KETIKA aku menjejakkan kaki ke pejabat
keesokan harinya, semua orang memandangku dengan raut wajah pelik. Yang muka
macam tak puas hati pun ada, terutamanya perempuan. Dan aku tahu sangat apa
sebabnya. Sudah pasti gosip tentang apa yang terjadi di stesen bas semalam
sudah bertebaran di seluruh pelusuk pejabat ini. Pasti dalam otak mereka
sekarang sudah membuat andaian bahawa aku ada affair dengan jejaka idaman mereka itu.
‘’Ariana.’’ Marlia mendekatiku. Dia memandangku
dengan wajah serba-salah.
‘’Kenapa?’’ Soalku pendek.
‘’En… Encik Nazrul suruh awak masuk ke pejabat dia sebaik saja awak
sampai. Encik Firdaus pun ada sekali.’’ Lambat-lambat Marlia menuturkannya. Aku
mengeluh. Apa lagilah yang mamat ni tak puas hati?
‘’Kejaplah. Aku letak beg kat dalam dulu.’’ Aku meletakkan beg kerja
yang dibawaku di dalam bilik sebelum menuju ke bilik Pengarah. Aku mengetuk
pintu dan sebaik mendapat respons dari dalam, aku terus masuk. Firdaus menoleh
dan menghadiahkan senyuman untukku. Aku tidak membalasnya.
‘’Kenapa Encik Nazrul panggil saya ni?’’ Aku terus bertanya.
Seboleh-bolehnya aku mahu menghabiskan semua urusan secepat mungkin dan segera
keluar dari situ. Tidak betah aku berlama-lama di situ dengan adanya Firdaus.
‘’Hah, cepatlah Nazrul. ‘’ Gesa Firdaus.
‘’Sabarlah. Aku nak cakaplah ni.’’ Nazrul mengetap bibirnya. Aku
mengerutkan dahi. Apa yang mahu dikatakan oleh Nazrul?
‘’Aku minta maaf.’’ Akhirnya ayat yang tidak disangka-sangka itu keluar
dari mulut Nazrul.
‘’Hah?’’ Aku berasa terkejut sekali. Hitler ni minta maaf? Biar betul !
‘’Puas hati kau, Firdaus?” Nazrul bertanya dengan muka masam dan
menghembus nafas kasar.
‘’Macam tak ikhlas saja.’’ Firdaus seperti tak puas hati.
‘’Janji aku dah cakap kan. Sudahlah.’’ Bentak Nazrul sedikit kasar.
‘’Apa semua ni? Kenapa Encik Nazrul minta maaf kat saya?’’ Aku
mengutarakan pertanyaan yang terbuku dalam mindaku. Kalaulah Nadia tahu apa
yang sedang berlaku sekarang,pasti dia tak akan percaya.
Firdaus memandang ke arah Nazrul, meminta Nazrul menjelaskannya kepada
aku. Aku melihat Nazrul menghembus nafasnya kasar. Nampak sangat dia tak gemar
akan keadaan itu.
‘’Aku dah tahu, kau tak ada skandal dengan bapa aku. ‘’
Aku mengangkat kening. ‘’ Perkara
tu memang dah jelas dari dulu lagi. Encik Nazrul tu yang tak nak percaya dan
asyik cuba menegakkan benang yang basah.’’ Sempat lagi aku menyindirnya.
Muka Nazrul merah mendengar kata-kataku.
‘’Sebenarnya Ariana, perempuan yang saya nampak semasa di Dubai hari
tu,Auntie Lia adalah business partner pak
long saya. Kebetulan masa saya nampak diorang masa tu, Auntie Lia temankan pak
long pergi pilih cincin untuk dihadiahkan kepada mak long ,sempena wedding anniversary diorang , iaitu
semalam. Auntie Lia pun datang masa surprise party yang kakak sepupu saya
buat untuk pak long dan mak long. Masa tulah kitorang tahu cerita sebenar.’’
Firdaus menjelaskan perkara yang sebenar bagi pihak Nazrul.
‘’Ohh. Good for both of you then.
Jadi memandangkan salah faham ni dah selesai,boleh saya keluar sekarang ? Sebab
saya ada banyak kerja lagi yang nak buat.’’
‘’Eh,tunggu dulu. Awak ada janji dengan sesiapa tak waktu lunch nanti? Kita boleh makan sama-sama.
