Penulis : New chapter dah update ! Hope u guys like it ^^
AKU
hanya berdiam diri.Sejak aku masuk ke dalam pejabat Pengarah Urusan
itu,suasana menjadi begitu hening sekali. Tengku Yusrizal dan Tengku
Nazrul juga tidak membuka mulut.Aku tetap kekal tenang kerana aku
sudah mengetahui akan keputusan yang bakal aku ambil.Sekiranya aku
dipecat,aku terima dengan hati terbuka. Sekiranya aku tetap diterima
bekerja,aku sendiri yang akan menghantar surat perletakan jawatan.
Pokoknya,aku akan berhenti dari berkhidmat dengan Cemerlang Holdings.
‘’Ariana,pertama
sekali saya nak minta maaf kepada awak atas apa yang terjadi
semalam.Saya harap awak dapat memaafkan keluarga saya,terutamanya
anak saya Nazrul atas kekacauan yang timbul.’’ Akhirnya Tengku
Yusrizal yang memulakan kata.
‘’Tak
apa,Tengku. Saya sendiri tak ambil hati atas apa yang berlaku. Benda
dah lepas kan,nak diingatkan pun tak ada gunanya lagi.’’ Ujarku
tenang seraya mengerling ke arah Nazrul. Hairan,Nazrul seakan-akan
cuba mengelak untuk bertentang mata denganku. Mungkin dia malu kerana
tindakannya yang sudah salah faham terhadapku semalam.Atau dia sudah
diberi amaran keras oleh Tengku Yusrizal. Entahlah,aku sendiri tidak
tahu.
‘’Baguslah kalau
awak berfikir macam tu. Gembira hati saya mendengarnya.’’ Tengku
Yusrizal menarik nafas lega. ‘’ Dan saya juga nak ucapkan terima
kasih kerana awak telah menyelamatkan Firdaus semalam. Kalau awak
tiada semalam,entah apalah yang akan terjadi pada Firdaus kalau dia
makan donut yang berisi mentega kacang tu. Sebenarnya orang gaji yang
bertanggungjawab menyediakan makanan pada malam itu baru berkhidmat
dengan keluarga saya setelah pembantu saya yang lama tu berhenti.
Jadi,dia tak tahu bahawa Firdaus alah kepada kacang. Isteri saya pun
terlupa nak beritahu dia supaya jangan sediakan apa-apa makanan yang
mengandungi kacang di rumah kami. Maklumlah,dah tua kan.
Kadang-kadang tu jadi pelupa juga.’’ Beritahu Tengku Yusrizal
panjang lebar.
‘’Oh,macam tu
ke?’’ Aku memaksa diriku untuk mengangguk. Kenapa Tengku nak
beritahu saya semua ni,tak ada kena-mengena dengan saya pun,bisik
hatiku.Dari gaya Tengku Yusrizal bercakap dan Nazrul yang sejak tadi
nampak murung saja,nampaknya aku tidak jadi dipecat dari Cemerlang
Holdings seperti mana sangkaanku. Nampaknya aku sendiri yang harus
menyatakan keputusan aku itu sekarang.
‘’Tengku,sebenarnya
saya....’’
‘’Jadi,dah
berapa lama awak jalinkan hubungan dengan anak saudara saya tu?’’
Pertanyaan Tengku Yusrizal itu membantutkan ayatku. Aku mengerutkan
dahi. Hubungan?
‘’Hubungan saya
dengan siapa yang Tengku maksudkan ni?’’ Aku meminta kepastian.
Tengku Yusrizal
ketawa. ‘’ Hubungan awak dengan Firdauslah,siapa lagi. Buat-buat
tanya pula awak ni.’’
Wajahku berubah
apabila mendengar kata-kata Tengku Yusrizal.
‘’Saya dengan
Encik Firdaus tak ada apa-apa hubungan. Kami hanya rakan sekerja,tak
lebih dari itu.’’ Aku cuba menjelaskan perkara yang sebenar.
Nampaknya Tengku Yusrizal sudah salah faham akan konsep sebenar
hubungan aku dan Firdaus yang bukan kawan pun.
‘’Awak tak
payahlah nak berselindung lagi,Ariana. Firdaus dah ceritakan
segala-galanya kepada saya dan keluarga tentang hubungan kamu
berdua.’’
Hati aku
berdebar-debar. ‘’Apa yang Encik Firdaus beritahu?’’
