‘’COOLNYA!!’’
Jerit Nadia usai aku menghabiskan ceritaku.Aku merenungnya tajam.
‘’Cool kau
cakap? Sekarang ni aku tengah berada dalam kesusahan yang maha
dahsyat sekali kat dunia ni,dan kau boleh berkata bahawa hal ini
adalah sesuatu yang cool?’’
Nadia menampar
bahuku. ‘’Helo,kesusahan apa bendanya? Kau sedar tak bahawa kau
sekarang ni officially
sudah
bergelar girlfriend
siapa? Tengku Firdaus Amsyar kot! Senior aku yang paling handsome
dan perfect
sekali
di muka bumi ni.’’ Nadia tersenyum-senyum sambil merapatkan
kedua-dua belah tangannya dengan mata yang tertutup. Mungkin dia
sedang membayangkan dirinya berada di posisi aku sekarang.
‘’Aku lebih rela
matilah daripada jadi girlfriend
dia. Never!’’
Kataku dengan penuh perasaan benci dan jelik.
‘’Itu kata kau.
Tapi kata Abang Firdaus kesayangan aku tu lain. Jealousnya
aku dengan kau,Ary. Aku yang bersungguh-sungguh suka dekat
dia,akhirnya kau juga yang dapat si Prince Charming tu. Tapi tak
apalah,kerana kau kawan aku,aku relakan sajalah.Aku juga yang dapat
tumpang glamor nanti.Nur Ariana Abdullah,kawan baik aku bercinta
dengan ex-senior aku yang paling hot dalam abad ni. Huh,tak
sabar-sabar aku nak gosip pasal benda ni dengan rakan-rakan sekolah
lama aku.Mesti jadi berita hangat yang paling sensasi punya.’’
‘’Banyaklah kau
punya sensasi. Ni semua salah kau tahu tak. Kalaulah kau tak memandai
save
nombor
dia dalam handphone
aku,guna nama Prince Charmingku yang entah apa-apa pula tu,mesti aku
takkan terjebak dalam situasi ni. Mesti aku dengan bahagianya sedang
menganggur sambil mencari kerja baru sekarang. Semuanya salah kau.’’
Aku menyalahkan Nadia pula dalam hal ini.
‘’Eh,nak
salahkan aku pula.Patutnya kau berterima kasih dengan aku sebab
berjaya menjodohkan kau dengan Firdaus tu. Lagi satu,aku
save nombor
tu dalam handphone
kau dah lama dah kan. Apasal kau tak padam saja nombor Firdaus tu
sejak dulu lagi?’’
Aku tergamam
mendengar pertanyaan Nadia.Alamak,macam mana aku nak jawab ni?
Sedangkan aku sendiri tidak mengetahui jawapannya!
Ketika aku berada
dalam keresahan itu,tiba-tiba telefon Nadia berbunyi dan
menyelamatkan keadaan. Nadia menjawab panggilan itu dan wajahnya
berubah dalam masa hanya seminit.
‘’You ada dekat
mana sekarang?’’ Soal Nadia dengan wajah bimbang. Aku dapat
mengagak bahawa panggilan itu daripada Adnan.
‘’Okey,I datang
pada you sekarang. You tunggu I ya.’’ Nadia terus mematikan
talian dan memandang ke arahku.
‘’Ary,kau
temankan aku sekejap.’’
‘’Pergi mana
pula?’’ Soalku dengan nada sedikit keras.
‘’Ke bank,ambil
duit untuk Adnan. Adik dia tiba-tiba masuk hospital akibat
kemalangan. Dia kena guna duit yang banyak untuk menampung kos
pembedahan.’’ Terang Nadia seraya mencapai kunci kereta dengan
kelam-kabut.
‘’Kau pergilah
sorang-sorang.’’ Kataku malas. Dalam soal-soal yang berkaitan
dengan Adnan,aku memang selalu keberatan untuk menolong Nadia.
‘’Alah,tolonglah.Takkanlah
kau nak biarkan aku pergi sorang-sorang malam-malam buta macam ni.’’
