Saturday, 31 May 2014

Sekali Ini Saja 22

‘’COOLNYA!!’’ Jerit Nadia usai aku menghabiskan ceritaku.Aku merenungnya tajam.
‘’Cool kau cakap? Sekarang ni aku tengah berada dalam kesusahan yang maha dahsyat sekali kat dunia ni,dan kau boleh berkata bahawa hal ini adalah sesuatu yang cool?’’
Nadia menampar bahuku. ‘’Helo,kesusahan apa bendanya? Kau sedar tak bahawa kau sekarang ni officially sudah bergelar girlfriend siapa? Tengku Firdaus Amsyar kot! Senior aku yang paling handsome dan perfect sekali di muka bumi ni.’’ Nadia tersenyum-senyum sambil merapatkan kedua-dua belah tangannya dengan mata yang tertutup. Mungkin dia sedang membayangkan dirinya berada di posisi aku sekarang.
‘’Aku lebih rela matilah daripada jadi girlfriend dia. Never!’’ Kataku dengan penuh perasaan benci dan jelik.
‘’Itu kata kau. Tapi kata Abang Firdaus kesayangan aku tu lain. Jealousnya aku dengan kau,Ary. Aku yang bersungguh-sungguh suka dekat dia,akhirnya kau juga yang dapat si Prince Charming tu. Tapi tak apalah,kerana kau kawan aku,aku relakan sajalah.Aku juga yang dapat tumpang glamor nanti.Nur Ariana Abdullah,kawan baik aku bercinta dengan ex-senior aku yang paling hot dalam abad ni. Huh,tak sabar-sabar aku nak gosip pasal benda ni dengan rakan-rakan sekolah lama aku.Mesti jadi berita hangat yang paling sensasi punya.’’
‘’Banyaklah kau punya sensasi. Ni semua salah kau tahu tak. Kalaulah kau tak memandai save nombor dia dalam handphone aku,guna nama Prince Charmingku yang entah apa-apa pula tu,mesti aku takkan terjebak dalam situasi ni. Mesti aku dengan bahagianya sedang menganggur sambil mencari kerja baru sekarang. Semuanya salah kau.’’ Aku menyalahkan Nadia pula dalam hal ini.
‘’Eh,nak salahkan aku pula.Patutnya kau berterima kasih dengan aku sebab berjaya menjodohkan kau dengan Firdaus tu. Lagi satu,aku save nombor tu dalam handphone kau dah lama dah kan. Apasal kau tak padam saja nombor Firdaus tu sejak dulu lagi?’’
Aku tergamam mendengar pertanyaan Nadia.Alamak,macam mana aku nak jawab ni? Sedangkan aku sendiri tidak mengetahui jawapannya!
Ketika aku berada dalam keresahan itu,tiba-tiba telefon Nadia berbunyi dan menyelamatkan keadaan. Nadia menjawab panggilan itu dan wajahnya berubah dalam masa hanya seminit.
‘’You ada dekat mana sekarang?’’ Soal Nadia dengan wajah bimbang. Aku dapat mengagak bahawa panggilan itu daripada Adnan.
‘’Okey,I datang pada you sekarang. You tunggu I ya.’’ Nadia terus mematikan talian dan memandang ke arahku.
‘’Ary,kau temankan aku sekejap.’’
‘’Pergi mana pula?’’ Soalku dengan nada sedikit keras.
‘’Ke bank,ambil duit untuk Adnan. Adik dia tiba-tiba masuk hospital akibat kemalangan. Dia kena guna duit yang banyak untuk menampung kos pembedahan.’’ Terang Nadia seraya mencapai kunci kereta dengan kelam-kabut.
‘’Kau pergilah sorang-sorang.’’ Kataku malas. Dalam soal-soal yang berkaitan dengan Adnan,aku memang selalu keberatan untuk menolong Nadia.
‘’Alah,tolonglah.Takkanlah kau nak biarkan aku pergi sorang-sorang malam-malam buta macam ni.’’ Rayu Nadia padaku. Aku merenung wajahnya dalam-dalam. Kasihan pula,detik hatiku.Akhirnya aku terpaksa mengalah juga.
Setelah mengambil wang di bank,aku dan Nadia pergi ke hospital tempat adik Adnan dirawat.Adnan yang sedang mundar-mandir di halaman hospital segera meluru ke arah kami berdua sebaik saja kami sampai. Nadia terus menyerahkan sejumlah wang itu kepada Adnan.
‘’Macam mana dengan adik you sekarang?’’ Soal Nadia bimbang.
‘’Doktor masih sedang memantau keadaan kesihatan dia sekarang. Kalau keadaan mengizinkan,dia akan jalani pembedahan malam ni juga.’’ Ujar Adnan dengan wajah yang agak murung.
‘’Teruk sangat ke keadaannya?’’
‘’Boleh dikatakan begitulah.’’
‘’I nak temankan you malam ni.Boleh I jumpa dengan adik you sekali.’’
‘’Eh,tak boleh! You tak boleh bertemu dengan dia.’’ Teriak Adnan. Entah kenapa dia tiba-tiba menjadi begitu beremosi ketika itu,bagaikan ada sesuatu yang disembunyikannya.
‘’Kenapa pula Nadia tak boleh melawat adik kau?’’ Soalku setelah hanya menjadi pemerhati mereka berdua sejak tadi. Adnan menghadiahkan jelingan tajam kepadaku.
‘’Kenapa you bawa perempuan ni datang ke sini?’’ Soal Adnan kasar,tanda tidak menyenangi kehadiranku.
‘’Kau tak payahlah nak tengking-tengking dia macam tu. Aku datang ni pun sebab nak temankan dia saja. Bukannya aku nak menyibuk hal kau sangat pun. Nadia ni perempuan dan hari pun dah malam. Kalau ada apa-apa jadi kat dia,kau nak tanggung ke?’’ Aku membalas kembali kata-katanya. Adnan mendengus.Dia berpaling dan terus pergi dari situ tanpa berkata sepatah perkataan pun pada Nadia.
‘’Adnan! Adnan!’’ Panggil Nadia tetapi Adnan tidak menoleh sedikitpun. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan jeritan Nadia.
‘’Tak payahlah kau nak panggil-panggil nama dia,Nadia. Jomlah kita balik. Bertambah-tambah sakit hati nanti kalau berlama-lama di sini.’’
Nadia mengeluh seraya menuruti kata-kataku.

‘’HAI sayang.’’
Menyirap darahku pagi itu apabila Firdaus menegurku dengan panggilan ‘sayang’.Firdaus yang duduk bersama-sama pekerja lain bangun dan menghampiriku.
‘’Panjang umur sayang. Fir baru saja cakap-cakap pasal sayang dan hubungan kita dekat diorang tadi.’’ Beritahu Firdaus dengan suara yang ceria.Aku merenungnya tajam sebelum mengalihkan pandangan kepada semua pekerja yang berada di situ. Mereka semua mula kelam-kabut dan berpura-pura melakukan kerja masing-masing.
‘’Firdaus,we need to talk. In my office. Now!’’ Ujarku dengan nada yang keras seraya menuju ke bilikku Sebaik saja pintu bilik ditutup,aku berdiri di hadapan Firdaus sambil mataku mencerlung marah kepadanya.
‘’Apa yang kau dah beritahu pada mereka?’’
‘’Yang kita ni dah jadi girlfriend dan boyfriend lah,apa lagi.’’ Beritahu Firdaus selamba,tetapi sudah cukup membuatkan nyawaku terasa bagai mahu terpisah dari badan.
Tanpa mempedulikanku yang sudah berwajah pucat, Firdaus duduk di atas kerusi yang terletak di hadapan mejaku itu.
‘’Sayang nak tahu tak,semalaman Fir tak boleh tidur semalam sebab fikirkan nama panggilan apa yang Fir nak gunakan untuk sayang. Yalah,kita kan sekarang dah jadi pasangan,takkanlah nak panggil nama saja atau cakap-cakap guna awak,saya,awak,saya. Macam tak best lah pula kan. Mula-mula Fir ingat Fir nak panggil sayang Ary,tapi Nadia pun panggil sayang menggunakan nama tu. Nak panggil Ana,terlalu common lah pula. Jadi setelah puas berfikir,Fir putuskan untuk panggil sayang dengan nama sayang sajalah. Barulah nampak macam loving couple yang sweet. Betul tak,sayang?’’
‘’Pergi matilah dengan sayang kau tu! Hei,sejak bila kita couple hah? Kau jangan nak memandai. Sekarang juga aku nak pergi explain pada mereka semua kat luar tu yang kita ni tak ada apa-apa hubungan. Now!’’ Kataku dengan nada yang terketar-ketar sambil menghalakan jari telunjukku ke arah pintu.
Namun Firdaus langsung tidak mengambil endah kata-kataku dan berganjak dari tempat duduknya,sebaliknya dia boleh tersenyum pula kepadaku.
‘’Kenapa sayang malu-malu pula ni? Fir cuma beritahu benda yang betul saja. Senanglah nanti kalau diorang tengok kita mesra-mesra gitu,tak adalah diorang tertanya-tanya dan sebarkan gosip yang bukan-bukan pula.’’
‘’Kau ni memang tak faham ke atau pura-pura tak faham hah? Berapa kali aku nak cakap,kita berdua tak ada apa-apa hubungan dan tak akan pernah ada sampai bila-bila! Jadi boleh tak kau berhenti buat semua kerja mengarut ni and just leave me alone?!’’
‘’Tak,Nur Ariana Abdullah! Kita berdua memang ada kaitan. Walaupun Fir tak tahu apa sebenarnya connection di antara kita berdua,but I know that you know the truth,but you just wouldn’t tell me.’’ Firdaus bangun dari duduknya dan berdiri di hadapanku.
‘’But it’s okay. Fir takkan paksa sayang untuk beritahu Fir apa-apa,sebab itu hak sayang. Tapi Fir juga berharap agar sayang takkan halang Fir untuk mengetahui segala yang Fir nak tahu selama ni. And I will figure out everything that I want to know about you,as a boyfriend of yours.’’
Mulutku terkunci terus. Aku tidak tahu hendak berkata apa lagi. Firdaus memulas tombol pintu untuk keluar dari bilikku. Sebelum keluar, Firdaus sempat berpesan.
‘’Sayang tunggu Fir nanti tau. Kita makan tengah hari sama-sama.’’
Aku tidak mengiyakan atau membidas ajakannya yang berbaur arahan itu. Sebaik saja Firdaus keluar,aku terus duduk tersandar pada dinding.
YA-ALLAH,apakah yang harus kulakukan untuk keluar dari semua masalah ni? Keluhku dalam hati. Nampaknya Firdaus memang takkan berhenti selagi dia tak mengetahui hubungan sebenar yang pernah terjalin antara dia dan aku. Antara Firdaus dan Ria.