Nazrul belanja.’’
‘’What?’’ Serentak aku dan
Nazrul berkata. Kami memandang antara satu sama lain sebelum merenung tajam ke
arah Firdaus.
‘’Yalah, sebagai tanda minta maaf Nazrul sebab dah berburuk sangka
dengan awak sebelum ni. Betul tak, Nazrul?’’ Firdaus memandang Nazrul,memintanya
agar mengiyakan kata-kata itu. Nazrul mendengus. Dia mengangguk juga dalam
keterpaksaan.
‘’I think there’s no need for that.
Lagipun saya dah ada janji dengan seseorang.’’ Aku membuat alasan. Aku terpaksa
berbohong untuk menyelamatkan diriku.
‘’Siapa? Nadia ? Tak apalah,kita ajaklah Nadia sekali. Takkanlah Nazrul
nak berkira dengan tambah seorang saja lagi betul tak. Lagipun Nadia tu kan
junior dia juga.’’
Firdaus terus mematikan kata-kataku. Ah,lelaki ini memang gila!
‘’ Cafeteria. Pukul 12 nanti. No more excuses.’’ Akhirnya Nazrul
bersuara. Dia merenungku dengan pandangan Hitlernya itu seraya berkata
lagi, ‘’ And don’t be late !’’
Aku dah tak tahu nak berkata apa lagi untuk menolak pelawaan itu. Akhirnya
aku terpaksa juga bersetuju. Aku mula pening kepala. Macam mana ni? Nadia ada date dengan Adnan tengah hari nanti.
Jadi dia tidak mungkin membatalkannya semata-mata nak menemani aku menghadapi
dua orang sepupu yang gila ini. Tambah-tambah lagi kalau dia tahu Nazrul ada.
Lagilah simpang malaikat empat puluh empat dia nak datang.Aku tak mahu makan
bersendirian bersama kedua-dua lelaki itu. YA-ALLAH, please help me !
Dalam kekusutanku memikirkan perkara itu, tiba-tiba aku terlihat Marlia
yang sedang sibuk melakukan kerjanya.Lantas aku teringat pelawaan Marlia tempoh
hari. Aku menarik nafas panjang. Nampaknya inilah satu-satunya jalan yang ada.
‘’Hemm…hemm…’’ Aku berdehem di hadapannya. Ternyata Marlia terkejut
melihat aku yang tiba-tiba berdiri di situ.
‘’Ya Cik Ariana. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?’’ Begitu formal
sekali Marlia menyusun ayatnya. Mungkin takut aku memarahinya seperti apa yang
pernah kulakukan pada pekerja-pekerja lain.
‘’Jom kita keluar makan nanti.’’ Ringkas ayat yang kututurkan,tetapi
sudah cukup mengundang seribu kerutan di muka Marlia.
‘’Maksudnya,kita keluar lunch sekali?’’
Marlia masih tidak percaya.
‘’Yes,kita berdua keluar lunch. Bukan kau ke yang ajak aku hari
tu. Jadi,nak ke tak nak?’’ Aku meminta Marlia memberikan kata putus dengan
segera.
‘’Okey.’’ Marlia tersenyum padaku. Tanpa berkata apa-apa lagi,aku terus
masuk ke dalam bilikku. Selesai satu masalah!
KEKOK. Perkataan itu yang paling
sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi antara kami sekarang.Dari tadi
sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutku. Aku sibuk mengunyah makananku
tanpa mempedulikan Marlia yang kelihatan serba tidak kena di sebelahku. Mungkin
dia tidak selesa apabila duduk berhadapan dengan Nazrul dan Firdaus,terutamanya
Nazrul yang asyik mempamerkan wajah tidak puas hati sejak dari tadi. Firdaus
yang selalunya paling banyak bercakap juga tidak bersuara. Kelihatannya dia
masih mencari-cari topik yang sesuai dibualkan oleh kami semua. Topik yang tak
akan menambahkan lagi ketegangan antara aku dan Nazrul.
‘’So
Marlia, dah berapa lama awak kerja dengan Cemerlang Holdings ni?’’ Akhirnya
Firdaus memecah kesunyian antara kami. Marlia terkejut apabila diajukan pertanyaan
yang tiba-tiba itu.
