AKHIRNYA,saat yang paling kubenci tiba
juga.Pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.Sedikitpun hatiku tidak teruja
seperti Nadia dan pelajar-pelajar yang lain.Mana tidaknya,sudah ada
‘malapetaka’ besar yang sedang setia menungguku di rumah itu.
‘’Hoi,cepatlah sikit.Nak letak beg kat dalam bilik tu pun sikit punya
lama ke.Lembap sungguh perempuan ni.Tahu tak kerja tengah melambak-lambak kat
dapur ni.’’ Baru saja aku menjejakkan kaki ke dalam bilik,suara Sarah sudah
kedengaran menjerit-jerit dari luar.Aku mengetap bibir geram.
‘’Sabarlah.Kau ingat aku ni apa,robot ke sampai-sampai rumah terus nak
buat kerja?’’ Aku terus membalas dengan tengkingan.
Kedengaran bunyi derap kaki yang kuat menuju ke arah bilikku yang
dikongsi bersama Sarah itu.Seketika kemudian Sarah muncul dengan wajah
menyinga.
‘’Kau ni memang kurang ajar kan! Ingat kau dah belajar kat U tu kau
hebat sangatlah? Sedarlah sikit,kau menumpang saja dalam rumah aku ni! Kalau
mak aku tak bela kau, entah di manalah kau merempat sekarang.Dasar anak luar
nikah! ’’ Sarah juga tidak kurang hebat kelancangan mulutnya.Rasa macam nak
pelempang saja mulut perempuan ni!
‘’Aku tahulah aku menumpang saja kat rumah ni.Tapi tu tak bermakna yang
kau boleh buli aku sesuka hati.Dan aku memang hebat pun,dapat merasa masuk U. Sedangkan
kau,terperuk saja kat kampung ni,belajar pun tak adalah pandai mana,berlagak
saja lebih.Lebih baik lagilah anak luar nikah ni daripada anak sah taraf macam
kau.’’ Sindirku.Puas hatiku kerana dapat mengenakan Sarah.
Sebelum sempat Sarah membalas kata-kataku,Abang Haikal terlebih dahulu
masuk ke dalam bilik.Wajahnya berkeringat.Dia meletakkan beg-begku di atas
katil lalu memandang kami berdua.
‘’Ni apa bising-bising ni.Korang berdua ni memang suka bertekak
kan.Pantang berjumpa,macam anjing dengan kucing.’’ Abang Haikal menggelengkan
kepalanya.
‘’Ariana nilah,tak habis-habis nak hina Sarah.Dia ingat dia pandai
sangatlah belajar kat UM tu.’’ Adu Sarah.
‘’Memang pun.Bukan macam kau.’’ Balasku pendek,namun sudah cukup untuk
membuatkan Sarah sakit hati.Dia merenungku seperti mahu menelanku hidup-hidup.
‘’Sudah,sudah! Ariana,jom ikut abang pergi pekan.Abang nak beli barang
sikit untuk raya nanti.’’ Abang Haikal cuba meleraikan pertelingkahan kami berdua.Aku
mengangguk.Dari aku panas hati bertekak dengan Sarah,lebih baik aku keluar dari
rumah itu.
‘’Ajaklah sepupu kesayangan abang ni keluar.Asyik-asyik dia saja yang
abang ajak.Abang memang tak sayangkan Sarah!’’ Sarah mencemik lantas keluar
dari rumah itu.Pasti dia pergi mengadu dengan maknya yang sedang bergosip
dengan jiran sebelah di belakang rumah.
‘’Kalau boleh,Ariana janganlah bergaduh dengan Sarah tu.Ariana sendiri
tahu kan perangai dia macam mana.’’ Ujar Abang Haikal ketika kami berada dalam
kereta.
‘’Habis tu,Abang Haikal nak suruh Ary buat apa? Biarkan saja Sarah hina
Ary sesuka hatinya?’’ Balasku keras.Sisa-sisa kemarahanku kepada Sarah
kulampiaskan kala itu juga.