TENGAH hari itu,aku keluar lebih awal dari kebiasaan. Aku terpaksa lakukan hal itu kerana tak mahu terserempak dengan Firdaus. Nanti ada sajalah benda yang dia nak buat sekiranya kami bertemu. Lagipun,tengah hari itu aku akan keluar makan bersama Nadia.Jadi aku ada alasan untuk mengelak dari makan bersamanya pada hari itu.
Aku resah ketika menunggu Nadia di lobi. Masa semakin berjalan,tetapi Nadia masih tidak kunjung tiba seperti yang dijanjikan. Berkali-kali aku cuba menelefonnya tetapi tidak dijawab. Nadia,ke manalah kau pergi ni?
‘’Sayang.’’
Berderau darahku apabila mendengar suara itu. Firdaus menghadiahkan senyuman padaku manakala Nazrul pula seperti biasa,hanya menayang muka tiada perasaannya itu. Aku mengeluh. Kenapa,kenapa,kenapa!
‘’Kan Fir suruh sayang tunggu tadi.Sayang nak pergi mana?’’ Soal Firdaus kepadaku. Tekakku terasa mual mendengar dia memanggilku seperti itu.
‘’Aku ada janji dengan Nadia tengah hari ni.’’ Jawabku ringkas. Dalam hatiku berdoa agar Nadia cepat-cepat datang dan menyelamatkan aku. Kalau diikutkan hati,aku seperti mahu saja berjalan ke pejabat Nadia yang terletak tidak jauh dari pejabatku itu.
‘’Bukan ke kita dah janji tadi?’’ Kata Firdaus hampa.
‘’Kau yang buat janji kau sendiri. Aku tak pernah kata yang aku setuju pun kan.’’ Balasku selamba.Aku merenung telefon bimbitku. Masih tiada panggilan masuk daripada Nadia. Nadia,manalah kau pergi ni?
‘’Biarlah Daus. Dia dah janji dengan kawan dia kan. Yang kau nak paksa-paksa dia kenapa?’’ Ujar Nazrul dingin. Aku tahu dia bercakap seperti itu bukannya mahu membelaku,tetapi dia tak suka kalau aku makan sekali dengan Firdaus,dan nampaknya dia juga akan menyertai makan tengah hari itu.Kalau dia sekali tidak sudi,seribu kali aku tak ingin. Makan tengah hari bersama dua sepupu yang berlainan karakter tetapi sama-sama berotak gila itu,huh ! Pengalaman pertama dulu sudah cukup memberi pengajaran pada aku.
Dalam situasi kekok itu,akhirnya telefon bimbitku berdering jua. Aku pantas menjawab panggilan itu.
‘’Helo Nadia,kau kat mana ni? Lama aku tunggu kau.’’ Kataku seraya menjeling ke arah Nazrul dan Firdaus yang sedang asyik memandangku.
‘’Sorrylah Ary,tapi aku rasa aku tak bolehlah makan tengah hari dengan kau.’’
‘’Hah? Kenapa tak jadi pula?’’ Secara spontan aku menjawab dengan rasa terkejut. Hancur berkecai harapanku mahu lari daripada dua anasir yang menyusahkan hidupku.
‘’Aku nak temankan Adnan. Kan semalam adik dia masuk hospital.’’ Beritahu Nadia dengan nada suara yang serba-salah.
‘’Kau memang lebih pentingkan boyfriend kau tu daripada kawan kau sendiri kan?’’
‘’Ary....’’
‘’Dahlah,malas aku nak cakap dengan kau.’’ Aku terus menekan punat berwarna merah itu.Aku kesal dengan sikap Nadia yang sesuka hati saja mungkir janji padaku hanya kerana Adnan. Bukan sekali ini saja,tetapi sudah banyak kali.
‘’Janganlah marah. Mungkin Nadia memang ada hal penting ke,sebab tu dia cancel.’’ Kata Firdaus apabila melihat riak wajah aku yang marah. Mungkin dia cuba menenangkan hatiku yang bergelora sekarang ini.
‘’Sorry. Aku dah tak ada mood nak makan.’’ Pantas aku berkata seraya naik semula ke pejabatku. Kali ini Firdaus tidak mendesakku seperti kebiasaan. Dia hanya memerhati saja langkahku yang berlalu pergi. Mungkin dia faham yang aku betul-betul tidak mahu diganggu ketika itu.

Friday, 23 May 2014

Sekali Ini Saja 21

Penulis : New chapter dah update ! Hope u guys like it ^^

AKU hanya berdiam diri.Sejak aku masuk ke dalam pejabat Pengarah Urusan itu,suasana menjadi begitu hening sekali. Tengku Yusrizal dan Tengku Nazrul juga tidak membuka mulut.Aku tetap kekal tenang kerana aku sudah mengetahui akan keputusan yang bakal aku ambil.Sekiranya aku dipecat,aku terima dengan hati terbuka. Sekiranya aku tetap diterima bekerja,aku sendiri yang akan menghantar surat perletakan jawatan. Pokoknya,aku akan berhenti dari berkhidmat dengan Cemerlang Holdings.
‘’Ariana,pertama sekali saya nak minta maaf kepada awak atas apa yang terjadi semalam.Saya harap awak dapat memaafkan keluarga saya,terutamanya anak saya Nazrul atas kekacauan yang timbul.’’ Akhirnya Tengku Yusrizal yang memulakan kata.
‘’Tak apa,Tengku. Saya sendiri tak ambil hati atas apa yang berlaku. Benda dah lepas kan,nak diingatkan pun tak ada gunanya lagi.’’ Ujarku tenang seraya mengerling ke arah Nazrul. Hairan,Nazrul seakan-akan cuba mengelak untuk bertentang mata denganku. Mungkin dia malu kerana tindakannya yang sudah salah faham terhadapku semalam.Atau dia sudah diberi amaran keras oleh Tengku Yusrizal. Entahlah,aku sendiri tidak tahu.
‘’Baguslah kalau awak berfikir macam tu. Gembira hati saya mendengarnya.’’ Tengku Yusrizal menarik nafas lega. ‘’ Dan saya juga nak ucapkan terima kasih kerana awak telah menyelamatkan Firdaus semalam. Kalau awak tiada semalam,entah apalah yang akan terjadi pada Firdaus kalau dia makan donut yang berisi mentega kacang tu. Sebenarnya orang gaji yang bertanggungjawab menyediakan makanan pada malam itu baru berkhidmat dengan keluarga saya setelah pembantu saya yang lama tu berhenti. Jadi,dia tak tahu bahawa Firdaus alah kepada kacang. Isteri saya pun terlupa nak beritahu dia supaya jangan sediakan apa-apa makanan yang mengandungi kacang di rumah kami. Maklumlah,dah tua kan. Kadang-kadang tu jadi pelupa juga.’’ Beritahu Tengku Yusrizal panjang lebar.
‘’Oh,macam tu ke?’’ Aku memaksa diriku untuk mengangguk. Kenapa Tengku nak beritahu saya semua ni,tak ada kena-mengena dengan saya pun,bisik hatiku.Dari gaya Tengku Yusrizal bercakap dan Nazrul yang sejak tadi nampak murung saja,nampaknya aku tidak jadi dipecat dari Cemerlang Holdings seperti mana sangkaanku. Nampaknya aku sendiri yang harus menyatakan keputusan aku itu sekarang.
‘’Tengku,sebenarnya saya....’’
‘’Jadi,dah berapa lama awak jalinkan hubungan dengan anak saudara saya tu?’’ Pertanyaan Tengku Yusrizal itu membantutkan ayatku. Aku mengerutkan dahi. Hubungan?
‘’Hubungan saya dengan siapa yang Tengku maksudkan ni?’’ Aku meminta kepastian.
Tengku Yusrizal ketawa. ‘’ Hubungan awak dengan Firdauslah,siapa lagi. Buat-buat tanya pula awak ni.’’
Wajahku berubah apabila mendengar kata-kata Tengku Yusrizal.
‘’Saya dengan Encik Firdaus tak ada apa-apa hubungan. Kami hanya rakan sekerja,tak lebih dari itu.’’ Aku cuba menjelaskan perkara yang sebenar. Nampaknya Tengku Yusrizal sudah salah faham akan konsep sebenar hubungan aku dan Firdaus yang bukan kawan pun.
‘’Awak tak payahlah nak berselindung lagi,Ariana. Firdaus dah ceritakan segala-galanya kepada saya dan keluarga tentang hubungan kamu berdua.’’
Hati aku berdebar-debar. ‘’Apa yang Encik Firdaus beritahu?’’
Tak tahu kenapa,aku seperti mendapat firasat bahawa ini bukan sesuatu yang baik.
‘’Kamu berdua sekarang ni sedang bercinta,kan?’’
Jantungku bagai hendak tercabut apabila mendengarnya.
‘’Mana ada kami berdua bercinta. Tengku salah dengar agaknya.’’ Aku cuba menafikan. Takkanlah Firdaus boleh beritahu perkara tak masuk akal begini kepada keluarganya. Katak puru ini memang betul-betul dah gila!
‘’Telinga saya ni masih boleh berfungsi dengan baik,Ariana. Lagipun Firdaus bukan beritahu di hadapan saya seorang saja. Anak saya,si Nazrul ni pun ada sekali. Betul tak,Nazrul?’’ Tengku Yusrizal memandang wajah anak bujangnya itu.
‘’Hermm...’’ Nazrul hanya menjawab antara hendak dan tidak,tetapi sudah cukup untuk membuatkan jiwaku bagaikan dilambung ombak yang begitu kuat sekali.
Aku mengetap bibirku kuat.Apa yang katak puru ni cuba nak buat sebenarnya!