Tak
tahu kenapa,aku seperti mendapat firasat bahawa ini bukan sesuatu
yang baik.
‘’Kamu berdua
sekarang ni sedang bercinta,kan?’’
Jantungku bagai
hendak tercabut apabila mendengarnya.
‘’Mana ada kami
berdua bercinta. Tengku salah dengar agaknya.’’ Aku cuba
menafikan. Takkanlah Firdaus boleh beritahu perkara tak masuk akal
begini kepada keluarganya. Katak puru ini memang betul-betul dah
gila!
‘’Telinga saya
ni masih boleh berfungsi dengan baik,Ariana. Lagipun Firdaus bukan
beritahu di hadapan saya seorang saja. Anak saya,si Nazrul ni pun ada
sekali. Betul tak,Nazrul?’’ Tengku Yusrizal memandang wajah anak
bujangnya itu.
‘’Hermm...’’
Nazrul hanya menjawab antara hendak dan tidak,tetapi sudah cukup
untuk membuatkan jiwaku bagaikan dilambung ombak yang begitu kuat
sekali.
Aku
mengetap bibirku kuat.Apa yang katak puru ni cuba nak buat
sebenarnya!
‘’TENGKU
Firdaus Amsyar bin Tengku Farizudin,kau ni dah gila ke hah?’’
Sergahku setelah masuk ke dalam bilik Firdaus tanpa
kebenarannya.Firdaus tersentak dengan tindakanku,tetapi raut wajahnya
tetap tenang. Dia tersenyum kepadaku.
‘’Awak rupanya.
Duduklah.’’ Pinta Firdaus ramah.
‘’Duduk? Kau
ingat lepas kau dah buat fitnah yang bukan-bukan tentang kita,aku
boleh duduk dengan tenang berhadapan dengan kau,macam tiada apa-apa
yang berlaku?’’ Aku semakin berang apabila melihat tingkah
lakunya. Berlagak macam dia tak tahu yang dia telah buat kesalahan
yang paling besar dalam dunia!
Firdaus menarik
nafas. ‘’Jadi,Pak Long dah beritahu awaklah tentang apa yang
saya cakap semalam?’’
‘’Ya,dia dah
beritahu aku segala-galanya! Hei Firdaus,sejak bila kita ni bercinta?
Setahu aku,kita ni tak pernah berkawan pun.Apatah lagi nak lebih
daripada tu. Jadi kenapa mulut kau tu memandai sangat beritahu Tengku
Yusrizal dan seluruh anak-pinak dia yang aku dengan kau ni ada
hubungan istimewa.Kau memang sengaja nak perangkap aku ya,nak buat
hidup aku yang sudah cukup susah di syarikat ni disebabkan sepupu kau
yang macam Hitler tu bertambah sengsara? Atau korang berdua memang
sudah berpakat nak kenakan aku?’’ Tuduhku melulu tanpa berfikir
panjang lagi.
Firdaus diam,tidak
membalas kata-kataku. Dia mengeluarkan sesuatu dari bawah mejanya dan
memberikan tas tangan itu kepadaku. Barulah aku teringat bahawa aku
tertinggal tas tangan itu di rumah Tengku Yusrizal semalam.
‘’Nah,beg
awak.’’ Kata Firdaus ringkas.Aku merentap tas tanganku kasar.
‘’Jangan nak
alih topiklah,Firdaus. Kau ingat dengan memulangkan balik beg aku
ni,dapat membetulkan keadaan ke?’’
‘’Bila masa pula
saya kata yang saya nak alih topik? Saya baru saja nak memulakan
mukadimahlah ni. Dan soalan pertama saya adalah berkenaan dengan apa
yang terjadi semalam.’’ Kata Firdaus. Raut wajahnya sudah mula
bertukar serius.
‘’Kenapa pula
dengan semalam? Aku dah tolong kau kan,jadi apa? Tak bermakna yang
bila aku tolong kau tu,aku sukakan kau dan....’’
‘’Macam mana
awak boleh tahu yang saya tak boleh makan mentega kacang?’’
Pertanyaan Firdaus
itu memeranjatkan aku. Wajahku terus berubah pucat. Kenapa dia
tiba-tiba bertanya soalan macam ni?
‘’Jawablah,kenapa
diam. Dari mana awak dapat tahu yang saya alah pada kacang?’’
