‘’SO,how’s
your day?’’ Soal Nadia ketika aku baru saja menutup pintu rumah. Sejak aku
memberitahunya tentang Firdaus yang kini bekerja di pejabatku,dia begitu teruja
sekali mahu mendengar perkembangan harianku.
‘’Kau rasa dengan kehadiran dua orang senior kau yang gila tu,aku boleh
hidup tenang ke?’’ Aku mengajukan pertanyaan kembali. Aku menanggalkan stoking
dan duduk di atas sofa. Mahu melepaskan lelah.
‘’Apa yang diorang buat?’’ Ujar Nadia tak sabar-sabar. Dia duduk di
sebelahku dan memandangku dengan mimik muka keanak-anakannya.
‘’Macam biasalah. Yang sorang tu tak habis-habis nak kacau aku. Yang
sorang lagi tu pula tak habis-habis nak kenakan aku. Menyusahkan betul diorang
tu. Keras kepala betul.’’ Rungutku. Itulah situasi yang terpaksa kulalui sejak
beberapa minggu Firdaus bekerja di Cemerlang Holdings. Lelaki itu sering
mencari kesempatan untuk cuba berbual denganku walaupun aku cuba
menghindarinya. Nazrul pula macam biasalah. Tak habis-habis nak tuduh aku ada
skandal dengan bapanya. Lama-lama sampai aku jadi malas nak menafikan lagi.
Nadia ketawa. ‘’ Sesuailah dengan
kau. Sama-sama degil dan tak mahu mengalah. Bolehlah jadi kawan baik dunia dan
akhirat.’’
Aku mempamerkan wajah jelek. ‘’
Dengan Firdaus dan Nazrul? Oh
please,never! ‘’
‘’Orang tua-tua kata,jangan nak tolak sangat benda yang kita tak suka.
Lama-lama nanti silap-silap benda tu pulak yang melekat kat kita. Macam kaulah.
Asyik kata benci,menyampah semua dengan Nazrul dan Firdaus. Tapi silap hari
bulan nanti,salah seorang daripada diorang pula yang akan jadi suami kau. Masa
tu baru kau tahu.’’
‘’Aku takkan ada komitmen dengan mana-mana
lelaki pun,Nadia. Even as a husband.’’
Jawapanku mematikan ketawa Nadia. Dia merenungku sebelum mengeluh panjang.
‘’Sampai bila kau nak jadi macam ni,Ary?’’ Soalan yang acap kali ditanya
oleh Nadia itu diutarakan kembali kepadaku.
Aku bangun dari dudukku. ‘’Sampai
bila-bila.’’ Jawabku ringkas. Jawapan yang sama kuberikan setiap kali Nadia
bertanyakan soalan itu.
Nadia terdiam.Aku tersenyum seraya mengusap bahu Nadia.
‘’Don’t worry,okay. I will be fine.’’
Nadia mengangkat wajahnya,memandang wajahku. ‘’Sampai bila kau nak terus menolak kehadiran
lelaki dalam kehidupan kau,Ary? Bukan semua lelaki jahat seperti yang kau fikirkan.
Bukan semua lelaki sama macam ayah kau.’’
‘’I know. Tapi tak semua
lelaki tu baik juga kan. Jadi untuk apa aku mengambil risiko?’’ Aku terus
mempertahankan pendapatku.
‘’Kalau tak berani mengambil risiko,apa gunanya hidup dalam dunia ni?
Semua di dalam dunia ni ada risikonya yang tersendiri,Ariana. Hanya orang yang
berani mengambil risiko saja akan berjaya. Bukankah itu yang pernah kau
beritahu aku dulu,Ary?’’ Nadia membidas kembali kata-kataku.
Giliran aku pula terdiam. Tidak kusangka kata-kata yang pernah kuungkap
dulu akan memerangkap diriku kembali.
‘’ARIANA,Encik Firdaus suruh awak hantar
dokumen ni ke bilik dia.’’ Kata Amar,akauntan Cemerlang Holdings seraya meletakkan fail berwarna biru itu ke
atas mejaku.
Aku mengerutkan dahi. ‘’ Fail apa ni?’’
‘’Dokumen kewangan syarikat ni.’’ Beritahu Amar ringkas.
‘’Tak ada kena mengena pun dengan aku. Kau pergilah hantar.’’
‘’Memanglah aku tadi dah nak hantar. Tapi Encik Firdaus kata dia nak kau
yang pergi bagi benda ni kat dia.’’ Jelas Amar.
‘’Menyusahkan betullah dia ni.’’ Rungutku. Amar tersenyum mendengarnya.