‘’TENGKU Firdaus Amsyar bin Tengku Farizudin,kau ni dah gila ke hah?’’ Sergahku setelah masuk ke dalam bilik Firdaus tanpa kebenarannya.Firdaus tersentak dengan tindakanku,tetapi raut wajahnya tetap tenang. Dia tersenyum kepadaku.
‘’Awak rupanya. Duduklah.’’ Pinta Firdaus ramah.
‘’Duduk? Kau ingat lepas kau dah buat fitnah yang bukan-bukan tentang kita,aku boleh duduk dengan tenang berhadapan dengan kau,macam tiada apa-apa yang berlaku?’’ Aku semakin berang apabila melihat tingkah lakunya. Berlagak macam dia tak tahu yang dia telah buat kesalahan yang paling besar dalam dunia!
Firdaus menarik nafas. ‘’Jadi,Pak Long dah beritahu awaklah tentang apa yang saya cakap semalam?’’
‘’Ya,dia dah beritahu aku segala-galanya! Hei Firdaus,sejak bila kita ni bercinta? Setahu aku,kita ni tak pernah berkawan pun.Apatah lagi nak lebih daripada tu. Jadi kenapa mulut kau tu memandai sangat beritahu Tengku Yusrizal dan seluruh anak-pinak dia yang aku dengan kau ni ada hubungan istimewa.Kau memang sengaja nak perangkap aku ya,nak buat hidup aku yang sudah cukup susah di syarikat ni disebabkan sepupu kau yang macam Hitler tu bertambah sengsara? Atau korang berdua memang sudah berpakat nak kenakan aku?’’ Tuduhku melulu tanpa berfikir panjang lagi.
Firdaus diam,tidak membalas kata-kataku. Dia mengeluarkan sesuatu dari bawah mejanya dan memberikan tas tangan itu kepadaku. Barulah aku teringat bahawa aku tertinggal tas tangan itu di rumah Tengku Yusrizal semalam.
‘’Nah,beg awak.’’ Kata Firdaus ringkas.Aku merentap tas tanganku kasar.
‘’Jangan nak alih topiklah,Firdaus. Kau ingat dengan memulangkan balik beg aku ni,dapat membetulkan keadaan ke?’’
‘’Bila masa pula saya kata yang saya nak alih topik? Saya baru saja nak memulakan mukadimahlah ni. Dan soalan pertama saya adalah berkenaan dengan apa yang terjadi semalam.’’ Kata Firdaus. Raut wajahnya sudah mula bertukar serius.
‘’Kenapa pula dengan semalam? Aku dah tolong kau kan,jadi apa? Tak bermakna yang bila aku tolong kau tu,aku sukakan kau dan....’’
‘’Macam mana awak boleh tahu yang saya tak boleh makan mentega kacang?’’
Pertanyaan Firdaus itu memeranjatkan aku. Wajahku terus berubah pucat. Kenapa dia tiba-tiba bertanya soalan macam ni?
‘’Jawablah,kenapa diam. Dari mana awak dapat tahu yang saya alah pada kacang?’’ Firdaus mengulangi soalannya,kali ini dengan nada yang lebih tegas. Jiwaku semakin kacau. Alamak,macam mana ni!
‘’Err,ada orang yang beritahu pada saya.’’ Jawabku,berusaha untuk bertenang. Walhal dalam hatiku hanya ALLAH S.W.T. saja yang tahu.
‘’Siapa?’’ Soal Firdaus lagi. Matanya mencerlung ke arahku.
‘’Nad...Nadia.’’
‘’Macam mana pula dia boleh tahu?’’
‘’Manalah aku tahu.Tanyalah pada dia.’’
‘’Oohh,macam tu.’’ Firdaus mengangguk. ‘’Baiklah,kalau itu yang awak cakap.Tapi kalau yang ni,takkan Nadia juga yang beritahu dan tolong save kan untuk awak?’’
Aku tergamam apabila melihat Firdaus mengeluarkan telefon bimbitku dari kocek seluarnya. Aku cuba mengambil semula telefonku itu dari pegangannya.
‘’Give it back to me,Tengku Firdaus Amsyar. Kau tak berhak nak sesuka hati pegang telefon bimbit aku.’’ Kataku keras seraya mencuba lagi untuk merampas telefon bimbitku,tetapi tidak berjaya.
‘’Saya takkan bagi balik telefon ni pada awak selagi awak tak jawab soalan saya.’’
‘’Apa yang kau nak tanya lagi?’’
‘’Macam mana nombor saya boleh ada dalam senarai contacts awak?’’
Gerakkanku terus terhenti. Aku memandang wajah Firdaus.
‘’Kau periksa telefon bimbit aku? Kau ingat kau ni siapa hah?’’ Kataku terketar-ketar,disaluti rasa marah dan takut yang bercampur-baur.
Firdaus menghembus nafas. ‘’Semalam lepas awak balik,saya cuba telefon awak.’’
‘’Dari mana kau dapat nombor aku?’’ Soalku pantas.
Firdaus mengangkat kening. ‘’Awak terlupa ke yang syarikat Cemerlang Holdings ni adalah syarikat bapa saudara saya. Saya boleh dapatkan nombor telefon mana-mana pekerja saja yang saya mahu.’’
Aku merenung wajahnya tajam.
‘’Saya cuba telefon awak,tapi awak tak jawab. Kemudian Alia datang dan beritahu yang awak tertinggal beg tangan awak. Masa saya hubungi awak tulah,telefon awak berbunyi. Saya pun bukalah beg awak tu dan mengambil telefon bimbit awak.Kemudian....’’
‘’Kemudian?’’ Aku menekankan perkataan itu.Hatiku semakin berdegup kencang.
‘’Saya mendapati nama ni tertera pada skrin telefon.’’ Firdaus menunjukkan skrin telefon padaku.Pandanganku bagai menjadi kelam apabila melihat nama ‘Prince Charmingku’ itu. Nama yang pernah disimpan oleh Nadia di dalam telefon bimbitku beberapa tahun yang lalu.Nombor yang masih belum kupadam dari memori telefonku sejak sekian lama.YA-ALLAH,kenapa aku boleh sebegini cuai?
‘’Mula-mula saya ingat mungkin saya yang tersilap pandang,atau mungkin ketika itu orang lain yang menghubungi awak dan saya yang tersalah dial. Tetapi setelah saya memeriksa kembali nombor telefon ‘Prince Charmingku’ ini,rupa-rupanya ini memang adalah nombor saya. Boleh awak jelaskan kepada saya Cik Nur Ariana,kenapa awak save nombor saya menggunakan nama tu? Dan macam mana pula awak boleh ada nombor saya?’’
Firdaus semakin mendesakku. Aku menundukkan kepala,tidak berani lagi memandang wajahnya. YA-ALLAH,apakah yang harus aku jawab padanya sekarang?
‘’Aku....aku....’’ Aku mengetap bibir. Aku betul-betul mati akal ketika itu.
‘’Untuk pengetahuan awak,saya ada dua nombor. Satu saya gunakan untuk urusan kerja manakala satu lagi,yang mana sudah tersimpan dalam telefon bimbit awak ni adalah untuk urusan peribadi. Hanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya saja yang mengetahui nombor ni. Dan saya rasa saya pun tak pernah bagi nombor telefon saya pada awak. Paling membuatkan saya hairan,awak kata yang kita ni bukan kawan pun. Tetapi kenapa awak save nombor saya menggunakan nama Prince Charmingku? Kalau betullah awak ni memang bencikan saya,awak takkan save nama saya dalam handphone awak macam tu kan.’’
Hujah-hujah Firdaus membuatkan aku semakin gelisah.Aku dapat merasakan bahawa aku tidak mungkin dapat bertahan lagi kalau aku terus berada di situ. Aku melajukan langkahku ke pintu,mahu segera keluar dari situ.
‘’Saya dah berusaha untuk lakukan apa yang awak nak,Ariana.’’ Kata-kata Firdaus membuatkan aku terhenti. Namun aku tetap tidak menoleh. Kedengaran derap tapak kaki Firdaus menghampiriku.
‘’Saya dah memaksa diri saya untuk menjauhkan diri saya daripada awak,tetapi nampaknya saya tak boleh melakukannya lagi.’’ Firdaus menghentikan langkah di sebelahku. Aku dapat merasakan bahang renungan tajamnya yang menusuk hatiku.
‘’Setiap kali saya melihat awak,saya akan teringat pada seseorang. Tambahan pula dengan sikap awak yang seperti cuba merahsiakan sesuatu daripada saya,membuatkan keinginan saya untuk mendekati dan mengenali awak semakin menjadi-jadi.’’
Aku tetap mendiamkan diri. Mata kami saling bertentangan. Senyuman Firdaus ketika itu menggetarkan jiwaku.
‘’Saya juga tahu,awak pasti akan cuba untuk tidak bertemu dengan saya lagi setelah apa yang terjadi semalam. Bahkan saya juga sudah memikirkan kemungkinan bahawa awak mungkin akan meminta untuk berhenti kerja nanti. Sebab itulah saya beritahu Pak Long dan keluarga saya bahawa kita sekarang ni sedang bercinta. Because I knew, Pak Long tak mungkin akan membiarkan gadis yang berjaya mencuri hati anak saudaranya, meletak jawatan dari Cemerlang Holdings ni hanya kerana perkara yang remeh-temeh.Tambah pula betul kata awak semalam. Pak Long memang lebih mengenali siapa awak dan Nazrul sebenarnya.Jadi dia dah boleh mengagak siapa yang benar dan siapa salah dalam hal ni.’’
‘’Macam mana mereka semua boleh percaya semua cerita mengarut yang kau reka tu?’’
Firdaus tersenyum. ‘’Sebab donut yang berisi mentega kacang tulah.’’
Aku mengerutkan dahi. ‘’Maksud kau?’’
‘’Saya beritahulah mereka,sebab awak ni kekasih saya,saya dah ceritakan segala-galanya pada awak tentang diri saya,termasuklah tentang diri saya yang alah pada kacang.Jadi bila awak tengok saya hampir memakan mentega kacang yang boleh membunuh saya tu,awak jadi cemas dan cuba halang saya dari memakan mentega kacang tu. Awak jadi cemas macam tu sebab awak sayangkan saya. Awak tak mahu kehilangan saya. Sebab saya ni teman lelaki awak dan awak ni teman wanita saya.’’ Firdaus mengeyitkan matanya.
‘’Macam mana,hebat tak cerita yang saya beritahu kepada mereka?’’
Aku menggeleng-gelengkan kepala.Sesungguhnya aku betul-betul tak tahu macam mana lagi mahu keluar dari kebuntuan itu.
‘’Bukan ke kau seorang yang baik,tapi kenapa kau sanggup biar aku tersepit macam ni?’’ Kataku lemah. Otakku seperti terus berhenti berfungsi ketika itu.
‘’Orang yang baik juga mempunyai perasaan,Ariana.’’ Ujar Firdaus kepadaku. Aku terdiam,tidak menyahut kata-katanya.Aku memulas tombol pintu dan terus keluar dari situ,dengan keadaan mentalku yang terhuyung-hayang memikirkan nasibku selepas ini.