Rayu Nadia padaku. Aku merenung wajahnya dalam-dalam. Kasihan
pula,detik hatiku.Akhirnya aku terpaksa mengalah juga.
Setelah mengambil
wang di bank,aku dan Nadia pergi ke hospital tempat adik Adnan
dirawat.Adnan yang sedang mundar-mandir di halaman hospital segera
meluru ke arah kami berdua sebaik saja kami sampai. Nadia terus
menyerahkan sejumlah wang itu kepada Adnan.
‘’Macam mana
dengan adik you sekarang?’’ Soal Nadia bimbang.
‘’Doktor masih
sedang memantau keadaan kesihatan dia sekarang. Kalau keadaan
mengizinkan,dia akan jalani pembedahan malam ni juga.’’ Ujar
Adnan dengan wajah yang agak murung.
‘’Teruk sangat
ke keadaannya?’’
‘’Boleh
dikatakan begitulah.’’
‘’I nak temankan
you malam ni.Boleh I jumpa dengan adik you sekali.’’
‘’Eh,tak boleh!
You tak boleh bertemu dengan dia.’’ Teriak Adnan. Entah kenapa
dia tiba-tiba menjadi begitu beremosi ketika itu,bagaikan ada sesuatu
yang disembunyikannya.
‘’Kenapa pula
Nadia tak boleh melawat adik kau?’’ Soalku setelah hanya menjadi
pemerhati mereka berdua sejak tadi. Adnan menghadiahkan jelingan
tajam kepadaku.
‘’Kenapa you
bawa perempuan ni datang ke sini?’’ Soal Adnan kasar,tanda tidak
menyenangi kehadiranku.
‘’Kau tak
payahlah nak tengking-tengking dia macam tu. Aku datang ni pun sebab
nak temankan dia saja. Bukannya aku nak menyibuk hal kau sangat pun.
Nadia ni perempuan dan hari pun dah malam. Kalau ada apa-apa jadi kat
dia,kau nak tanggung ke?’’ Aku membalas kembali kata-katanya.
Adnan mendengus.Dia berpaling dan terus pergi dari situ tanpa berkata
sepatah perkataan pun pada Nadia.
‘’Adnan!
Adnan!’’ Panggil Nadia tetapi Adnan tidak menoleh sedikitpun. Dia
terus berjalan tanpa mempedulikan jeritan Nadia.
‘’Tak payahlah
kau nak panggil-panggil nama dia,Nadia. Jomlah kita balik.
Bertambah-tambah sakit hati nanti kalau berlama-lama di sini.’’
Nadia mengeluh
seraya menuruti kata-kataku.
‘’HAI
sayang.’’
Menyirap darahku
pagi itu apabila Firdaus menegurku dengan panggilan ‘sayang’.Firdaus
yang duduk bersama-sama pekerja lain bangun dan menghampiriku.
‘’Panjang umur
sayang. Fir baru saja cakap-cakap pasal sayang dan hubungan kita
dekat diorang tadi.’’ Beritahu Firdaus dengan suara yang
ceria.Aku merenungnya tajam sebelum mengalihkan pandangan kepada
semua pekerja yang berada di situ. Mereka semua mula kelam-kabut dan
berpura-pura melakukan kerja masing-masing.
‘’Firdaus,we
need to talk. In my office. Now!’’
Ujarku dengan nada yang keras seraya menuju ke bilikku Sebaik saja
pintu bilik ditutup,aku berdiri di hadapan Firdaus sambil mataku
mencerlung marah kepadanya.
‘’Apa yang kau
dah beritahu pada mereka?’’
‘’Yang kita ni
dah jadi girlfriend
dan boyfriend
lah,apa lagi.’’ Beritahu Firdaus selamba,tetapi sudah cukup
membuatkan nyawaku terasa bagai mahu terpisah dari badan.
Tanpa mempedulikanku
yang sudah berwajah pucat, Firdaus duduk di atas kerusi yang terletak
di hadapan mejaku itu.