Firdaus mengulangi soalannya,kali ini dengan nada yang lebih tegas.
Jiwaku semakin kacau. Alamak,macam mana ni!
‘’Err,ada orang
yang beritahu pada saya.’’ Jawabku,berusaha untuk bertenang.
Walhal dalam hatiku hanya ALLAH S.W.T. saja yang tahu.
‘’Siapa?’’
Soal Firdaus lagi. Matanya mencerlung ke arahku.
‘’Nad...Nadia.’’
‘’Macam mana
pula dia boleh tahu?’’
‘’Manalah aku
tahu.Tanyalah pada dia.’’
‘’Oohh,macam
tu.’’ Firdaus mengangguk. ‘’Baiklah,kalau itu yang awak
cakap.Tapi kalau yang ni,takkan Nadia juga yang beritahu dan tolong
save
kan untuk awak?’’
Aku
tergamam apabila melihat Firdaus mengeluarkan telefon bimbitku dari
kocek seluarnya. Aku cuba mengambil semula telefonku itu dari
pegangannya.
‘’Give
it back to me,Tengku
Firdaus Amsyar. Kau tak berhak nak sesuka hati pegang telefon bimbit
aku.’’ Kataku keras seraya mencuba lagi untuk merampas telefon
bimbitku,tetapi tidak berjaya.
‘’Saya takkan
bagi balik telefon ni pada awak selagi awak tak jawab soalan saya.’’
‘’Apa yang kau
nak tanya lagi?’’
‘’Macam mana
nombor saya boleh ada dalam senarai contacts
awak?’’
Gerakkanku terus
terhenti. Aku memandang wajah Firdaus.
‘’Kau periksa
telefon bimbit aku? Kau ingat kau ni siapa hah?’’ Kataku
terketar-ketar,disaluti rasa marah dan takut yang bercampur-baur.
Firdaus menghembus
nafas. ‘’Semalam lepas awak balik,saya cuba telefon awak.’’
‘’Dari mana kau
dapat nombor aku?’’ Soalku pantas.
Firdaus mengangkat
kening. ‘’Awak terlupa ke yang syarikat Cemerlang Holdings ni
adalah syarikat bapa saudara saya. Saya boleh dapatkan nombor telefon
mana-mana pekerja saja yang saya mahu.’’
Aku
merenung wajahnya tajam.
‘’Saya cuba
telefon awak,tapi awak tak jawab. Kemudian Alia datang dan beritahu
yang awak tertinggal beg tangan awak. Masa saya hubungi awak
tulah,telefon awak berbunyi. Saya pun bukalah beg awak tu dan
mengambil telefon bimbit awak.Kemudian....’’
‘’Kemudian?’’
Aku menekankan perkataan itu.Hatiku semakin berdegup kencang.
‘’Saya mendapati
nama ni tertera pada skrin telefon.’’ Firdaus menunjukkan skrin
telefon padaku.Pandanganku bagai menjadi kelam apabila melihat nama
‘Prince Charmingku’ itu. Nama yang pernah disimpan oleh Nadia di
dalam telefon bimbitku beberapa tahun yang lalu.Nombor yang masih
belum kupadam dari memori telefonku sejak sekian lama.YA-ALLAH,kenapa
aku boleh sebegini cuai?
‘’Mula-mula saya
ingat mungkin saya yang tersilap pandang,atau mungkin ketika itu
orang lain yang menghubungi awak dan saya yang tersalah dial. Tetapi
setelah saya memeriksa kembali nombor telefon ‘Prince Charmingku’
ini,rupa-rupanya ini memang adalah nombor saya. Boleh awak jelaskan
kepada saya Cik Nur Ariana,kenapa awak save
nombor saya menggunakan nama tu? Dan macam mana pula awak boleh ada
nombor saya?’’
Firdaus semakin
mendesakku. Aku menundukkan kepala,tidak berani lagi memandang
wajahnya. YA-ALLAH,apakah yang harus aku jawab padanya sekarang?
‘’Aku....aku....’’
Aku mengetap bibir. Aku betul-betul mati akal ketika itu.