Monday, 19 May 2014

Sekali Ini Saja 20

ENAM tahun dahulu....
‘’Kau tengah makan apa tu? Asyik cup-cap-cup-cap saja dari tadi aku dengar.’’ Soal Firdaus ketika kami berbual-bual pada malam itu.
‘’Kacang.’’ Balasku seraya menyuakan lagi kacang tanah ke dalam mulutku.
‘’Kacang?’’ Firdaus ketawa kecil. ‘’Ketam pun pandai makan kacang ke?’’ Usiknya.
‘’Biarlah. Sibuk saja katak puru ni!’’ Aku berpura-pura marah.
‘’Haha,sabar Ms. Crab.Tak baik marah-marah dalam bulan puasa ni.Nanti pahala puasa tu berkurangan pula.’’
‘’Siapa yang buat aku marah.Dasar katak puru.’’ Dengusku.
Firdaus ketawa lagi. ‘’ Cepat melenting,tu yang buat aku syok nak kacau kau.’’
‘’Whatever.’’ Balasku kemudiannya.
Firdaus diam seketika sebelum kembali berkata-kata.
‘’Ria…’’
‘’Apa?’’
‘’Aku cemburu dengan kau.’’
‘’Apasal pulak?’’
‘’Sebab kau boleh makan apa-apa saja yang kau suka. Kacang especially.’’
Kunyahannya terhenti.Kali ini giliran aku pula yang ketawa.
‘’Apa jenis alasan yang kau bagi ni. Pasal kacang pun kau nak jealous ke. Kalau kau nak makan kacang pergi beli sajalah. Takkanlah anak orang kaya macam kau ni tak mampu nak beli kacang yang baru berapa sen tu.’’
‘’Bukannya masalah duit ke apa,tapi masalahnya aku yang tak boleh makan kacang.’’
‘’Kenapa pula kau tak boleh makan?’’
‘’Sebab aku hampir mati bila makan benda tu dulu.’’
Tersentak aku apabila mendengar apa yang dikatakannya.
‘’Hampir mati?’’
‘’Masa aku kecil-kecil dulu,kalau tak silap aku semasa aku berusia tujuh tahun,aku termakan kacang yang kawan aku bawa dari rumah dia. Akibatnya,lepas tu aku tiba-tiba rasa pitam dan badan aku menggeletar.Aku terus pengsan. Bila aku sedarkan diri,tengok-tengok aku sudah ada di hospital. Mama aku beritahu nasib baik aku cepat dikejarkan ke hospital,kalau tidak sudah pasti nyawa aku sudah melayang.Rupa-rupanya aku mengalami alahan yang teruk terhadap kacang.Memang aku tak boleh makan kacang langsung,bahkan bahan-bahan yang diperbuat dari kacang pun tak boleh. Sejak dari hari tu,mama aku langsung tak letak bahan-bahan yang mengandungi kacang di rumah.Dia begitu berhati-hati agar kejadian sama tidak berulang lagi,sehinggalah dia meninggal dunia.Dan aku juga sehingga besar panjang sekarang ni,langsung tak pernah makan kacang lagi.’’
‘’Mama kau tak tahu ke yang kau memang tak boleh makan kacang sebelum kau jatuh pengsan tu?’’
‘’Mama aku tu memang tak tahu.’’
‘’Macam mana pula mama kau boleh tak tahu? Bukan ke dia yang jaga kau dari kecil?’’ Aku masih tak berpuas hati.
‘’Sebenarnya mama yang aku maksudkan tu adalah orang gaji aku.’’
‘’Orang gaji kau?’’ Aku terkejut.
‘’Ya. Dia mula menjaga aku sejak aku berusia enam tahun.Sebenarnya,ibu kandung aku dah meninggal sejak aku masih kecil lagi.Jadi sejak mama menjaga aku selepas kematian ibu,aku dah anggap orang gaji aku tu sebagai mama aku sendiri. Lagipun dia sendiri sayangkan aku macam anak dia.Tapi sayangnya,dia meninggal terlalu awal,masa aku berumur lapan tahun. Masa dia meninggal tu memang aku menangis-nangis,sedih sangat. Papa pun terlalu sibuk dengan perniagaannya,tak ada masa nak jaga aku.Akhirnya papa hantar aku tinggal di rumah Pak Long,dan selepas itu barulah aku boleh terima kenyataan tentang kematian mama.’’ Cerita Firdaus panjang lebar.Kedengaran nada sedih pada nada suaranya ketika menceritakan hal itu sehingga mengundang simpatiku.
‘’Maafkan aku ya sebab terpaksa buatkan kau kenang balik hal-hal lama itu.’’ Aku terasa bersalah pula kerana membangkitkan kembali memori silamnya yang sedih itu.
‘’Tak apa.Lagipun kalau aku tak ceritakan kat kau pun,aku memang sentiasa teringatkan mama aku tu. Sejak kejadian aku dimasukkan ke hospital itu,aku sentiasa ingat pesanan mama agar tidak memakan kacang.Dulu masa aku sekolahlah yang paling teruk dugaan yang terpaksa aku hadapi. Kawan-kawan aku,masa belajar dan ulangkaji,semua asyik mengunyah kacang saja masa tu. Kacang tu kiranya jadi makanan ringan dioranglah.Akulah yang terpaksa menelan air liur setiap kali tengok mereka makan kacang tu. Nampak sedap saja kacang tu,tapi nak buat macam mana.Tak boleh makan kan.’’
Aku terdiam seketika seraya meletakkan plastik berisi kacang itu jauh daripadaku.
‘’Kalau macam tu sekarang ni pun aku tak mahu makan kacanglah.’’
‘’Eh,kenapa pula? Makan sajalah. Jangan risau.Aku okey.’’
‘’Tak apa.Plus aku memang dah hilang selera lepas dengar cerita kau tu.’’
‘’Kenapa? Sebab cerita aku sedih sangat? Tak menyangka yang seorang lelaki bernama Tengku Firdaus Amsyar juga mempunyai sejarah silam yang menyakitkan di sebalik personalitinya yang baik dan peramah ni?’’
‘’Baik? Peramah?’’ Aku mencebik bibir. ‘’Perasan!’’
‘’Eh,memang aku ni peramah pun okey.Kalau tak ,tak adalah aku cakap dengan kau sekarang ni.’’
‘’Eh?!’’
‘’Eh?!’’
‘’Eh?!’’
Kami terus berulang-ulang menyebut perkataan ‘Eh?!’’ ketika itu sehingga akhirnya kami ketawa bersama-sama.Dan aku tidak menyangka,hari ini aku terpaksa berhadapan dengan situasi di mana aku harus menyelamatkan Firdaus dari memakan benda yang boleh meragut nyawanya itu!