‘’Ba… baru saja lagi, Encik Firdaus.’’
Ujar Marlia tergagap-gagap.
‘’Oh,saya ingatkan dah lama.’’ Firdaus
mengangguk-nganggukkan kepalanya. ‘’Awak pula Ariana?’’ Firdaus mengalihkan
pandangan ke arahku pula. Suapanku terhenti.
‘’Adalah dalam dua tiga tahun.’’ Ujarku
acuh tak acuh. Aku mengorek isi ketam yang merupakan makanan kegemaranku itu
dan menyuapkan ke dalam mulutku. Tanpa kusedari tingkah lakuku diperhatikan
oleh Firdaus.
‘’Awak ni memang suka makan ketam,eh?
Asyik saja mengorek benda tu dari tadi.Langsung tak sentuh benda lain. ’’
‘’Hemm…’’ Sekali lagi aku memberi
jawapan yang tak memberansangkan.
‘’Tengok awak makan macam ni,saya
teringat pula masa mula-mula kita jumpa dulu.’’ Kata-kata Firdaus menghentikan
kunyahanku. Aku memandang wajahnya.
‘’Masa tu awak pegang penyepit,macam
ketam juga.Bahkan awak juga ambil ketam dalam pinggan awak.Lepas tu awak tolak
saya sampai tertumpahkan kopi atas baju saya. Bila ingat balik saat-saat
tu,rasa kelakarlah pula.’’ Firdaus ketawa kecil.
‘’Oh,jadi sekarang ni kau nak kata yang
aku ni macam ketamlah?’’ Ujarku geram.
‘’Ya,awak ni memang macam ketamlah.
Pantang usik sikit saja nak kepit orang dengan penyepit awak tu. Garang betul
awak ni.’’ Gurau Firdaus.
‘’Whatever.’’
Malas aku nak melayan cakapnya.
Firdaus tersenyum. ‘’Bila kenang balik apa yang terjadi masa
mula-mula kita jumpa dulu,saya teringat pula kat seorang budak perempuan
ni.’’
Kata-kata Firdaus itu membuatkan aku
nyaris tersedak. Hampir-hampir saja isi ketam yang baru kukunyah tersembur
keluar dari mulutku.
‘’Perempuan ni dulu kawan saya. Saya
selalu panggil dia Crab, sebab dia kata dia suka duit sangat-sangat, macam Mr.
Crab dalam cerita Spongebob Squarepants tu. Dia pula selalu panggil saya katak
puru,sebab suara saya masa menyanyi sumbang. Saya pernah cakap kat dia,kalau
kami jumpa suatu hari nanti,mesti tangan dia tengah pegang penyepit macam
seekor ketam. Manakala saya pula mesti ada tompok-tompok macam katak tu.
Tengok-tengok benda tu betul-betul terjadi antara kita. Awak pegang penyepit,
manakala baju saya yang kebetulan berwarna hijau pula dibasahi hujan dan
bertompok-tompok disebabkan terkena percikan air kopi.’’ Firdaus terus
bercerita tanpa menyedari perubahan pada riak wajahku.
Dia masih ingat apa yang pernah kami
bualkan dulu,desis hatiku. Entah kenapa hatiku berasa amat terharu ketika itu.
‘’Encik Firdaus tak pernah jumpa dia
ke?’’ Soal Marlia yang mula berminat dengan cerita Firdaus.
‘’Tak pernah. Saya tak pernah tahu muka
dia macam mana. Kami hanya berbual melalui telefon. Dia tu kawan kepada junior
saya.’’
‘’Habis tu sekarang dia kat mana?’’
Marlia terus menyoal. Wajah aku mulai pucat. Pertanyaan Marlia bagai mula
menjerut leherku.Marlia,tolonglah jangan bertanya lagi!
Firdaus menggeleng. ‘’Saya sendiri tak tahu.Lepas malam terakhir
kami berbual,dia tiba-tiba langsung tak telefon saya lagi. Saya sendiri tak
tahu sebab apa dia buat macam ni.’’
‘’Kita semua tahu apa
sebabnya,Firdaus.’’ Tiba-tiba Nazrul bersuara. Semua mata mengalih pandang ke
arahnya.