‘’Bukan tu maksud abang.Cuma abang tak mahu Ariana dimarahi oleh mak
abang tu lagi.Setiap kali Ariana dengan Sarah bergaduh,mesti Ariana juga yang kena.Abang tak nak perkara
yang sama berulang lagi.Tambah pula lagi berapa hari dah nak raya kan.’’
‘’Ary tak kisah,abang.Lagipun Ary dah lali sangat kena maki hamun dengan
mak cik.Dah jadi macam alah bisa tegal biasa pun.’’ Balasku acuh tak acuh.
‘’Ya,abang tahu.Tapi abang nak minta satu saja,tolonglah kawal perasaan
Ariana tu buat masa ni.Lagipun tak elok keluarga bergaduh dekat-dekat nak raya
ni.’’ Nasihat Abang Haikal lagi.
‘’Yalah,yalah.Ary dengar nasihat abang.’’ Aku mengalah.Malas aku nak
terus berdebat dengan Abang Haikal lagi.
‘’SERIOUSLY,aku
benci gila ada kat dalam rumah ni sekarang.’’
Itulah kata-kata permulaanku sewaktu berbual
dengan Firdaus pada malam itu.Firdaus hanya ketawa mendengarnya.
‘’Haha,apa cer pula ni? Cuba kasi tau sikit.’’
‘’Beruk dalam rumah nilah,tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.’’
Rungutku.
‘’Apa yang sepupu perempuan kau tu buat kat kau pulak kali ni?’’ Soal
Firdaus,sudah arif dengan diriku yang lebih suka membahasakan Sarah sebagai
‘beruk’.
‘’Benda biasa dia buat kat akulah,apa lagi.Meluat aku bila teringatkan
muka dia.Rasa macam nak tenyeh-tenyeh saja mulut dia tu dengan sambal
belacan.’’ Aku menjuihkan bibirku.
‘’Ala,sab….’’ Belum sempat Firdaus menamatkan kata-katanya,Sarah
tiba-tiba menolak pintu bilik dengan kasar.Aku tersentak,pantas aku mematikan
panggilan itu.Sarah hanya memandangku dengan senyuman sinis.
‘’Mak,perempuan ni tengah sembang dengan boyfriend dia.Bukannya reti nak tolong kita kat dapur.’’ Jerit
Sarah dengan suara lantang.Geram aku dibuatnya.
‘’Hoi! Tadi aku dah tolong buat kuih dengan masak untuk buka puasa
kan.Dekat berapa jam aku ada kat dapur tu.Kau tu yang tak buat apa! Dari tadi
asyik melanguk saja depan tv.’’ Balasku dengan nada yang tinggi.
‘’Oh,nak berkira pulalah sekarang hah? Makan pakai orang bagi,setakat
tolong sikit-sikit macam tu pun nak merungut! Dasar budak tak kenang
diuntung!’’ Mak cikku muncul di belakang Sarah.Wajahnya menyinga.Aku
mengeluh.Dia ni masuk campur pula dah!
‘’Yalah,yalah.Mak cik dengan anak mak cik nilah betul.Sayalah yang
salah.Sekarang ni mak cik nak perah keringat saya suruh buat apa pula?’’ Soalku
dengan rasa tak rela.Bukannya takut tetapi aku malas nak bertikam lidah dengan
dua beranak ini.Lagipun aku teringat akan janjiku dengan Abang Haikal tadi.
‘’Tu,pergi tolong buat ketupat kat dapur! Banyak yang tengah menanti
untuk kausiapkan.Jangan nak asyik duduk saja dalam bilik ni bergayut dengan
lelaki.Mentang-mentang ada handphone
makin besar kepala kau ni!’’
