‘’KAU dapat apa-apa berita terkini pasal Firdaus tak,Nadia?’’ Soalku
apabila Nadia memeriksa laman sosial Facebook dan Twitternya.
‘’Tak ada apa-apa,Ary.Nazrul tak update
apa-apa pun pasal perkembangan terkini Firdaus dalam dua hari ni.’’ Ujar Nadia
hampa.
Wajahku menjadi semakin murung.Mataku yang bengkak kerana terlalu banyak
menangis itu mengalirkan air mata lagi.Nadia menepuk-nepuk bahuku,cuba
menenangkan hatiku yang bergelora.
‘’Janganlah menangis,Ary.Aku yakin,Firdaus tak apa-apa.’’ Pujuk Nadia.
‘’Macam mana tak boleh apa-apa,Nadia? Nazrul sendiri dah tulis dalam update dia,Firdaus dalam keadaan parah
semasa dibawa ke hospital.Masa tu dia hanya tinggal nyawa-nyawa ikan saja.’’
Air mataku semakin deras mengalir.
‘’Kalaulah betul-betul dia mati Nadia….’’
‘’Ariana,please,jangan cakap
macam ni boleh tak. Umpama macam kau mendoakan juga tau!’’ Ujar Nadia keras.
‘’Dia dah bagitau aku Nadia,masa tu dia tengah drive.Aku sendiri tahu yang masa tu hujan lebat.Tapi aku tetap
berdegil nak bercakap juga dengan dia.Semua ni salah aku,Nadia.Salah aku.’’ Aku
menangis teresak-esak dalam pelukan Nadia.
‘’Sabarlah,Ary.Semua ni bukan salah kau.Ni semua dah ketentuan ALLAH
S.W.T. Yang penting sekarang,kita berdoa agar Firdaus selamat,okey.’’ Nadia
cuba menenangkanku.Tetapi aku tahu jauh di dalam dasar hatinya,dia juga berasa
sedih.Mana tidaknya,orang yang disayanginya terlibat dalam kemalangan yang
boleh membawa maut,dan semua itu
disebabkan oleh kawan baiknya sendiri!
YA ALLAH,tolonglah selamatkan Firdaus.Janganlah biarkan sesuatu yang
buruk terjadi padanya,doaku bersungguh-sungguh di dalam hati.Aku tidak tahu apa
yang akan terjadi padaku sekiranya Firdaus betul-betul meninggal disebabkan kemalangan
itu.Pasti aku akan diburu rasa bersalah seumur hidupku.
Tiba-tiba,telefon bimbitku berdering.Apabila melihat aku hanya buat
tidak endah,Nadia menjawab panggilan itu bagi pihakku.Dan wajahnya terus
berubah.Dia merenung ke arahku dengan pandangan yang penuh dengan kerisauan.
‘’Siapa?’’ Soalku apabila Nadia merenungku tanpa mematikan panggilan
tersebut.
‘’Nazrul.’’ Begitu payah sekali Nadia hendak menyebut nama itu.Jiwa aku
bergelodak apabila mendengar nama itu keluar dari mulut Nadia.Dengan tangan
yang terketar-ketar aku melekapkan telefon bimbitku di telingaku.
‘’Helo…’’ Sapaku dengan suara yang terketar-ketar.Hanya ALLAH S.W.T
sahaja yang tahu betapa takutnya aku pada masa itu.
‘’Woi perempuan! Kau ni pekak ke atau bodoh hah? Tak cukup selama ni kau
asyik menyusahkan dia ,sekarang ni kau nak bunuh dia pulak?’’ Jerkah
Nazrul.Gementar aku mendengar tuduhan Nazrul itu.
‘’Aku tahu aku memang bersalah.Aku yang menyebabkan dia terlibat dalam
kemalangan tu.Tapi sumpah,tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku ni nak
mengapa-ngapakan atau sakitkan dia,apatah lagi sampai membuatkan dia terlantar
di hospital macam sekarang ni.Percayalah!’’ Aku cuba memberi penjelasan seraya
menangis tanpa segan-silu lagi.Aku tidak tahan mendengar tuduhan yang terlalu
berat untuk kutanggung itu.
‘’Tak sengaja? Heh! Bila aku tahu yang Firdaus kemalangan disebabkan dia
berbual dengan seseorang melalui telefon sampai tak boleh nak tumpukan
perhatian ke atas pemanduan dia,aku dah tahu yang kaulah orang yang berbual
dengan dia tu.Aku dah cakap dengan kau dari dulu lagi,jangan ganggu Firdaus
lagi! Tapi kau tak nak,kau degil.Sekarang kau tengok,disebabkan perangai bodoh
sombong kau tu Firdaus sedang berada dalam koma,bahkan nyawanya pun sedang
berada di hujung tanduk. Dan semuanya berlaku disebabkan perempuan tak sedar
diri macam kau.Dasar pembawa malang!’’
Tersentap hatiku apabila mendengar kata-kata ‘pembawa malang’
itu.Serta-merta kata-kata mak cik dulu terlintas dalam fikiranku.
‘’Tak! Aku bukan pembawa malang! Aku bukan pembawa malang!’’ Tanpa
disedari aku menjerit-jerit.Tekanan betul-betul menguasai emosiku.
‘’Ya,kau memang pembawa malang! Sejak kau muncul dalam hidup Firdaus,tak
pernah seharipun hari dia berlalu dengan
baik.Dan kemuncaknya,dia sampai boleh kemalangan macam ni. Jadi aku nak bagi
amaran pada kau,tak kiralah lepas ni dia hidup ke,dia mati ke,jangan ambil tahu
pasal dia lagi! Aku tak nak dia terus terlibat dengan perempuan malang macam
kau ni.Orang macam kau tak layak untuk berkawan dengan sesiapa pun,sebab kau
hanya tahu membawa nasib buruk dalam kehidupan orang-orang yang dekat dengan
kau!’’
‘’Cukup! Aku tak mahu dengar lagi!’’ Aku terus mencampakkan telefon
bimbitku ke arah dinding.Telefon bimbit itu terus jatuh ke atas lantai.Hancur
berkecai.Badanku menggeletar.Nafas juga terasa sukar sekali untuk kuhela.
‘’Ary,kenapa ni? Apa yang Nazrul dah cakap pada kau?’’ Soal Nadia dengan
rasa bimbang.Dia memegang bahuku apabila aku tidak memberi sebarang respons.
‘’Ary,tenang okey.Janganlah macam ni.Kau buat aku risau.’’ Kata Nadia
dengan mata berkaca-kaca.Dia juga menangis apabila melihat keadaanku.
‘’Aku dah sakitkan Firdaus,Nadia.Aku memang pembawa malang.’’ Ujarku
dengan rasa beban di hati yang tidak tertanggung lagi.
‘’Jangan cakap macam tu,Ary.Kau bukan pembawa malang.Kemalangan tu
berlaku disebabkan takdir.Semua ni bukan salah kau.’’
‘’Tak,Nadia.Semua ni salah aku.Semua ni salah aku….’’ Tiba-tiba kepalaku
terasa pening.Mataku berpinar-pinar.Aku jatuh terbaring di atas lantai.Nadia
panik melihatku yang tiba-tiba pengsan.Dia terus memangkuku seraya menampar
pipiku perlahan.
‘’Ariana! Ariana!’’
No comments:
Post a Comment