‘’Sayang nak
tahu tak,semalaman Fir tak boleh tidur semalam sebab fikirkan nama
panggilan apa yang Fir nak gunakan untuk sayang. Yalah,kita kan
sekarang dah jadi pasangan,takkanlah nak panggil nama saja atau
cakap-cakap guna awak,saya,awak,saya. Macam tak best
lah pula kan. Mula-mula Fir ingat Fir nak panggil sayang Ary,tapi
Nadia pun panggil sayang menggunakan nama tu. Nak panggil Ana,terlalu
common
lah pula. Jadi setelah puas berfikir,Fir putuskan untuk panggil
sayang dengan nama sayang sajalah. Barulah nampak macam loving
couple
yang sweet.
Betul tak,sayang?’’
‘’Pergi matilah
dengan sayang kau tu! Hei,sejak bila kita couple
hah? Kau jangan nak memandai. Sekarang juga aku nak pergi explain
pada mereka semua kat luar tu yang kita ni tak ada apa-apa hubungan.
Now!’’
Kataku dengan nada yang terketar-ketar sambil menghalakan jari
telunjukku ke arah pintu.
Namun Firdaus
langsung tidak mengambil endah kata-kataku dan berganjak dari tempat
duduknya,sebaliknya dia boleh tersenyum pula kepadaku.
‘’Kenapa sayang
malu-malu pula ni? Fir cuma beritahu benda yang betul saja. Senanglah
nanti kalau diorang tengok kita mesra-mesra gitu,tak adalah diorang
tertanya-tanya dan sebarkan gosip yang bukan-bukan pula.’’
‘’Kau ni memang
tak faham ke atau pura-pura tak faham hah? Berapa kali aku nak
cakap,kita berdua tak ada apa-apa hubungan dan tak akan pernah ada
sampai bila-bila! Jadi boleh tak kau berhenti buat semua kerja
mengarut ni and
just leave me alone?!’’
‘’Tak,Nur Ariana
Abdullah! Kita berdua memang ada kaitan. Walaupun Fir tak tahu apa
sebenarnya
connection
di antara kita berdua,but
I know that you know the truth,but you just wouldn’t tell me.’’
Firdaus bangun dari duduknya dan berdiri di hadapanku.
‘’But
it’s okay.
Fir takkan paksa sayang untuk beritahu Fir apa-apa,sebab itu hak
sayang. Tapi Fir juga berharap agar sayang takkan halang Fir untuk
mengetahui segala yang Fir nak tahu selama ni. And
I will figure out everything that I want to know about you,as a
boyfriend of yours.’’
Mulutku terkunci
terus. Aku tidak tahu hendak berkata apa lagi. Firdaus memulas tombol
pintu untuk keluar dari bilikku. Sebelum keluar, Firdaus sempat
berpesan.
‘’Sayang tunggu
Fir nanti tau. Kita makan tengah hari sama-sama.’’
Aku
tidak mengiyakan atau membidas ajakannya yang berbaur arahan itu.
Sebaik saja Firdaus keluar,aku terus duduk tersandar pada dinding.
YA-ALLAH,apakah yang
harus kulakukan untuk keluar dari semua masalah ni? Keluhku dalam
hati. Nampaknya Firdaus memang takkan berhenti selagi dia tak
mengetahui hubungan sebenar yang pernah terjalin antara dia dan aku.
Antara Firdaus dan Ria.
TENGAH
hari itu,aku keluar lebih awal dari kebiasaan. Aku terpaksa lakukan
hal itu kerana tak mahu terserempak dengan Firdaus. Nanti ada sajalah
benda yang dia nak buat sekiranya kami bertemu. Lagipun,tengah hari
itu aku akan keluar makan bersama Nadia.Jadi aku ada alasan untuk
mengelak dari makan bersamanya pada hari itu.