Aku menghela nafas.Sabar Ariana,sabar! Dengan langkah berat dan hati
yang tak rela,aku melangkah ke dapur diikuti oleh dua beranak yang sehati
sejiwa itu.Aku menarik nafas lega apabila melihat Abang Haikal turut ada
sama.Aku duduk di sebelah Abang Haikal.
‘’Sarah,periksa kali ni Sarah dapat nombor berapa?’’ Soal mak cik kepada
Sarah.Aku tahu dia sengaja bertanyakan soalan itu di hadapanku.Tidak lain tidak
bukan nak membandingkan aku dengan Sarahlah.Abang Haikal mengerling ke
arahku.Aku mengangguk,mengerti maksud jelingan itu.Sambil-sambil itu,aku
sembunyi-sembunyi menghantar mesej kepada Firdaus.
Tengah buat ketupat.Dah start compare aku
dengan anak TERSAYANG dia.Makcik TERCINTA aku tu.
‘’Sarah dapat nombor tiga,mak.’’ Ujar Sarah dengan rasa bangga.
‘’Ish,pandainya anak mak ni.Macam ni barulah anak mak.Otak Sarah yang
bijak tu pun waris daripada mak.Bukan macam seseorang tu kan.’’ Kata mak cik
sambil menjeling ke arahku.Aku hanya buat tak tahu.Dalam hati aku ketawa sampai
tergolek-golek.
Setakat dapat nombor tiga dalam kelas
yang paling akhir sekali yang mempunyai murid sebanyak sepuluh orang pun nak
bangga ke.Aku yang selalu dapat top five
dulu dalam kelas seramai dua puluh lima pelajar yang kesemuanya bijak pandai
tak kata apa pun.Lawak,lawak!
Seketika kemudian ada satu mesej baru masuk.Daripada Firdaus.
HAHA kesian mak cik tak bersalah.Sabar
sajalah.Jangan layan sangat.Last2 kau juga yang sakit hati.Diorang juga yang
happy.
Aku tersenyum sinis.Mak cik tak bersalah?
Tak bersalah? Kau ada kat tempat aku baru kau
tau.
‘’Ariana,kamu dapat nombor berapa dalam kelas hari tu?’’ Soal mak cik
tiba-tiba.Aku cepat-cepat menyembunyikan telefon bimbitku di belakang.
‘’Nombor sepuluh.’’ Tipuku.Malas aku nak menerangkan pada mereka akan
maksud CGPA.Aku tahu kalau aku bercakap benar,pasti mereka akan sakit hati dan
akan terus mencari modal untuk menyakitkan hatiku pula.Dan bila aku dah sakit
hati,memang macam-macam bendalah yang akan terkeluar dari mulutku
ini.Disebabkan aku telah berjanji dengan Abang Haikal,jadi terpaksalah aku
mengalah pada malam itu.Hari lain,no way
lah!
‘’Hah? Nombor sepuluh saja? Bodoh betullah kau ni Ariana!’’ Kata Sarah
dengan nada sinis.
‘’ Sarah!’’ Abang Haikal menegurnya keras.
‘’Tak apalah,Abang Haikal.Ariana ni memang bodoh,tak macam dia,
pandai.Boleh dapat nombor tigaaa….’’ Perkataan ‘tiga’ itu sengaja aku
menyebutnya dengan panjang dan kuat.Mahu menyindir Sarah secara tak langsung.
‘’Tahu tak apa.Sebab tulah kau tak payah nak berlagak sangat dengan
aku.Jangan ingat dalam keluarga ni kau yang paling bijak di antara semua.Bukan
semua yang dapat belajar kat U tu pandai okey.’’ Sarah terus-menerus menyerang
aku dengan sindirannya.
‘’Yalah,yalah.Aku memang bodoh,okey, Kau sajalah yang pandai dalam
keluarga ni.’’ Sabar Ariana,sabar. Demi Abang Haikal,sampai hari raya saja!
