‘’ARIANA tu entah apa-apa saja kan,benci
betul aku bila tengok muka dia.’’
‘’Entah! Dahlah perangai tu macam Hitler,asyik nak marah orang tak
habis-habis.Itu tak kena,ini tak kena.Padanlah tak ada orang yang berani nak
mengurat dia.Umur dah 25 tahun,tapi boyfriend
pun tak ada lagi.Aku berani betlah,jadi
anak dara tualah nanti dia tu.’’
‘’Betul apa yang korang cakap tu. Aku sendiri pun tak faham,kenapalah
tiap-tiap tahun dia boleh dapat Anugerah Khidmat Cemerlang.Kerja tak bagus mana
pun aku tengok.Bodek bos lebih saja dia tu.Padahal bukannya hebat sangat pun!’’
Itulah kata-kata ‘hikmat’ yang kudengari saat aku melangkahkan kaki ke
pejabat pada hari itu.Cakap-cakap mengumpat yang sudah lali singgah di
telingaku ini.Aku pantas menuju ke meja perempuan-perempuan yang bercakap buruk
tentangku tadi.
‘’Tapi sekurang-kurangnya,walaupun aku ni tak ada boyfriend,bakal jadi anak dara tua,perangai macam Hitler
sekalipun,aku tak adalah menghabiskan masa mengumpat macam korang. Jadi tak
payahlah nak fitnah aku konon-konon aku dapat anugerah Khidmat Cemerlang tu
sebab aku pandai bodek bos.Aku dapat sebab aku rajin,aku layak.Bukan macam
korang,tak habis-habis nak buat dosa pagi-pagi buta macam ni.’’ Sindirku.Mereka
tersentak dengan kehadiranku yang tiba-tiba itu. Tak ada seorang pun yang
bersuara.
‘’Eh,kenapa diam pulak ni? Cakaplah lagi.Takkanlah berani nak cakap
belakang saja.’’ Aku terus menyindir mereka lancang.Apabila mereka hanya
diam,aku tersenyum sinis.
‘’Tulah,lain kali kalau nak mengata orang,tengok tempatlah.Tunggulah
sampai waktu balik kerja ke,apa ke.Ini tak,nak mengutuk pun main terjah ikut
suka hati korang saja.Kan sekarang dah malu sendiri.’’
Haha.Puas hatiku.Aku terus menuju ke bilikku tanpa mempedulikan
mata-mata pekerja lain yang mengekori langkahku.Aku sudah biasa menjadi
perhatian ramai seperti ini.Bukan kerana aku cantik.Bukan kerana aku disukai.Tetapi
kerana kelancangan mulutku.Tetapi aku tidak kisah dengan perspeksi orang lain
terhadap diriku.Bukannya mereka yang memberi makan kepada aku pun.
Ketika aku sedang sibuk menyiapkan kerjaku,tiba-tiba interkom di
hadapanku berbunyi.
‘’Ariana,sila datang ke bilik saya sekarang.’’ Arah Tengku
Yusrizal,pengarah urusan di syarikatku.
Aku segera keluar dari pejabatku dan menuju ke arah pejabat Encik
Yusrizal.Sambil-sambil itu aku menghadiahkan jelingan kepada orang yang
menyindir aku tadi.Mereka menundukkan kepala dan berpura-pura membuat kerja. Setelah
Tengku Yusrizal mengarahkan aku masuk,aku duduk di atas kerusi di hadapan
mejanya.
‘’Ya Tengku,ada apa-apa yang boleh saya
bantu?’’ Soalku hormat.Tengku Yusrizal memang amat kusegani.Hanya dialah satu-satunya
orang di syarikat ini yang aku hormat dengan sepenuh hatiku.Bagiku,sepanjang
bekerja di bawah satu bumbung dengannya sejak dua tahun yang lalu,dia adalah
seorang bos yang begitu berdedikasi dan mengambil berat tentang orang-orang
bawahannya.Jarang dapat jumpa bos yang begitu baik seperti itu.
‘’Sebenarnya,tujuan saya panggil awak ni kerana saya nak minta tolong
kepada awak,Ariana.Awak tahu kan yang tak lama lagi,saya akan bersara?’’
Aku mengangguk. Memang aku sudah maklum akan hal itu.
‘’Disebabkan itulah,saya mengambil keputusan untuk menyerahkan jawatan
saya sekarang ni kepada anak lelaki saya yang bongsu,Tengku Nazrul Hakimi.Dia
baru balik dari luar negara dua minggu lepas. Mulai minggu depan,dia akan
mengambil alih jawatan saya ni.Jadi saya harap,awak akan membantunya dalam
menguruskan perniagaan syarikat kita ni sekiranya dia memerlukan bantuan
awak.’’