‘’FIRDAUS,jangan!’’ Aku terus menolak donat yang sudah separuh masuk ke dalam mulut Firdaus,dan secara tak sengaja aku tertampar wajahnya.Donat itu terjatuh di atas lantai.Semua orang terkejut dengan tindakanku yang drastik itu,termasuklah Firdaus sendiri. Dia mengusap-ngusap pipinya yang merah bekas ‘tamparanku’ tadi,dan merenungku tajam,seakan meminta penjelasan di atas perlakuanku tadi.
‘’Hei,apa yang kau buat ni hah!’’ Jerkah Nazrul seraya menolakku kasar. Aku terdorong beberapa langkah ke belakang sebelum jatuh tersungkur ke atas lantai.
Nazrul merenungku bagai singa lapar yang mahu menelan mangsanya. Masih tidak berpuas hati,dia menghampiriku dan mencengkam kedua-dua belah bahuku dengan kuat.
‘’Kau ni kenapa hah? Apa yang kau tak puas hati sangat sampai ke tahap nak menampar orang? Kau sedar tak Firdaus tu siapa? Mentang-mentanglah dia baik dengan kau selama ni,suka-suka hati kau saja nak buat macam-macam dengan dia kan!’’ Tempik Nazrul di hadapan mukaku.
‘’Sakitlah!’’ Jeritku padanya kembali. Cengkaman tangannya yang kuat pada bahuku menyakitkanku. Nazrul mendengus kasar seraya melepaskan cengkamannya dan menolakku sehingga aku tersungkur sekali lagi. Kakiku terasa semakin sakit.Namun aku cuba menguatkan diriku dan cuba untuk bangun.Firdaus seperti menyedari kesakitan yang kualami dan cuba membantuku.
‘’Ariana,awak tak apa-apa ke?’’ Firdaus menghulurkan tangannya kepadaku tetapi ditepis oleh Nazrul.
‘’Woi Firdaus. Kau tak ingat dah ke apa yang dia dah buat kat kau tadi? Yang kau nak tolong dia lagi tu kenapa? Biarlah dia bangun sendiri!’’
‘’Dia tengah sakit tu kan! Takkan nak tengok saja!’’ Bantah Firdaus.
‘’Biarlah! Siapa suruh dia tampar kau? Dia ingat dia tu siapa? Dasar perempuan tak sedar diri!’’ Cemuh Nazrul kepadaku. Aku rasa maruahku sudah betul-betul tercalar pada ketika itu. Di hadapan semua orang,Nazrul menghinaku seperti sampah. Sama seperti apa yang dia lakukan padaku bertahun-tahun dahulu. Air mata sudah bergenang di kelopak mataku tetapi aku tetap bertahan.Aku tak rela air mataku jatuh di hadapan lelaki tak guna ini.
Perlahan-lahan aku cuba berdiri dan akhirnya aku berjaya. Di tengah-tengah kekecohan itu,Tengku Yusrizal muncul bersama isterinya.
‘’Ada apa bising-bising ni?’’ Soal Tengku Yusrizal,hairan dengan situasi tegang itu.
Nazrul tersenyum sinis. ‘’Tanyalah kat pekerja kesayangan papa ni apa yang dia dah buat pada Firdaus!’’
Tengku Yusrizal mengalih pandang padaku. ‘’Apa yang sedang berlaku ni,Ariana?’’
Aku menarik nafas seraya berkata. ‘’Saya tertampar Encik Firdaus.’’
Ringkas saja jawapanku,tetapi sudah cukup untuk mengundang rasa terkejut pada Tengku Yusrizal dan isterinya yang tidak kuketahui namanya itu.
‘’Kenapa awak buat macam tu?’’ Soal Tengku Yusrizal padaku,meminta kepastian.
‘’Sebab dia memang tak suka dengan Nazrul dan Firdaus,papa.’’ Belum sempat aku menjawab,Nazrul sudah berkata-kata bagi pihakku.
Tengku Yusrizal mengerutkan dahi. ‘’Apa maksud kamu,Nazrul?’’
‘’Dari hari pertama Nazrul ada di pejabat,Ariana ni memang dah tak suka kat Nazrul. Dia asyik cari pasal saja dengan Nazrul dan bercakap menggunakan kata-kata yang tak sepatutnya digunakan oleh seorang pekerja dengan orang atasannya. Dia langsung tak menghormati Nazrul sebagai Pengarah Urusan Cemerlang Holdings,papa. Sebab dia tahu yang Nazrul tak macam papa dan tak akan tertipu dengan perangainya yang pura-pura baik itu,padahal bukan baik mana pun.Dengan Firdaus pun dia buat perkara yang sama. Cuma sebab Firdaus ni melayan dia dengan baik,jadi sebab itu dia ingat dia boleh pijak kepala Firdaus. Dia boleh buat apa saja yang dia suka,sampai dia berani menampar Firdaus di khalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan keluarga kita di hadapan business partners papa. Bila reputasi kita jatuh,dia pun gembiralah. Betul tak,Cik Nur Ariana Abdullah?’’
Kata-kata Nazrul itu umpama petir yang menyambar diriku bertalu-talu.Aku tidak menyangka sebegitu teruk perspeksinya terhadap diriku selama ini.Walhal aku merasakan aku tidak pernah melampaui batas walaupun aku akui aku sering menyindirnya.Aku tetap menghormatinya sebagai bosku dan tetap berusaha untuk bekerjasama denganku sebaik yang kumampu walaupun aku tidak menyukainya.Dengan Firdaus juga sama. Aku betul-betul merasakan diriku dianiayai pada waktu itu.
‘’Betul ke apa yang Nazrul cakap tu,Ariana?’’ Tengku Yusrizal bertanya padaku.Aku merenung wajah Nazrul dan Firdaus silih berganti. Firdaus kelihatannya bersimpati padaku,tetapi dia juga tidak mampu berbuat apa-apa.Sementara Nazrul tersenyum puas. Mungkin gembira kerana dapat melunaskan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Aku menghela nafas panjang sekali lagi seraya menggeleng-geleng.
‘’Saya rasa saya sudah tiada hak untuk berkata apa-apa lagi di sini. Saya rasa Tengku Yusrizal lebih mengenali saya dan Encik Nazrul,dan lebih tahu untuk membezakan siapa yang salah, siapa yang benar. Tetapi kalau Tengku Yusrizal nak pecat saya disebabkan oleh perkara ini,saya terima. Sebab saya sedar siapa diri saya. Saya ni hanya orang yang makan gaji di syarikat Tengku Yusrizal.Siapalah saya kan hendak berlawan dengan orang yang lebih berkuasa daripada saya.’’ Aku tidak mengiyakan atau menidakkan kata-kata Nazrul.
Sebelum aku pergi,aku menoleh dan memandang wajah Firdaus.
‘’Firdaus,jangan makan donut tu.’’ Pesanku kepadanya.Firdaus kelihatan terkejut.
‘’Kenapa?’’ Soal Firdaus kembali.
‘’Ada mentega kacang dalam tu!’’ Balasku kembali.
Kata-kataku itu mengejutkan Tengku Yusrizal,isterinya dan Nazrul. Nazrul segera mencapai donut yang terjatuh itu dan membelahnya kepada dua. Wajahnya berubah apabila melihat mentega kacang di dalam donut itu.Nazrul mengalihkan pandangannya kepada ibu bapanya dan Firdaus.Kemudian Firdaus memandangku kembali dengan pandangan yang sukar untuk kutafsir.Aku tersenyum nipis kepadaku dan terus berjalan keluar dari rumah itu.
Entah kenapa ketika itu,aku berasa lega yang teramat sangat.Rasa bersalahku pada Firdaus selama ini bagaikan sudah hilang ditiup angin. Tidak pernah aku merasakan hati aku selapang ini sejak kemalangan Firdaus bertahun-tahun yang lalu.
Mungkin aku memperoleh ketenangan ini kerana tadi aku sudah menyelamatkan nyawanya. Jadi,dengan apa yang kulakukan,aku sudah berjaya menebus kesalahanku kerana menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan dulu.