‘’Ariana nak tahu tak pasal bisnes kraftangan abang tu? Bisnes abang tu
semakin berkembang maju tau.Ramai pelancong yang datang beli dekat tempat abang
berniaga tu.Semua tu berkat pertolongan bapa kawan Ariana tu.’’ Abang Haikal
memulakan perbualan denganku.Dia cuba menghentikan sindiran Sarah dan mak cik
terhadapku yang bagaikan tiada penghujungnya.
‘’Oh,ya ke? Baguslah.’’ Aku mengerling telefon bimbitku yang berada di
sebelah.Thanks to Firdaus actually,abang.Aku
tersenyum apabila mengingati kembali perjanjian antara aku dan Nadia.
‘’Bapa kawan Ariana tu doktor kan? Bagus betul dia tu.Bila dah senang
sanggup pula tolong bagi modal kat orang susah macam kita ni.’’
‘’Bapa Nadia tu dulu macam kita juga,hidup susah.Mula-mula tu dia pun
bercita-cita nak jadi businessman
macam abang,tapi disebabkan maknya berharap sangat dia dapat jadi doktor untuk
ubah nasib keluarga mereka,dia pun ikutkan sajalah.Sebab tu dia suka nak tolong
anak-anak Melayu yang nak bangkit dalam bidang keusahawan ni,sebab boleh
jugalah teruskan cita-cita dia yang tak kesampaian tu.’’ Terangku.
‘’Dia pun ada cerita juga hal tu kat abang masa kami mula-mula jumpa
dulu.Bagus betul orangnya.Jarang jumpa orang berada yang baik hati macam tu.’’
Abang Haikal mengangguk-nganggukkan kepalanya.
‘’Betul.Bukan macam sesetengah orang tu kan.Dah tahu miskin tapi tak
sedar diri.Asyik nak bergayut dengan boyfriend
sahaja kerjanya.Tu kat depan kita boleh tunjuk perangai macam ni,kalau dekat
belakang kita tak tahulah macam mana.’’ Tiba-tiba mak cikku menyampuk perbualan
kami.
Aku tersentak.YA-ALLAH orang tua ni,tak habis-habis lagi ke!
‘’Kalau saya nak cakap dengan
boyfriend saya pun,so what? Saya
ada kacau mak cik ke? Ada saya minta duit mak cik nak beli top up? Tak ada kan? Handphone ni pun saya beli dengan duit
saya sendiri,tak ada sangkut-paut dengan mak cik sikit pun.So mind your own business okay!’’
Akhirnya,setelah puas ditahan-tahan perasaanku tersembur jua bagai lava
yang mengalir menuruni gunung berapi.Tanpa menunggu lebih lama lagi di situ,aku
terus bangun dan meninggalkan mereka semua.Panggilan Abang Haikal tidak aku
pedulikan.Kutukan Sarah dan mak cik juga tidak kuendahkan.Aku menutup pintu
bilikku sekuat hatiku dan menghempaskan diriku di atas katil.Teruji betul
kesabaranku pada bulan-bulan puasa begini.
Gerr… gerr…
Telefonku bergetar,menandakan ada panggilan masuk.Daripada Firdaus.
‘’Helo!’’ Aku menjawab dengan suara tegang.
‘’Amboi,garangnya. Baru selesai bergaduh ke?’’ Usik Firdaus.
‘’Yalah.Tak pernah sesaat pun hidup aku tenang kat dalam rumah ni tau
tak.’’
Firdaus ketawa kecil. ‘’Sabar sajalah Ria.Tak payah nak layan
kerenah diorang tu.Makin dilayan makin seronoklah diorang buat.Kalau kau duduk
senyap lama-lama berhentilah diorang tu.’’
‘’Masalahnya nak tunggu sampai
berhenti tulah yang susah.Boleh gila aku dibuatnya kalau aku duduk diam saja
dengar caci-maki diorang tu.Berbisa tau tak.Lagi berbisa dari patukan ular.’’