‘’Untuk
pengetahuan awak,saya ada dua nombor. Satu saya gunakan untuk urusan
kerja manakala satu lagi,yang mana sudah tersimpan dalam telefon
bimbit awak ni adalah untuk urusan peribadi. Hanya ahli keluarga dan
rakan-rakan saya saja yang mengetahui nombor ni. Dan saya rasa saya
pun tak pernah bagi nombor telefon saya pada awak. Paling membuatkan
saya hairan,awak kata yang kita ni bukan kawan pun. Tetapi kenapa
awak save
nombor saya menggunakan nama Prince Charmingku? Kalau betullah awak
ni memang bencikan saya,awak takkan save
nama saya dalam handphone awak macam tu kan.’’
Hujah-hujah Firdaus
membuatkan aku semakin gelisah.Aku dapat merasakan bahawa aku tidak
mungkin dapat bertahan lagi kalau aku terus berada di situ. Aku
melajukan langkahku ke pintu,mahu segera keluar dari situ.
‘’Saya dah
berusaha untuk lakukan apa yang awak nak,Ariana.’’ Kata-kata
Firdaus membuatkan aku terhenti. Namun aku tetap tidak menoleh.
Kedengaran derap tapak kaki Firdaus menghampiriku.
‘’Saya dah
memaksa diri saya untuk menjauhkan diri saya daripada awak,tetapi
nampaknya saya tak boleh melakukannya lagi.’’ Firdaus
menghentikan langkah di sebelahku. Aku dapat merasakan bahang
renungan tajamnya yang menusuk hatiku.
‘’Setiap kali
saya melihat awak,saya akan teringat pada seseorang. Tambahan pula
dengan sikap awak yang seperti cuba merahsiakan sesuatu daripada
saya,membuatkan keinginan saya untuk mendekati dan mengenali awak
semakin menjadi-jadi.’’
Aku
tetap mendiamkan diri. Mata kami saling bertentangan. Senyuman
Firdaus ketika itu menggetarkan jiwaku.
‘’Saya juga
tahu,awak pasti akan cuba untuk tidak bertemu dengan saya lagi
setelah apa yang terjadi semalam. Bahkan saya juga sudah memikirkan
kemungkinan bahawa awak mungkin akan meminta untuk berhenti kerja
nanti. Sebab itulah saya beritahu Pak Long dan keluarga saya bahawa
kita sekarang ni sedang bercinta. Because
I knew,
Pak Long tak mungkin akan membiarkan gadis yang berjaya mencuri hati
anak saudaranya, meletak jawatan dari Cemerlang Holdings ni hanya
kerana perkara yang remeh-temeh.Tambah pula betul kata awak semalam.
Pak Long memang lebih mengenali siapa awak dan Nazrul sebenarnya.Jadi
dia dah boleh mengagak siapa yang benar dan siapa salah dalam hal
ni.’’
‘’Macam mana
mereka semua boleh percaya semua cerita mengarut yang kau reka tu?’’
Firdaus tersenyum.
‘’Sebab donut yang berisi mentega kacang tulah.’’
Aku mengerutkan
dahi. ‘’Maksud kau?’’
‘’Saya
beritahulah mereka,sebab awak ni kekasih saya,saya dah ceritakan
segala-galanya pada awak tentang diri saya,termasuklah tentang diri
saya yang alah pada kacang.Jadi bila awak tengok saya hampir memakan
mentega kacang yang boleh membunuh saya tu,awak jadi cemas dan cuba
halang saya dari memakan mentega kacang tu. Awak jadi cemas macam tu
sebab awak sayangkan saya. Awak tak mahu kehilangan saya. Sebab saya
ni teman lelaki awak dan awak ni teman wanita saya.’’ Firdaus
mengeyitkan matanya.
‘’Macam
mana,hebat tak cerita yang saya beritahu kepada mereka?’’
Aku
menggeleng-gelengkan kepala.Sesungguhnya aku betul-betul tak tahu
macam mana lagi mahu keluar dari kebuntuan itu.
‘’Bukan ke kau
seorang yang baik,tapi kenapa kau sanggup biar aku tersepit macam
ni?’’ Kataku lemah. Otakku seperti terus berhenti berfungsi
ketika itu.
‘’Orang yang
baik juga mempunyai perasaan,Ariana.’’ Ujar Firdaus kepadaku. Aku
terdiam,tidak menyahut kata-katanya.Aku memulas tombol pintu dan
terus keluar dari situ,dengan keadaan mentalku yang terhuyung-hayang
memikirkan nasibku selepas ini.
No comments:
Post a Comment