‘’TAPI disebabkan kau cuba nak selamatkan dia,kau pula yang ditimpa masalah,Ariana.Tak pasal-pasal kau kena fitnah dengan si Hitler Nazrul tu dan yang paling teruk sekali,kau mungkin akan dipecat dari Cemerlang Holdings.’’ Bebel Nadia setelah aku menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku.
‘’Aku dah tak kisah,Nadia. Mungkin selepas ni,rezeki aku bukan di Cemerlang Holdings.’’ Kataku selamba.
‘’Kau masih boleh relaks setelah apa yang berlaku,Ariana? Kagumnya aku tengok kau ni. Belum pernah aku tengok orang yang masih boleh duduk goyang kaki walaupun dia tahu yang dia mungkin akan dipecat bila-bila masa saja.’’ Nadia menggeleng-gelengkan kepalanya.Aku senyum seraya memeluk bahunya.
‘’Biarlah,Nadia. Lagipun aku memang dah tak tahan nak kerja dengan si Nazrul tu.Mulut dia tu macam longkang tahu tak.Dari dulu sampai sekarang sama saja,asyik nak menyakitkan hati aku saja.Nampaknya dia tu memang ditakdirkan untuk membenci aku sejak dia lahir dalam dunia ni,tak kiralah sama ada dia kenal aku sebagai Ria di alam telefon atau Nur Ariana Abdullah di alam sebenar.’’ Keluhku.
‘’Habis,kau nak biar diri kau dipecat macam tu saja?’’
‘’Biarlah. Dari aku terpaksa nak menderita setiap kali berdepan dengan mereka berdua. Parut lama dalam hati aku ni akan kembali berdarah setiap kali aku melihat Nazrul dan Firdaus,Nadia.’’
Nadia terdiam seketika sebelum akhirnya dia tersenyum,menyetujui kata-kataku itu.
‘’Kalau itulah pendapat kau,aku sokong kau Ary.Tambahan pula,aku pun tak sanggup nak tengok kau terseksa macam dulu. Kalau nak diikutkan aku pun bersalah sebenarnya sebab aku yang memperkenalkan kau dengan Firdaus dulu dan seterusnya membuatkan kau terjebak dalam perangkap si Hitler Nazrul tu.Tapi tulah...’’ Nadia mengeluh.
‘’Aku macam sedih sikit sebab bila kau dah tak kerja di Cemerlang Holdings,makin kuranglah peluang aku nak bertemu dengan abang senior aku yang handsome tu.’’
‘’Eleh,mengada-ngada.’’ Aku mencebik. Nadia tersengih.
‘’Jadi sekarang macam mana? Kau nak cari kerja kat mana pula lepas ni?’’
Aku menjungkit bahu,tanda aku sendiri tidak pasti.
‘’Entahlah.Aku ingat lepas aku dapat surat berhenti kerja tu barulah aku nak fikir.’’
‘’Kau tak nak kerja dekat tempat aku ke? Aku boleh tolong recommend.’’ Nadia menawarkan bantuannya.
‘’Tak payahlah. Nanti aku sakit mata pula tengok kau dengan Adnan bermesra-mesra depan aku.Masa tu mulalah ringan mulut aku nak cakap benda-benda yang akan sakitkan hati korang.’’ Kataku selamba.
‘’Kau ni kan,tak baik tau Ary. Tahulah kan yang kau memang tak suka aku dengan Adnan. Kau tu memang benci kat aku kan.’’ Nadia membuat muka cemberutnya.
‘’Aku bukannya benci pada kau,tapi aku benci pada hubungan yang terjalin antara kau dengan Adnan.Tak kiralah kau nak puji dia sampai tinggi melangit macam mana pun,aku tetap tak yakin dengan dia. Aku harap kau faham,Nadia.’’
Nadia terdiam apabila mendengar kata-kataku. Selepas itu kami tidak membincangkan soal itu lagi. Mungkin Nadia sendiri sudah putus asa untuk membuatkan aku merestui hubungannya dengan Adnan. 

Penulis : Next update will be on Friday. Stay tuned :)

Monday, 12 May 2014

Sekali Ini Saja 19

Penulis : Hadiah 2 chapter in a day. Hope you guys enjoy it although this chapter is quite short :)