‘’Alah,Encik Firdaus suka kat kaulah tu. Tu yang asyik cari alasan nak
jumpa dengan kau.’’ Usik Amar. Aku menjeling tajam kepadanya. Terus senyumannya
mati. Aku mendengus seraya mengambil fail di atas mejaku itu dan menuju ke arah bilik Firdaus.Memang setiap kali inilah
yang berlaku. Firdaus akan sentiasa mencari muslihat agar aku akan bertemu
dengannya. Aku terus meluru masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
‘’Nah!’’ Aku melemparkan fail itu ke atas mejanya kasar. Firdaus
terkejut dengan kehadiranku yang tiba-tiba itu. Tetapi wajahnya tetap tenang.
Seakan dia sudah menjangka reaksi sebegitu daripadaku.
‘’Relakslah. Kenapa nak marah-marah ni?’’
‘’Sebab kau ni tak habis-habis nak kacau aku. Dah beribu kali aku
cakap,aku tak suka dekat dengan kau. Tak faham-faham lagi ke.’’ Aku terus
menyinga di situ.
Firdaus tidak melatah apabila aku menengkingnya seperti itu,sebaliknya
dia hanya tersenyum. Dia berdiri dan menghampiriku.
‘’I know that you hate me.
Tapi,saya sendiri tak boleh kawal diri saya dari mendekati awak walaupun saya
tahu yang awak tak sukakan saya.’’
‘’Why?’’
‘’Because you remind me to someone.’’
Aku terkejut mendengar kata-katanya itu. Adakah aku telah mengingatkan
dia kepada ‘Ria’? Aduh,mati aku!
‘’Si…. Siapa?’’ Soalku tergagap-gagap. Aku ingin kepastian dari mulutnya
sendiri.
‘’Well,someone that’s very special
to me.’’ Ujar Firdaus.
Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Adakah dia menganggap aku sebagai
orang yang istimewa di hatinya,desisku. Entah kenapa hatiku terus menjadi
berbunga-bunga.
‘’Yeah,she’s special to you.
Tapi siapa nama dia? Apa hubungannya dengan kau?’’ Aku pula yang menjadi banyak
tanya ketika itu. Kami bagaikan sudah bertukar posisi.
Firdaus mengerut dahi. ‘’How do you know that the person is a ‘she’?’’
Wajahku berubah apabila menyedari keterlanjuranku. Aduh,kenapalah kau ni
bodoh sangat Ariana!
‘’Err… sebab kau kata aku mengingatkan kau kepada orang special tu. Aku ni kan perempuan. Jadi
kalau kau tengok aku takkanlah kau teringatkan lelaki pulak kan?’’ Aku
cepat-cepat cuba membetulkan keadaan. Alasanku itu terasa terlalu konyol.
Firdaus ketawa. ‘’Ya tak ya juga kan.’’
‘’Kalau tak ada apa-apa lagi,aku keluar dulu ya.’’ Sebelum aku buat
kesilapan-kesilapan bodoh seperti tadi,lebih baik aku cepat-cepat beredar dari
situ.
‘’Tunggulah sekejap. Saya tak sempat
lagi nak cerita pasal someone special
tu.’’ Firdaus cuba menegahku dari pergi.
‘’Aku datang sini sebab nak kerja, bukannya nak dengar cerita kau.
Lagipun langsung tak ada kena-mengena dengan aku. Jadi buat apa aku nak dengar.
Tak mendatangkan untung pun. Kau bagi duit kat aku tak apalah jugalah.’’ Aku
menjuihkan bibir.
Firdaus ketawa. ‘’ Oh,jadi benda
yang mendatangkan untung kepada awak sajalah awak nak dengar?’’
‘’Ya,sebab aku tak suka buang masa. Aku tak suka buat benda yang tak
boleh nak generate duit.’’ Sengaja
aku menampakkan sisi burukku kepadanya. Biar dia sangka yang aku ni perempuan
jahat yang mata duitan dan tak akan ganggu aku lagi.
Namun sangkaanku meleset. Firdaus langsung tidak menunjukkan reaksi tak
menyenangkan,sebaliknya dia tetap positif.
‘’Oh,interesting. Jarang nak
jumpa perempuan yang tak buang masa macam awak ni. Mesti duit awak
berkepuk-kepuk dalam bank tu kan.’’
Dia memujiku pula. Aku mula sakit kepala. Mati akal aku apabila bercakap
dengan lelaki ini.
‘’CIK ARIANA!’’
Aku memandang ke arah kereta yang berhenti di hadapanku itu. Aku
mengeluh. Apa lagilah yang dia nak lagi ni?
Aku buat-buat mengipas diriku dengan surat khabar yang aku
pegang,berpura-pura tidak mendengar dia memanggilku. Firdaus turun dari kereta
dan menghampiriku. Sementara Nazrul yang berada di tempat pemandu hanya
memerhatikan kami berdua. Wajahnya masam sekali. Nampak sangat dia tidak suka
dengan tindakan Firdaus.