‘’Dia yang sebabkan kau terlibat dalam
kemalangan tu,Firdaus. Jadi,mana dia berani nak hubungi kau lagi? Dasar
pengecut.’’ Sinis sekali nada suara Nazrul.Aku menggenggam tanganku di bawah
meja.
Firdaus mengeluh. ‘’Dah berapa kali
aku nak beritahu kau,Nazrul? Dia….’’
‘’Apa? Dia tak bersalah? Tolonglah
Firdaus ,kau jangan nak terus menangkan perempuan tu boleh tak. Dari hari
pertama kau berhubung dengan dia aku dah tak suka. Aku dah cuba halang tapi kau
tak nak dengar. Kau kata biarlah,diorang budak-budak lagi. Lama-lama nanti
diorang bosan,diorang berhentilah. Hei Firdaus, kalau dia tak call kau malam tu,kau takkan terlantar
kat hospital tau tak. Kau tak payah nak bertarung antara hidup dan mati.
Disebabkan dia,semua rancangan kita tergendala. Dan masa kau tengah bertarung
nyawa tu,apa yang dia buat? Hanya tahu bersembunyi di sebalik telefon,macam
yang dia selalu buat tu? Kalau ikutkan aku,memang dah lama aku lodge police report pasal budak tu.
Dasar budak pembawa malang. Kalau dia ada dekat lagi dengan kau sekarang
ni,entah apa malang lagilah dalam badan dia tu yang nak melekat kat kau
pulak!’’
Aku bangun dan menghentakkan tanganku
ke atas meja. Tindakanku itu membuatkan semua orang terkejut. Aku mencapai tas
tanganku.
‘’Maaf,saya ada kerja yang nak kena
buat. Saya pergi dulu.’’ Aku terus mengorak langkah tanpa mempedulikan Marlia
yang terkocoh-kocoh mengejarku dari belakang.
‘’Ariana,tunggu dulu!’’Firdaus
memanggilku,tetapi aku tidak mempedulikannya. Aku masuk ke dalam salah satu tandas
dan mengunci pintu.Aku pergi ke arah cermin dan membasuh mukaku sepuasnya.
Ketika itu air mata sudah mula bergenang di kelopak mataku.
‘’Ariana… Ariana….’’ Marlia mengetuk-ngetuk
pintu tandas. Aku hanya berdiam diri.
‘’Ariana,awak okey ke?’’ Soal Marlia.
Jelas terpancar kerisauan pada nada suaranya.
‘’I’m
fine. Cuma rasa macam sakit perut sikit. Kau baliklah pejabat dulu.Nanti
lambat pula.’’ Aku berkata kepadanya dengan nada suara yang sudah mulai serak.
‘’Awak pasti ke yang awak tak apa-apa
ni?’’ Marlia masih mengkhuatirkanku.
‘’Yeah
I’m sure. Kau pergilah dulu.’’
‘’Kalau macam tu tak apalah,saya pergi
dulu. See you later in the office.’’
Ujar Marlia. Kedengaran derap tapak kakinya meninggalkan tempat itu.Aku
terduduk di atas lantai tandas itu. Kata-kata Nazrul tadi bagaikan masih
bergema di gegendang telingaku.
‘’Kalau dia ada dekat lagi dengan kau
sekarang ni,entah apa malang lagilah di badan dia tu yang nak melekat kat kau!’’
Aku menghela nafas sepanjang-panjangnya.
Aku tidak boleh dekat dengan Firdaus
lagi walau atas alasan apa sekalipun. Aku tidak mahu dipersalahkan kalau ada
sesuatu yang buruk menimpanya selepas ini.Aku harus menjauhkan diri
daripadanya.Harus!
Penulis : Hai! Seperti yang dijanjikan, update yang lebih cepat dari biasa haha. Walaupun chapter ni mungkin agak bosan (for me), tapi ia perlu ada untuk kesinambungan yang i promise akan jadi lebih menarik. Next update is on Saturday. Wait yahh :)
Pergh! Mulut Nazrul serius lancang! Rasa nak kepit pakai pnyepit ketam jugak. Haha nwy good job! (Y)
ReplyDeleteMaseh. Glad u like it :)
ReplyDeleteawhh awhh awhh.. tak sabar tak sabar. syiokkk!! :D
ReplyDeleteThankk yooouuuu zulaikhaaa. Gembira awk suka hehe ^^
Delete