‘’ARIANA,tolong masuk bilik saya sekejap.’’
          Entah kenapa,suara Nazrul pada pagi itu kedengaran begitu sopan sekali. Dia mengarahku dengan nada yang cukup lembut,tidak menengking-nengking seperti kebiasaannya.Aku pun menuju ke biliknya dengan seribu persoalan kerana keanehannya pada kali ini pasti mempunyai sebab yang tersendiri. Tidak mungkin dia akan berbuat baik kepadaku secara tiba-tiba,apatah lagi sejak gosip tentang perbualan aku dan Firdaus tempoh hari sudah tersebar secara meluas di seluruh Cemerlang Holdings. Nazrul yang aku kenal tidak mungkin akan menyenangi perkara itu dan dia akan berbuat apa saja untuk menjatuhkan aku selagi aku tidak menjauhi sepupu kesayangannya itu.
       Contohnya,sejak peristiwa aku dan Firdaus tempoh hari,Nazrul sering mengarahkan aku bekerja di luar pejabat. Boleh dikatakan masa aku banyak dihabiskan di tapak pembinaan,melakukan kerja yang ada kalanya bertentangan dengan tugas sebenar aku. Walaupun aku berasa tidak puas hati dengan tindakan Nazrul yang seakan-akan mahu menganiayaiku,tetapi dalam masa yang sama aku terpaksa akur kerana aku merasakan itu adalah salah satu cara yang terbaik untuk aku menjauhkan diri daripada Firdaus. Apatah lagi sejak kebelakangan ini Firdaus sudah jarang sekali bercakap denganku.Jadi sudah pasti suasana akan menjadi lebih kekok kalau kami sering terserempak dalam keadaan tak bertegur sapa seperti itu di pejabat.
      Dan…. Jeng jeng jeng ! Nazrul bercakap baik padaku pada pagi itu memang disebabkan ada udang di sebalik batu. Kerana Tengku Yusrizal ada bersamanya di dalam pejabat itu!
      ‘’Hai,pekerja kesayangan saya ! How are you doing?’’ Tengku Yusrizal menyapaku mesra.Aku terkejut melihat kehadirannya yang secara tiba-tiba itu.
      ‘’Saya macam biasalah,baik-baik saja. Tengku Yusrizal buat apa kat sini? Nak ambil alih jawatan pengarah urusan balik ke?’’ Soalku gembira tanpa mempedulikan kehadiran Nazrul di situ. Aku dapat merasakan panahan mata yang tajam daripada Nazrul,tetapi aku buat-buat tidak perasan dan duduk di hadapan Tengku Yusrizal di atas sofa.
      Tengku Yusrizal ketawa apabila mendengar pertanyaanku.
      ‘’Ada-ada sajalah awak ni,Ariana. Tak adalah,saya saja datang melawat. Nak tengok bagaimana perkembangan syarikat sepanjang ketiadaan saya. Jadi,macam mana dengan Cik Project Manager di hadapan saya ? Senang tak nak berurusan dengan Pengarah Urusan baru di Cemerlang Holdings ni?’’
      Aku menjeling ke arah Nazrul seraya tersenyum sinis.  ‘’Saya gembira Tengku,kerana dapat bekerjasama dengan Pengarah Urusan baru syarikat kita ni. Encik Nazrul ni dahlah baik! Bertimbang rasa! Prihatin terhadap pekerja-pekerja bawahannya! Pokoknya,senanglah nak berurusan dengan Encik Nazrul ni.’’ Aku menekankan semua ciri-ciri palsu yang aku sebutkan mengenai Nazrul. Dalam hati,aku ketawa terbahak-bahak. Pasti Nazrul sedang sibuk memaki hamun aku sekarang ini.
     ‘’Yakah? Macam tak percaya pula yang anak bujang saya ni berperangai macam tu. Selama ni bukan main garang lagi. Asyik nak marah saja tak kira tempat. Tak sangka pula bila Nazrul bekerja di sini sikap Nazrul pun berubah sekali.’’ Kata Tengku Yusrizal.
     ‘’Manusia perlu melakukan perubahan untuk berjaya,kan papa?’’ Ujar Nazrul pula yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Sambil-sambil itu dia sempat menghadiahkan jelingan tajam kepadaku. Aku berpura-pura memandang ke tempat lain.
     ‘’Betul apa yang kamu cakap tu,Nazrul.’’ Tengku Yusrizal mengangguk-angguk.  ‘’Oh ya,bercakap pasal perubahan ni,saya tengok muka awak ni macam berubah sikitlah,Ariana. Kulit muka awak macam jadi lebih gelap,dan awak pun nampak letih saja. Banyak sangat kerja ke yang anak saya ni beri pada awak?’’
     Aku berasa terkejut. Tidak kusangka Tengku Yusrizal akan menegur perubahan pada wajahku yang aku sendiri tidak pernah kisah. Semalam pun Nadia sudah berleter padaku apabila melihat kulit mukaku sudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Nadia siap mempromosikan beberapa bahan penjagaan kulit untuk kucuba.
     ‘’Tak adalah,Tengku. Kerja saya macam biasa saja. Cuma,sejak kebelakangan ni saya banyak menghabiskan masa dekat tapak projek. Tu yang kulit pun jadi gelap. Kena pancaran cahaya matahari banyak sangat.’’ Beritahuku kepada Tengku Yusrizal.Dan semua ni berlaku kerana anak kesayangan Tengku yang macam Hitler ni,kutukku seraya menjeling ke arah Nazrul. Kali ini giliran Nazrul berpura-pura menoleh ke arah lain.
    ‘’Tak bolehlah macam tu,Ariana. Awak tu perempuan. Muka awak tu adalah aset terpenting awak. Wajah awak tu dah cantik,sayang kalau tak jaga elok-elok. Awak tu masih muda lagi.’’ Nasihat Tengku Yusrizal.Aku terasa malu pula apabila ditegur sebegitu. Apatah lagi di hadapan lelaki bermuka toya yang bernama Nazrul yang sekarang ini sedang menayang senyum sinisnya kepadaku. Cis,tak guna!
        ‘’Baiklah,Tengku.Saya akan ingat pesanan Tengku tu.’’ Akhirnya aku terpaksa akur.
       ‘’Saya nasihat awak ni bukan sebab nak tunjuk pandai ke apa,tapi sebab saya dah anggap awak macam anak saya sendiri. Jadi kalau ada sebarang perubahan yang tak menyenangkan pada diri awak,kenalah saya tegur. Saya tak naklah nanti anak emas saya ni kena kutuk dengan orang pula kan.’’ Tengku Yusrizal cuba menghiburkan hatiku kembali. Aku tersenyum kelat kepadanya seraya mengangguk.
        ‘’Papa,how about tonight? Berapa ramai business partner papa yang akan datang?’’ Soal Nazrul kepada Tengku Yusrizal.
        ‘’Hermm…. Maybe about twenty people. Oh ya Ariana,why don’t you join us tonight?’’
        ‘’Apa?’’ Mata Nazrul terbuntang mendengar cadangan Tengku Yusrizal. Macam dirinya terkena kejutan elektrik.  ‘’Kenapa papa ajak dia ke party malam ni pula? Kan majlis ni hanyalah untuk business partner papa saja.’’
        ‘’Memanglah,tapi mereka pun ada bawa anak-anak dan isteri-isteri mereka. Bahkan ada seorang business partner papa tu nak bawa setiausahanya datang. Jadi apa salahnya kalau Ariana menyertai kita pada malam ini. Bolehlah papa kenalkan pekerja papa yang paling berdedikasi dan komited kepada diorang. Lagipun ada di antara mereka tu yang memang dah kenal dengan Ariana bila syarikat kita menjalinkan kerjasama dengan syarikat mereka.’’
       ‘’Tapi….’’ Aku dan Nazrul berkata serentak. Kata-kata kami terhenti seraya memandang antara satu sama lain. Terpancar keresahan pada anak mata Nazrul. Nampak sangat dia tak menyukai cadangan yang diutarakan oleh Tengku Yusrizal untuk mengundang aku menyertai majlis yang penuh dengan ahli-ahli korporat itu.
      Dan begitu juga aku. Sedangkan majlis penganugerahan aku sendiri pun aku malas nak pergi,inikan pula nak pergi ke majlis-majlis yang dipenuhi oleh ahli-ahli perniagaan yang topik perbualan mereka hanya mengenai wang. Okey,aku memang suka duit,tapi aku tak suka orang kaya! Jadi aku memang takkan pergi ke majlis-majlis macam ni. Takkan pernah!
       ‘’Maaf Tengku,tapi saya rasa mungkin saya tak dapat pergi.’’ Akhirnya aku terpaksa membuka mulut.
         ‘’Kenapa pula?’’ Soal Tengku Yusrizal.
         ‘’Err… sebab saya ada hal malam ni.’’ Ujarku tergagap-gagap. Sukar rasanya mahu bercakap bohong di hadapan lelaki yang sangat kuhormati itu.
         ‘’Tak boleh batalkan ke?’’ Tanya Tengku Yusrizal tegas.Ah,susahnya!
         ‘’Tak boleh,Tengku. Sebab hal ni memang betul-betul penting. Tak boleh kalau tak disiapkan hari ni.’’ Ujarku cuba meyakinkan Tengku Yusrizal.
         ‘’Kalau pasal pelan projek perumahan tu,esok pun awak boleh siapkan.’’
         Tiba-tiba Nazrul berkata sedemikian,sesuatu yang aku tidak fahami.Aku terpinga-pinga. Pelan perumahan? Pelan apa pula ni?
         ‘’Papa,sebenarnya Nazrul yang suruh Ariana kerja lebih masa malam ni untuk siapkan satu pelan perumahan yang dekat Bangsar tu.Tapi memandangkan yang papa begitu bersungguh-sungguh nak ajak Ariana ke majlis malam ni,tak apalah. Pelan tu bila-bila pun boleh disiapkan. Lagipun,Ariana kan pekerja papa yang paling berkomited dan bertanggungjawab. Jadi,dia pasti akan dapat siapkan pada masa yang ditetapkan. Betul tak,Cik Arianaaa?’’ Nazrul menyebut namaku panjang. Dia memandang ke arahku lalu menghadiahkan senyuman yang paling keji yang pernah aku lihat terukir di bibir seorang manusia. Peluh mula menitik pada bajuku. Tak guna,dia sengaja nak memerangkap aku!
        ‘’Oh,kalau macam tu masalah dah selesailah. Ariana boleh join kita malam ni.’’ Kata Tengku Yusrizal dengan nada gembira.
        ‘’Ya,Tengku.’’  Aku tersenyum nipis,padahal dalam hati hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu bagaimana perasaanku.
        Sebaik Tengku Yusrizal beredar,aku terus berdiri di hadapan Nazrul dengan muka bengis.
        ‘’Apa tujuan Encik Nazrul cakap macam tu tadi?’’ Soalku dengan nada suara yang cuba kutahan sedaya upaya. Kalaulah tak mengenangkan lelaki di hadapanku ini adalah Pengarah Urusan syarikat ini dan juga anak kepada Tengku Yusrizal,memang aku sudah meninggikan suara terhadapnya.
        ‘’Cakap apa?’’ Nazrul membuat muka bodoh. Aku semakin geram.
        ‘’Bila masa pula Encik Nazrul suruh saya kerja lebih masa malam ni? Dan kita mana ada projek perumahan kat Bangsar sekarang ni. Nak tipu pun agak-agaklah.’’
        ‘’Habis tu,yang kau tipu tadi tu betul sangatlah?’’
       ‘’Apa yang saya tipu?’’
       ‘’Yang kau perli-perli aku konon-kononnya aku baiklah,bertanggungjawablah dan prihatin sangat di hadapan papa. Kau memang sengaja nak buat aku nampak teruk di hadapan papa kan?’’
       ‘’Bila masa pula saya perli? Saya cakap benda yang baik-baik saja kan. Ada saya kutuk-kutuk Encik Nazrul? Takkan ? Lainlah kalau Encik Nazrul ni jenis manusia yang tak suka mendengar perkara-perkara yang baik,tu saya tak boleh nak kata apalah. Maklumlah,selama ni cakap pun tak pernah berlapik,tak kira sama ada apa yang Encik Nazrul cakap tu menyakiti pihak yang mendengarnya atau tidak. Asalkan Encik Nazrul puas hati,itu sudah cukup kan? Tak kisahlah perasaan orang lain terluka atau tak,lantak dioranglah,betul tak?’’ Tanpa kusedar,sekali lagi aku meluahkan apa yang telah terbuku di hatiku selama ini.Dan ternyata kata-kataku itu berjaya membuatkan Nazrul terdiam.
        Aku terus meninggalkan bilik itu bersama dengan hati yang runsing,memikirkan apa yang harus kulakukan untuk ‘bertahan’ pada malam ini. Melayan kerenah orang-orang kaya yang pastinya memeningkan kepala!