‘’Tak balik rumah lagi ke?’’ Firdaus duduk di sebelahku. Beberapa orang
pekerja Cemerlang Holdings yang duduk bersama-sama denganku di stesen bas itu
hanya menjadi penonton. Sesekali mereka berbisik sesama sendiri. Aku mengalih
posisiku agar jauh sedikit daripada Firdaus.
‘’Taklah. Aku dah balik rumah. Sekarang ni aku tengah mandi. Nak join
sekali ke?’’ Perliku. Dah tahu buat-buat tanya pula.
‘’Boleh juga.’’ Firdaus mengenyit matanya. Menyampah aku melihat
reaksinya itu.
‘’Gatal.’’ Aku berkata sepatah seraya mencebik.
‘’Dah orang dah ajak,takkan nak tolak pula. Rezeki jangan ditolak.’’
Usik Firdaus lagi.
Malas aku nak melayan percakapannya lagi. ‘’Kau duduk di sini semata-mata nak sembang
dengan aku ke? Nanti mengamuk pula Hitler dalam kereta tu.’’ Aku merujuk kepada
Nazrul yang semakin mencuka wajahnya.
Nazrul membunyikan honnya bertalu-talu. Nampak sangat dia mendengar apa
yang dikatakan olehku. Sengaja aku bersuara kuat tadi untuk menyakitkan
hatinya.
‘’Woi Firdaus,cepatlah sikit! Kita dah lambat ni. Nanti kakak aku marah
pula.’’ Jerit Nazrul dari dalam kereta.
‘’Sekejaplah.’’ Jerit Firdaus kembali. Dia menoleh kepadaku. ‘’Rumah awak kat mana? Saya boleh tolong
hantarkan.’’
Aku tersenyum sinis. Tak boleh hendak dibayangkan aku dengan Nazrul
duduk di dalam satu kereta. ‘’ Dengan korang berdua? Minta simpanglah.Aku lebih
rela naik bas.’’ Ujarku selamba.
‘’Tapi dah lewat ni kan.’’ Kata Firdaus bimbang. Rupa-rupanya dia
mengkhuatirkan keselamatanku.
‘’Kalau kau nak sangat hantar orang balik,apa kata kau hantar Kak Ani
saja. Dia ada anak suami yang menunggu dia kat rumah. Aku pula tiada siapa pun.
Tak ada siapa pun yang peduli walau aku tak balik sekalipun.’’ Ujarku seraya
memuncungkan bibir kepada Kak Ani,tukang cuci di syarikatku yang duduk tidak
jauh daripada kami berdua.
‘’Siapa kata tak ada siapa peduli? Saya peduli.’’
Aku mengalih pandang ke arah Firdaus. Buat seketika kami bertentang
mata. Entah kenapa aku seperti dapat melihat keikhlasan di sebalik anak matanya
yang redup itu. Seakan-akan dia betul-betul memaksudkan apa yang dikatakannya
tadi.
‘’Firdaus!’’ Kelihatannya Nazrul sudah hilang sabar. Dia membunyikan
honnya dengan panjang. Aku dan Firdaus tersentak dari khayalan. Kami kembali ke
alam nyata. Aku menoleh ke arah lain. YA-ALLAH, apa yang aku dah buat tadi?
‘’Kau pergilah. Nanti Hitler tu buat kecoh lagi.’’ Suruhku tanpa
memandang wajah Firdaus. Takut dia perasan akan perubahan mukaku yang sudah
mula bertukar menjadi kemerah-merahan itu.
‘’Sekejap ya.’’ Firdaus bangun dan menahan sebuah teksi yang kebetulan
lalu di situ. Setelah bercakap buat seketika dengan pemandu teksi itu, Firdaus
memanggilku.
‘’Cik Ariana,balik dengan teksi ni. Cepatlah sikit awak sampai ke rumah.
Nak tunggu bas,bila tahun nak sampai.’’ Ujar Firdaus, bernada arahan.
‘’Tapi…’’ Aku cuba membantah.
‘’Saya dah bayar untuk tambang teksi ni.
Naik sajalah.’’ Firdaus membuka pintu teksi dan menarik tanganku masuk ke
dalam. Aku tidak sempat mengelak. Firdaus melambai-lambai kepadaku sebaik teksi
itu mula bergerak.Aku mendengus. Di sebalik sifat degilnya,lelaki ini
rupa-rupanya juga seorang yang suka memaksa. Baru hari ini aku tahu.
‘’Boyfriend cik ke yang tadi
tu?’’ Pemandu teksi itu bertanya kepadaku.
Aku memandang ke arah pemandu teksi itu sambil mengecilkan mataku.
‘’Never!’’
Hahahaha.. Thanks sebab dah update.! :D Saya enjoy baca. Waiting for the next entry :D
ReplyDeleteThanks!!! Lepas nie saya akan try update dgn lebih kerap lagi ^^
ReplyDeleteHahaha serius lawak dan best! Ok waiting for next entry jugak x)
ReplyDeleteThankkkk yoooouuu :D
Delete