Aku terkejut apabila mendengar amanat Tengku Yusrizal itu.
‘’Tetapi kenapa saya,Tengku? Kan masih ada orang yang lebih
berpengalaman daripada saya dalam syarikat ni. Saya tak rasa yang saya boleh
memikul tanggungjawab yang sebegini besar.’’ Aku cuba menolak.
‘’Ya,saya tahu ada orang yang lebih lama berpengalaman daripada awak.Tapi
daripada mereka semua tu,awaklah yang paling saya percaya.Lagipun saya tahu
yang kredibiliti awak memang tak perlu diragui lagi.Kalau tak,takkanlah selama
dua tahun berturut-turut awak dapat mempertahankan Anugerah Khidmat Cemerlang
syarikat kita ni.Bukan calang-calang orang boleh mendapatnya.Jadi saya berharap
dengan segala kebolehan yang awak ada tu,awak boleh membantu saya,Ariana.’’
‘’Tapi….’’ Aku masih keberatan.
‘’Awak jangan bimbang,Ariana.Sebenarnya sebelum pulang ke Malaysia,anak saya
tu dah bekerja di syarikat Pak Ngahnya di London selama beberapa tahun.Jadi dia
dah berpengalaman,cuma kamu perlu menolongnya dalam urusan tertentu saja.
Beritahu apa-apa yang patut.Saya betul-betul berharap yang kamu takkan
menolak,Ariana.Anggap sajalah ini permintaan saya yang terakhir sebagai bos
kamu sebelum saya bersara nanti.’’ Tengku Yusrizal terus berusaha meyakinkanku.
Aku merenung wajah Tengku Yusrizal lama.Sungguh,aku tidak sampai hati
mahu menolak permintaan bosku yang telah banyak berjasa padaku
itu.Akhirnya,dengan rasa terpaksa aku bersetuju juga.
PUKUL 12.30 tengah hari.Waktu makan tengah
hari sudah tiba.Aku menggeliat,mahu melepaskan penat.Akhirnya,separuh kerjaku
sudah siap.Setelah mengemaskan fail-fail di atas meja,aku keluar dari
pejabatku.
Hari itu,aku bercadang untuk makan di kafeteria sahaja.Dan seperti
biasa,aku sendirian.Ketika aku berjalan di lobi,tiba-tiba aku ternampak
Nadia.Nadia tersenyum apabila melihatku dan berlari-lari anak mendapatkanku.Aku
mengeluh.Sejak perselisihan faham yang terjadi antara kami dua hari lepas,aku
dan Nadia langsung tidak bertegur-sapa.
‘’Ary,jom kita pergi makan.Aku belanja kau.’’ Ajak Nadia ceria seraya
menarik tanganku.Aku pantas menarik tanganku dari peganganku.
‘’Pergilah ajak boyfriend kesayangan kau tu. Selalu suka sangat makan sekali dengan
dia.’’ Ujarku dingin.
‘’Alah,janganlah macam ni.Takkan marah lagi kot.’’ Pujuk Nadia.
‘’Buat apa pula aku nak marah dengan kau? Aku kan yang sebenarnya
salah,suka sangat menyibuk hal kau dengan teman lelaki kau.Dan untuk itu,aku
minta maaf sangat-sangat dan mulai hari ni,aku janji takkan ambil tahu dah hal
kau dengan dia.Suka hati kaulah nak buat apa pun dengan dia,nak balik rumah
lewat macam mana pun,aku takkan peduli lagi.Minta maaflah sebab selama ni aku
jadi kawan kau yang sangat busybody.Mesti
kau meluat gila dengan perangai aku kan.’’ Ujar aku berjauh hati.
‘’Ary,janganlah macam ni.Okey,aku tahu aku salah dalam hal ni.Aku tahu,kau buat macam ni
sebab kau ambil berat kat aku,sebab kau bimbangkan aku.Tak sepatutnya aku cakap
macam tu dekat kau.Dan aku juga nak minta maaf sebab mungkir janji.Lain
kali,aku janji aku takkan buat lagi perangai macam tu.Jadi please,tolonglah maafkan aku.Setiap manusia lakukan kesilapan
kan.Sedangkan Nabi S.A.W pun ampunkan umatnya.’’ Nadia terus memujukku.Aku
merenung wajahnya lama sebelum menghempaskan keluhan.
