
dengannya seperti yang selalu aku lakukan itu.
‘’Tapi sekurang-kuranglah kau sudah mula
bersangka baik dengan dia. Petanda positiflah tu.’’ Kata Nadia seraya
tersengih-sengih padaku. Matanya sudah kembali bercahaya. Seronok agaknya
melihat buat pertama kalinya aku tak condemn
kekasih kesayangannya itu.
‘’Suka hati kaulah nak fikir apa pun. Asalkan kau bahagia sudah.’’
‘’Hei Ary,ceritalah kat aku. Macam mana kau
boleh berubah menjadi Nur Ariana Abdullah yang sekarang ni dalam masa kurang
dari setengah hari? Tengah hari tadi bukan main marah lagi kau dengan
Adnan,tapi sekarang ni lain pula. Apa cerita?’’ Nadia mula mengorek cerita
daripadaku.
‘’Well,thanks to your senior yang
kau sayang sangat tu.’’
Nadia mengerutkan dahi.
‘’Firdaus?’’
‘’Taklah,Nazrul.’’
Nadia mencubit pahaku. ‘’Kau ni
seriuslah sedikit!’’
‘’Kau tulah,dah tahu nak tanya lagi.’’
‘’Apa yang dia dah cakap dengan kau?’’ Soal Nadia tidak sabar-sabar.
‘’Malaslah aku nak cerita.’’
‘’Ary!’’ Nadia membuntangkan matanya kepadaku. Aku mengeluh.
‘’Okey,okey! Dia cakap dengan aku supaya jangan kasar dengan kau.
Sekalipun aku tak suka kau bercinta dengan Adnan pun,aku kena cakap baik-baik
dengan kau. Puas hati?’’
‘’Macam mana dia boleh tahu pasal aku dengan Adnan? Kau ke yang
cerita?’’
‘’Taklah,Nazrul yang beritahu kat dia.’’ Kataku dengan nada geram.
Kenapalah Nadia suka bertanya soalan-soalan yang tak logik macam ni!
Nadia mengukir senyuman yang penuh makna kepadaku.
‘’Amboi korang,baru semalam
declare dah boleh share macam-macam.
Jealousnya aku.’’ Usik Nadia sambil
mengangkat-ngangkat keningnya.
‘’Helo,tak ada maknanya okey.Aku cerita kat dia pun sebab kami ada dekat
dalam friendzone,bukannya sebab kami
ni lovey dovey ke apa.’’
‘’Friendzone?’’ Soal Nadia
hairan.
‘’Maksudnya,kalau aku ada masalah ke apa,kami akan masuklah ke dalam friendzone tu dan aku boleh ceritakanlah
apa-apa pun pada Firdaus. Dia pun akan dengar masalah aku dan bagi pandangan
dia macam seorang kawan,walaupun kami sebenarnya bukan kawan pun,dan kemudian
selepas aku dah habis meluahkan perasaan pada dia,kami akan keluar dari friendzone tu,dan dia akan mula melayan
aku semula macam girlfriend dia.
Konon-kononnya girlfriendlah sangat
kan!’’ Ujarku dengan nada yang jelik.
‘’Hermm...sounds weird,but
interesting.Teringat zaman masa kita asyik kacau-kacau Firdaus dulu. Aku
selalu cerita masalah aku dekat dia dan dia pun selalu bagi nasihat pada aku
macam mana nak selesaikan semua masalah aku tu. Seronok bila share masalah dengan dia. Dia pun
selamba saja beritahu hal-hal peribadi dia bila aku tanya. Agak-agaknya dalam
dunia ni,dialah manusia yang paling tak ada rahsia sekali kan.’’
Nadia mula mengimbau kembali
kenangan lama. Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya.Kalaulah Nadia
tahu betapa banyak cerita yang telah aku kongsi bersama Firdaus tanpa
pengetahuannya dulu, pasti aku akan digiatnya habis-habisan.
Huh,sampai ke mati pun aku takkan beritahu Nadia tentang perkara ini.
No comments:
Post a Comment