MALAM itu,aku hanya berpakaian serba ringkas. Seperti biasa,aku memakai baju kurung yang mencerminkan imejku sebagai seorang gadis Melayu dan aku mengikat rambutku dengan getah rambut berwarna biru tirus yang sepadan dengan warna baju kurungku. Dan atas paksaan Nadia,malam itu secara rasminya aku telah melanggar sumpahku sendiri untuk tidak sesekali memakai mekap !
          Pada mulanya aku tak mahu,tetapi apabila mengenangkan komen Tengku Yusrizal tentang wajahku petang tadi,aku terpaksa merelakan saja Nadia menyapukan segala macam toner,pelembap,krim dan apa-apa saja yang dia suka ke atas kulit mukaku. Tidak sanggup aku ditegur sekali lagi berkenaan perkara yang sama,apatah lagi kalau diketawakan oleh Hitler bernama Nazrul itu yang sememangnya seronok apabila melihat aku menderita.
          Dan hasilnya,aku sendiri bagaikan tidak percaya apabila melihat wajahku di cermin. Aku seperti berubah menjadi seseorang yang lain ; in a good way. Kulit wajahku tidak lagi kelihatan kusam,bahkan menjadi lebih berseri-seri dari selalunya.Aku mengelip-ngelipkan mataku berkali-kali,macam tidak percaya mekap Nadia boleh mengubah wajahku dalam sekelip mata.
          ‘’Amacam,cantik tak?’’ Soal Nadia.
          ‘’Hemm…not bad. Tapi,kau tak rasa keterlaluan sangat ke?’’ Tanyaku ragu-ragu.
          ‘’Keterlaluan apanya.Mekap kau ni mekap natural tahu tak. Bukannya aku buat muka kau ni macam opera Cina.’’ Leter Nadia kepadaku. Aku tersengih kepadanya.
          ‘’Yalah,terima kasihlah sebab tolong aku.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat,Nadia.’’ Aku memeluk bahu Nadia.
          ‘’Tahu tak apa.’’
          ‘’Err…. Nadia,nak minta pertolongan kau lagi boleh tak?’’
          ‘’Apa?’’
          ‘’Temankan aku pergi majlis malam ni?’’
          Nadia menggeleng.  ‘’Herrr….kalau yang tu,aku minta maaf.Memang aku tak dapat tolong kau. Tak sanggup aku nak berhadapan dengan Hitler kau tu.’’
          ‘’Alah,aku kan ada. Kau nak takut apa? Lagipun kat situ ramai orang. Bapak dia pun ada.Dia takkan berani buat apa-apa punya.’’ Aku berusaha untuk memujuk Nadia lagi. Bukannya apa,jika Nadia ada sekurang-kurangnya aku ada teman.
          ‘’Dulu pun masa dia marah budak perempuan tu kaw-kaw pun,ramai juga pelajar lain di sekeliling dia. Siap penolong kanan semua ada sekali. Tapi dia tak hairan pun. ‘’ Nadia mengungkit kembali cerita lama. Aku memuncungkan bibirku. Nampaknya,aku terpaksalah pergi tak berteman juga malam ni,keluhku dalam hati.
          ‘’Kirim salam kat Abang Firdaus tau.’’ Pesan Nadia sebelum keretanya meluncur laju keluar meninggalkan pekarangan banglo mewah tiga tingkat itu. Aku mengeluh. Terlupa pula aku tentang lelaki yang bernama Firdaus ini. Satu lagi masalah!
         Aku memerhati seketika halaman rumah itu yang luas,dihiasi pokok-pokok bunga di setiap penjuru untuk menceriakan suasana. Kelihatan deretan kereta mewah di tempat meletak kereta,menandakan tetamu yang diraikan pada malam itu sudah mula tiba satu-persatu. Aku menarik nafas.Aku mula ragu-ragu akan tujuan asalku. Adakah aku harus masuk ke dalam rumah atau aku terus cabut dari situ? Rasanya hatiku lebih cenderung untuk memilih pilihan yang kedua. Kalau Tengku Yusrizal tanya nanti,kata sajalah ada hal kecemasan,sebab tu tak boleh datang.Ah,kenapalah aku tak fikirkan idea ini dari tadi!
        ‘’Ariana….’’ Kedengaran suara seseorang menyapaku dari belakang. Aku terkejut apabila melihat Alia. Seperti biasa,Alia begitu seksi pada malam itu dengan memakai dress berwarna hitam separas paha yang menonjolkan bentuk tubuhnya yang persis model itu.Di sebelahnya pula terdapat seorang lelaki separuh usia yang memakai kot berwarna hitam.Lelaki itu aku kenali kerana dia adalah business partner Tengku Yusrizal yang pernah berurusan denganku.
       ‘’Oh,hai Alia.’’ Aku tersenyum pahit. Kehadiran Alia membantutkan rancanganku.
       ‘’You buat apa kat sini?’’ Soal Alia mesra. Sementara lelaki itu yang kukenali sebagai Datuk Jaafar hanya tersenyum padaku.
       ‘’Tengku Yusrizal jemput saya datang.Katanya ada majlis.’’
       ‘’Oh,kalau begitu samalah kita.Tengku Yusrizal ni business partner papa I. Papa,kenalkan,ni Ariana,kawan Alia. Ariana,kenalkan,ni papa I.’’
        ‘’Papa dah kenal dengan Ariana. Dulu kami pernah bekerjasama dalam satu projek. Ariana ni pekerja kesayangan yang paling dipercayai Tengku Yusrizal. Betul tak,Ariana?’’ Kata Datuk Jaafar mesra.
        ‘’Tak adalah,Datuk.Biasa-biasa saja.’’ Ujarku merendah diri.
        ‘’Alia,Pak Cik Jaafar,buat apa di luar ni?’’ Tiba-tiba suara Firdaus menampar telingaku.Aku menoleh.Firdaus kelihatan tampan sekali dengan kot yang dipakai dan rambutnya yang disisir rapi.Dia kelihatan lebih matang dan bergaya,sesuai dengan usianya yang sudah menjangkau 29 tahun.Hatiku tiba-tiba berdegup kencang apabila melihat penampilannya ketika itu.
       Firdaus yang tidak perasan akan kehadiranku di situ tadi terkejut apabila melihatku.Namun dia tidak berkata apa-apa,hanya menguntumkan senyuman buatku. Secara spontan,aku turut membalas senyumannya.Kemudian,aku mengikut langkah mereka memasuki banglo mewah yang sudah dihias indah itu. Apabila aku di dalam,aku terkejut dengan apa yang aku lihat.Aku memandang kepada pakaian semua tetamu wanita yang ada di situ,kemudian aku melihat pula diriku dari atas ke bawah.Masya-ALLAH,nampaknya di situ hanya aku saja yang memakai baju kurung atau dalam istilah lain yang lebih kasar,memakai pakaian yang sopan. Sementara tetamu yang lain termasuk mak-mak Datin yang sudah berusia separuh abad,fuhhh,pakaian mengalahkan Alia pun ada!
        ‘’Ariana,jom kita pergi ambil makanan.’’ Teguran Alia mengembalikan aku ke alam nyata.Sekali lagi aku hanya menurut langkahnya.Setelah selesai mengambil makanan,Alia meninggalkan aku buat seketika dan menemani Datuk Jaafar bergaul dengan tetamu-tetamu yang lain. Sementara aku hanya duduk termangu-mangu sendirian di satu sudut.
        Aku menjamah makananku sambil memerhati telatah tetamu-tetamu di situ.Sesekali aku berasa geli melihat gelagat orang-orang kaya yang kebanyakan sudah tua bangka itu. Yang perempuan,pakai seksi tu dah satu hal.Lepas tu asyik bergesel-gesel macam kucing miang dengan lelaki yang bukan suami mereka.Yang lelaki pun tak kurang juga hebatnya,termasuklah Datuk Jaafar sendiri. Mentang-mentanglah isterinya tiada di sisi,mulalah nak tunjuk belang.Alia pun nampaknya tidak kisah dengan gelagat bapanya.
        YA-ALLAH,manalah Tengku Yusrizal dan isterinya ni,aku berkata resah di dalam hati.Cepat-cepatlah sedikit mereka berdua muncul agar aku dapat menunjukkan mukaku di hadapan mereka dan pergi dari situ secepat mungkin.Rasa macam bersubahat pula berada di dalam tempat ni lama-lama.
       ‘’Hai,duduk sorang saja ke?’’ Tiba-tiba lelaki berkot putih itu muncul di hadapanku dengan senyum sinisnya.Aku mengeluh.Ibu bapanya yang aku harapkan,si anaknya pula yang muncul.Apalah malang nasib aku hari ni!
       ‘’Taklah,duduk berdua.’’ Jawabku malas. Aku tiada mood nak melayan Nazrul ketika itu. Aku sangkakan dengan jawapan loyar burukku itu dia akan beredar,tetapi sebaliknya pula berlaku. Dia duduk di sebelahku dan memandangku dari atas ke bawah. Tahu sangat aku apa yang dia akan cakap selepas ini.Pasti dia akan mengkritik cara pemakaianku.
       ‘’Kenapa kau pakai baj….’’
       ‘’Maaf,tapi saya tak ada baju seksi-meksi macam perempuan-perempuan kaya di sini pakai.Saya ni orang kampung,gadis Melayu terakhir. Jadi saya hanya pakai baju kurung saja.’’ Aku pantas memotong percakapannya.
           Wajah Nazrul berubah.Kelihatan riak tidak puas hati pada mukanya.
           ‘’Kau ni kan….’’
           ‘’Leave her alone,Nazrul.’’
           Baru saja Nazrul mahu membidas kata-kataku,Firdaus mencelah.Aku melihat di tangannya terdapat pinggan yang penuh berisi makanan.
          ‘’Tapi kau tengoklah dia ni!’’ Nazrul cuba mendapatkan pembelaan daripada Firdaus.
          ‘’Dia tak kacau kau pun kan. Kau pun janganlah kacau dia.’’ Balas Firdaus.Muka Nazrul masam mencuka apabila tidak mendapat reaksi yang diharapkan daripada Firdaus.Dia terus bangun dan meninggalkan kami berdua.Firdaus mengalihkan pandangannya kepadaku.
          ‘’Jangan pedulikan sangat apa yang Nazrul cakap.Perangai dia memang macam tu.’’ Ujar Firdaus.
          ‘’Ya,aku tahu.’’ Aku cuba bersikap selamba,walhal dalam hatiku resah dan gelisah mula bercampur-aduk.Buat kali pertama setelah pertengkaran kami tempoh hari,aku dan Firdaus bercakap seperti ini. Dan seperti yang aku jangka,suasana pasti akan menjadi kekok.
          Bagai memahami situasi diriku,Firdaus menyambung, ‘’Tak apalah,saya pergi melayan tetamu yang lain dulu ya.’’
          ‘’Oh,okey.’’ Hatiku berasa sangat lega apabila Firdaus beredar dari situ. Aku kembali mengunyah makanan yang kuambil tadi.Ketika aku makan sebiji donut yang bersalut krim putih di sekelilingnya,kunyahanku terhenti. Aku melihat isi yang terdapat di dalam donut itu.
          Mentega kacang,desis hatiku.
          Entah kenapa,hatiku tiba-tiba terasa berdebar-debar.Aku segera meletakkan pingganku di atas meja dan mencari Firdaus di sekeliling ruang tamu itu. Kemudiannya aku terlihat kelibat Firdaus bersama Nazrul sedang berbual-bual sesama mereka. Dan yang membuatkan jantung aku bagaikan hendak tercabut,Firdaus sedang menghalakan donut berisi mentega kacang yang sama jenis seperti yang kumakan tadi ke dalam mulutnya!