Aku resah ketika
menunggu Nadia di lobi. Masa semakin berjalan,tetapi Nadia masih
tidak kunjung tiba seperti yang dijanjikan. Berkali-kali aku cuba
menelefonnya tetapi tidak dijawab. Nadia,ke manalah kau pergi ni?
‘’Sayang.’’
Berderau darahku
apabila mendengar suara itu. Firdaus menghadiahkan senyuman padaku
manakala Nazrul pula seperti biasa,hanya menayang muka tiada
perasaannya itu. Aku mengeluh. Kenapa,kenapa,kenapa!
‘’Kan Fir suruh
sayang tunggu tadi.Sayang nak pergi mana?’’ Soal Firdaus
kepadaku. Tekakku terasa mual mendengar dia memanggilku seperti itu.
‘’Aku ada janji
dengan Nadia tengah hari ni.’’ Jawabku ringkas. Dalam hatiku
berdoa agar Nadia cepat-cepat datang dan menyelamatkan aku. Kalau
diikutkan hati,aku seperti mahu saja berjalan ke pejabat Nadia yang
terletak tidak jauh dari pejabatku itu.
‘’Bukan ke kita
dah janji tadi?’’ Kata Firdaus hampa.
‘’Kau yang buat
janji kau sendiri. Aku tak pernah kata yang aku setuju pun kan.’’
Balasku selamba.Aku merenung telefon bimbitku. Masih tiada panggilan
masuk daripada Nadia. Nadia,manalah kau pergi ni?
‘’Biarlah Daus.
Dia dah janji dengan kawan dia kan. Yang kau nak paksa-paksa dia
kenapa?’’ Ujar Nazrul dingin. Aku tahu dia bercakap seperti itu
bukannya mahu membelaku,tetapi dia tak suka kalau aku makan sekali
dengan Firdaus,dan nampaknya dia juga akan menyertai makan tengah
hari itu.Kalau dia sekali tidak sudi,seribu kali aku tak ingin. Makan
tengah hari bersama dua sepupu yang berlainan karakter tetapi
sama-sama berotak gila itu,huh ! Pengalaman pertama dulu sudah cukup
memberi pengajaran pada aku.
Dalam situasi kekok
itu,akhirnya telefon bimbitku berdering jua. Aku pantas menjawab
panggilan itu.
‘’Helo Nadia,kau
kat mana ni? Lama aku tunggu kau.’’ Kataku seraya menjeling ke
arah Nazrul dan Firdaus yang sedang asyik memandangku.
‘’Sorrylah
Ary,tapi aku rasa aku tak bolehlah makan tengah hari dengan kau.’’
‘’Hah? Kenapa
tak jadi pula?’’ Secara spontan aku menjawab dengan rasa
terkejut. Hancur berkecai harapanku mahu lari daripada dua anasir
yang menyusahkan hidupku.
‘’Aku nak
temankan Adnan. Kan semalam adik dia masuk hospital.’’ Beritahu
Nadia dengan nada suara yang serba-salah.
‘’Kau memang
lebih pentingkan boyfriend
kau tu daripada kawan kau sendiri kan?’’
‘’Ary....’’
‘’Dahlah,malas
aku nak cakap dengan kau.’’ Aku terus menekan punat berwarna
merah itu.Aku kesal dengan sikap Nadia yang sesuka hati saja mungkir
janji padaku hanya kerana Adnan. Bukan sekali ini saja,tetapi sudah
banyak kali.
‘’Janganlah
marah. Mungkin Nadia memang ada hal penting ke,sebab tu dia
cancel.’’
Kata Firdaus apabila melihat riak wajah aku yang marah. Mungkin dia
cuba menenangkan hatiku yang bergelora sekarang ini.
‘’Sorry.
Aku dah tak ada mood nak makan.’’ Pantas aku berkata seraya naik
semula ke pejabatku. Kali ini Firdaus tidak mendesakku seperti
kebiasaan. Dia hanya memerhati saja langkahku yang berlalu pergi.
Mungkin dia faham yang aku betul-betul tidak mahu diganggu ketika
itu.
No comments:
Post a Comment