‘’Yalah,yalah.Aku terima maaf kau tu.Tapi itu tak bermakna yang
perspeksi aku terhadap Adnan berubah tau.Aku tetap tak suka dia,faham?’’ Aku
mengingatkan Nadia.
Nadia tersenyum ceria. ‘’ Tak
apa,tak apa.Asalkan kau dah memaafkan aku pun dah cukup.Dan sebagai tanda
meraikan persahabatan kita yang kembali terjalin dan juga atas kejayaan kau
meraih anugerah Khidmat Cemerlang selama dua tahun berturut-turut,aku nak bawa
kau ke satu tempat yang istimewa.Dan aku berani bet yang kau mesti suka punya.’’
Aku mengerutkan dahi. ‘’Tempat
apa?’’
‘’Alah,ikut sajalah.’’ Nadia
mengenyitkan mata.Aku tersenyum nipis,mengalah dengan Nadia.
‘’NI tempat apa ni?’’ Soalku apabila Nadia
memberhentikan kereta di depan sebuah gerai makan yang terletak di tepi jalan.
‘’Kedai makanlah.Takkanlah kedai repair
kereta pulak.’’ Kata Nadia seraya membuka pintu keretanya.
‘’Aku tahulah.Tapi kenapa kau bawa aku ke sini?’’
‘’Sebab makanan kat sini sedap.Dulu aku selalu datang makan kat sini
dengan kawan-kawan aku.Kebetulan pula tempat makan ni dekat dengan sekolah
aku.Tapi bila dah habis sekolah,aku tak pernah datang ke sini lagi.Hari ni
pulak tiba-tiba aku teringin nak makan kat sini,sebab tulah aku ajak kau
sekali.’’ Ujar Nadia.
‘’Kau ajak aku datang sini sebab nak meraikan kejayaan aku ke atau nak
mengenang kembali kenangan lama?’’ Soalku,sengaja mengusiknya.
Nadia ketawa. ‘’Dua-dualah.’’
Aku dan Nadia berjalan beriringan masuk ke kedai makan itu.Aku melihat
begitu banyak orang sekali yang beratur untuk membeli makanan.Nampaknya
betullah kata Nadia,makanan di sini sedap.Kalau tidak takkanlah sampai begitu
ramai sekali orang yang datang pada hari-hari kerja macam ni. Itu pun aku dan
Nadia bernasib baik kerana berjaya mendapat tempat duduk.
‘’Kau pergilah dulu ambil makanan.Kalau tak ada orang jaga tempat ni
maunya diambil orang lain pulak nanti.’’ Arah Nadia kepadaku.
‘’Sempat ke?’’ Aku berasa risau pula apabila melihat barisan yang begitu
panjang sekali.
‘’Sempatlah. Lagipun kau ni kan pekerja kesayangan bos.Kalau
sekali-sekala masuk lambat apa salahnya.’’
‘’Ermm,yalah.’’ Aku segera pergi beratur di barisan yang panjang
itu.Ketika aku sedang beratur itu tiba-tiba pula hujan turun dengan lebat
sekali ketika itu.Aku mengeluh.
Angin tiada,ribut tiada tiba-tiba pula hujan turun.Lambatlah aku balik
ke pejabat nanti.Dengan jammed
lagi,rungutku.
Akhirnya setelah lebih kurang sepuluh minit beratur,sampai juga
giliranku.Aku mengambil penyepit yang disediakan dan mengambil seekor ketam.Ketika
aku mahu meletakkan ketam itu ke dalam pinggan nasiku,tiba-tiba tanganku disiku seseorang dari arah depan.Ketamku itu
jatuh bergolek di atas lantai.
Aku melihat ketam masak masam manisku yang telah menjadi sejarah
itu.Tambah menyakitkan hatiku apabila melihat ketam itu dipijak-pijak oleh
orang ramai sehingga menjadi lumat.
‘’Minta maaf cik,saya tak senga….’’
‘’Hei,awak ni buta ke hah!’’ Aku terus menjerkah lelaki kacak yang
berdiri di hadapanku itu.Apabila melihat wajahku,lelaki itu tergamam.Dia terus
merenung wajahku buat seketika.Bagai ada sesuatu pada wajahku yang menarik
perhatiannya.
Aku berasa geram lantas menolak tangan lelaki itu dengan penyepit yang
aku pegang.Cawan yang berisi air kopi yang dipegang oleh lelaki itu terpercik
di atas kemejanya.Kemeja hijaunya yang basah akibat terkena hujan itu kini
bertompok-tompok hitam pula.Lelaki kacak berkulit cerah dan berkumis nipis itu
merenung ke arahku.Aku terkejut dengan apa yang aku lakukan tetapi kerana
ego,aku tidak mahu minta maaf.