‘’Okey,okey.Aku faham.Sekarang cakap pasal benda ni pun lagi buat kau
sakit hati,jadi lebih baik tak payah cakap.Kita alih topik pula.Kau suka apa?’’
Soalan spontan Firdaus itu terasa melucukan pula.Aku terus ketawa.
‘’Apa punya soalan ni? Tak ada kaitan langsung dengan topik yang kita
cakap tadi.’’
‘’Jawab sajalah.Aku nak alih topik ni.Janganlah banyak tanya.’’
‘’Yalah,yalah.Ermmm…. apa ya?’’ Aku mengurut-ngurut daguku
berfikir. ‘’Entah.Rasanya tak ada benda specific yang aku suka pun.’’
‘’Alah,takkan langsung tak ada.Fikirlah.’’
Aku berfikir lagi.Kemudian aku memetik jariku.
‘’Haa! Aku tahu.Jawapannya ialah duit!’’
‘’Duit?’’ Firdaus tergelak mendengar jawapanku itu. ‘’Yang tu aku pun suka.Siapalah yang tak suka
duit dalam dunia ni Cik Ria ooii!’’
‘’Tapi aku suka duit lebih lagi
daripada kau dan orang-orang lain.Kau sendiri tak boleh bayangkan bagaimana
sukanya aku pada duit.Dapat pegang duit yang banyak pun aku dah cukup seronok
walaupun duit tu bukan duit aku.Sebab selama ni aku hidup susah,nak dapat duit
pun kena kerja keras.Jadi bagi aku,duit ini amat berharga walaupun hanya satu
sen.Kalau ada sesiapa yang tercicir kat tepi jalan pun aku akan kutip satu sen
tu.Kalau beli barang kat kedai,bakinya ada lima sen pun aku akan ambil juga
tau.’’ Kataku bersungguh-sungguh mempertahankan pendapatku.
Firdaus ketawa lagi.
‘’Hemm,parah juga kau ni.Suka duit sampai ke tahap macam tu.Teringat
pula aku pada Mr.Crab dalam cerita Spongebob Squarepants tu.Perangai kau
sebijik macam dia.’’
Mataku terbeliak. ‘’Hah? Kau samakan aku dengan Mr.Crab? Gila tak sama
kot!’’
‘’Mana ada,samalah! Dengan perangai suka duitnya,kedekutnya sampai satu
sen pun tak nak lepas.Huh! Lain kali kalau aku ditakdirkan jumpa kau,nak kenal
kau senang saja.Mesti tangan kau ada penyepit macam tangan Mr.Crab tu.’’
‘’Woi,mana ada!’’
‘’Crab! Crab! Crab!’’ Firdaus terus memerliku sambil ketawa
terbahak-bahak.Geram aku dibuatnya apabila diketawakan oleh lelaki itu.
‘’Diamlah,katak puru!’’
‘’Hah,katak puru? ’’ Firdaus bertanya dengan nada terkejut.
‘’Kalau kau kata aku ni Mr.Crab,kau tu pula
katak puru! Suara kau pun sumbang kan,jadi sesuai sangatlah.Kalau kau kata
tangan aku ni ada penyepit macam tangan Mr.Crab tu,nanti aku jumpa kau,badan
kau mesti penuh dengan tompok-tompok,basah-basah macam katak puru tu.’’
‘’Ada ke patut kau samakan aku dengan katak puru? Dasar Mr.Crab! Asyik
fikirkan duit macam nilah!’’
‘’Hish katak puru ni,tak nak mengaku pula. Katak puru! Katak puru! Katak
puru!’’ Aku terus memanggil Firdaus dengan nama itu.Firdaus juga tidak mahu
mengalah dan asyik memanggil aku dengan panggilan Crab! Crab! Crab! Akhirnya
kami ketawa sendiri.
No comments:
Post a Comment