‘’Awak jangan salahkan saya.Awak yang mula dulu.’’ Aku mempertahankan
diriku.Lelaki itu tidak berkata apa-apa.Tiba-tiba dia berjalan mendekatiku.Aku
mengambil tindakan berjaga-jaga.Manalah tahu kalau dia mahu mengapa-apakanku.
Namun telahanku silap.Lelaki itu mengambil pinggan nasi dalam peganganku
dan mencedok lauk-pauk ke dalam pinggan itu.Dia turut mengambil ketam yang
paling besar sekali.Aku terkedu dengan perbuatannya.
‘’Apa awak buat ni? Kalau nak makan ambillah pinggan sendiri.Tak tahu
nak beratur pula tu.’’ Marahku.
Lelaki itu mengalihkan pandangan kepadaku.Dia tersenyum seraya
menyerahkan pinggan nasi itu kepadaku.
‘’Nah,saya ambil untuk awak!’’
‘’Hah?’’ Aku terkejut.
‘’Sebagai tanda minta maaf sebab saya terjatuhkan ketam awak tadi.Saya
juga akan bayar harga nasi dan lauk-pauk ni.Jadi saya harap awak janganlah
marah lagi.’’
Sekali lagi aku terkedu.Lelaki ini,kenapa dia bersikap seperti ini?
Kenapa dia masih sebaik ini denganku walaupun setelah apa yang aku lakukan
kepadanya? Bukankah dia sepatutnya marah padaku? Bukannya memohon maaf kepadaku
dan nak belanja aku pula!
Tiba-tiba aku terasa malu ketika itu.
‘’Tak payahlah! Awak ingat saya tak mampu nak bayar ke?’’
Wajah lelaki itu berubah apabila aku berkata begitu. ‘’Bukannya begitu maksud saya,cik.Saya ikhlas
nak….’’
‘’Tak payah nak ikhlas-ikhlas sangatlah.Ingat
saya tak tahu ke niat tak baik awak tu.’’
‘’YA-ALLAH,saya betul-betul tak berfikiran macam tu pun.Saya memang
ikhlas nak minta maaf dengan awak.Saya tahu ni salah saya.’’
‘’Jangan nak berpura-pura baik sangatlah.’’ Aku mendengus.Aku berasa
meluat pula mendengar kata-kata lelaki kacak itu.Mula-mula memanglah baik,pijak
semut pun tak mati.Tapi bila dah dapat,dibuangnya kita macam sampah.Dasar
lelaki! Kutukku.Mengingati apa yang berlaku kepada makku dulu membuatkan aku
menjadi geram.
‘’Ary,apa yang terjadi ni?’’ Tiba-tiba Nadia muncul dalam keramaian
itu.Terpancar raut kehairanan pada wajahnya apabila melihat aku sedang
bertengkar dengan seorang lelaki yang tak dikenali.
‘’Dia nilah! Pergi jatuhkan makanan aku.’’ Rengusku seraya menudingkan
jariku ke wajah lelaki itu.
Apabila Nadia memandang wajah lelaki itu,aku melihat perubahan pada
wajah Nadia.Ada riak terkejut,gembira dan tak percaya.Nadia terpaku buat
seketika.Aku pula yang berasa hairan.Adakah Nadia mengenali lelaki ini?
‘’Abang Firdaus!’’ Dua patah perkataan yang terbit dari mulut Nadia itu
membuatkan aku tergamam.Terus aku memandang wajah lelaki di hadapanku itu.
Firdaus?
‘’Awak kenal dengan saya ke?’’ Soal lelaki itu hairan.
‘’Saya ni Nadia,junior Abang Firdaus masa sekolah menengah dulu.Tak
sangka saya dapat jumpa Abang Firdaus dekat sini setelah sekian lama.’’ Ujar
Nadia dengan wajah ceria.
‘’Oh,ya ke.Abang pun tak sangka dapat jumpa dengan junior sekolah lama
kat sini.’’ Firdaus mengukir senyuman,tanda turut gembira dengan pertemuan tak
disangka itu.
Aku berasa macam sesak nafas apabila mendengar perbualan antara mereka
berdua. Aku terasa macam berada di dunia lain.Fikiranku terus
kosong.Sungguh,aku tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Firdaus ketika
ini!
No comments:
Post a Comment