‘’KENAPA dengan kau sejak kebelakangan
ni,Ary? Lain macam saja aku tengok.’’ Soal Nadia apabila melihat aku hanya
termenung jauh.Begitulah keadaanku sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan dengan
Nadia pun berat sekali mulutku ini untuk berkata-kata.
‘’Tak ada apa.’’ Balasku pendek.
‘’Jangan tipu.Aku ni kawan kau,Ary.Aku boleh tau kalau ada sesuatu yang
sedang ganggu fikiran kau.Beritahulah aku apa masalahnya.Manalah tahu kalau aku
boleh tolong ke.’’ Pujuk Nadia.Namun aku hanya mendiamkan diri.
‘’Janganlah macam ni,Ary.Risau aku bila tengok kau muram saja.Selalu
kalau ada masalah besar macam mana sekalipun kau tak pernah macam ni.Ceritalah
kat aku apa yang sedang membelenggu fikiran kau sekarang ni.Abang Haikal ada
masalah ke? Modal yang ayah aku bagi kat dia hari tu tak cukup?’’ Soal Nadia.
‘’Aku jadi macam ni bukan sebab Abang Haikal.Tapi…entahlah Nadia.’’
Keluhku.
‘’Kalau bukan Abang Haikal,semua ni sebab Firdaus ke?’’ Teka Nadia.
Aku terkejut mendengar kata-kata Nadia.
‘’Ke…kenapa pula kau kata macam tu? Mengarut sajalah kau ni.’’ Aku
berkata tergagap-gagap.Aduh,adakah Nadia mempunyai kuasa untuk membaca
fikiranku?
‘’Entah,tiba-tiba saja aku rasa sebab dialah kau jadi macam ni.Tapi
nampaknya tekaan aku betul.Semua ni sebab Firdaus,kan?’’ Nadia terus menyerkap
jarang.
Sekali lagi aku mengeluh.Nampaknya tiada gunanya aku berdalih lagi.
‘’Aku ni memang teruk sangat ke,Nadia?’’ Soalku hambar.
Nadia mengerutkan dahi. ‘’Kenapa pula kau tanya macam ni?’’
‘’Yalah,sampai orang sanggup kata aku ni memang tak ada
maruahlah,perempuan tak sedar diri,hanya tahu menyusahkan hidup orang.Sehina
itukah aku ni Nadia?’’
Nadia membeliakkan matanya. ‘’What? Firdaus ke yang cakap semua tu kat
kau?’’
‘’Bukannya dia.Tapi orang lain.Tapi orang tu cakap macam tu kat aku
disebabkan oleh dia.’’
Nadia menggaru-garu kepalanya. ‘’ Apa dia ni? Aku tak faham.’’
Aku menghela nafas panjang. ‘’
Macam ni ceritanya.Masa hari yang kau sakit kepala tu,aku terima panggilan
daripada seorang lelaki ni.Dia kata dia tu sepupu Firdaus.Cara dia cakap memang
kasar dan kurang ajar gila,kalau kau dengar pun mesti kau bengang punya.Dia
bagi amaran kat aku dan kau juga supaya tak kacau Firdaus lagi.Dia kata
walaupun Firdaus tak pernah cakap,tapi sebenarnya kehadiran aku dan kau
betul-betul menyusahkan hidup dia. Firdaus tu sebenarnya bukannya ikhlas nak
berkawan dengan kita,tapi dia terpaksa buat-buat baik sebab tak sampai hati nak
lukakan hati kita.Jadi disebabkan Firdaus tak nak cakap,jadi mamat tu cakap
dialah yang tolong sampaikan bagi pihak Firdaus agar jangan kacau sepupu dia tu
lagi.Lagipun sepupu dia tu terlampau bagus. Mana layak nak kawan dengan kita
yang setakat orang biasa-biasa ni.’’
‘’Kenapa mulut macam longkang sangat sepupu dia tu? Wait! Sepupu?!’’ Nadia mempamerkan wajah terkejut. ‘’Maksud kau,kau bercakap dengan Nazrul?!’’
‘’Manalah aku nak tahu nama dia.Kenal tak apa tak terus maki aku tak
tentu pasal. Keturunan kerabat konon. Puihh! Ingat aku hadap sangat dengan
status dia tu? Sikit pun aku tak hairanlah!’’ Kataku dengan nada marah.Rasa
geramku dilampiaskan saat itu juga.
‘’Hemm,memang sah Nazrullah ni.Dia sorang saja yang boleh marah orang
tak tentu hala macam ni.’’ Nadia mengangguk-ngangguk kepala,mengiyakan
kata-katanya sendiri.
‘’Kau kenal ke lelaki gila tu?’’ Soalku dengan rasa hairan.
‘’Maunya tak kenal,satu sekolah dulu
kot.Dia tu sepupu yang sama umur dengan Firdaus,tapi walaupun diorang tu satu
keluarga,tapi perangai macam langit dengan bumi.Si Nazrul tu dulu macam
Hitler,garang nak mampus.Tambah pula dia tu pengawas,semua orang memang takut
dengan dia.Kerjanya nak menjerkah orang tak habis-habis,terutamanya kalau dia
dapat tahu ada mana-mana budak perempuan yang cuba menggatal dengan
Firdaus.Memang sampai boleh menangis budak perempuan tu dibuatnya dia.’’
Aku memandang Nadia dengan riak tak percaya. ‘’Sampai macam tu sekali?’’
Nadia mengangguk. ‘’ Ada satu kes ni,Nazrul marah sorang budak form 1 kat depan semua orang sebab budak
tu cuba bagi surat cinta kat Firdaus.Nazrul panggil dia budak
hingusanlah,perempuan tak tahu malulah dan macam-macam lagilah.Memang malu
tahap gabanlah budak tu kan bila kena hina macam tu.Terus pindah sekolah.Aku
pun pernah sekali terdengar Firdaus tegur perangai Nazrul yang baran tu,tapi
Nazrul tu memang spesies tak dengar cakap orang.Bagi dia,dia sorang sajalah
betul.Orang lain semua salah.Aku memang tak suka dengan perangai dia tu.Dan aku
tak pernah sangka satu hari kau pula yang akan jadi mangsa dia.Mesti teruk kau
kena kan.’’ Nadia memandangku dengan wajah simpati.
‘’Apa kena dia tu? Yang dia tu nak marah-marah bila orang suka kat
Firdaus apasal? Firdaus sendiri pun tak kata apa.Dia tu gay ke,suka kat Firdaus?
Sebab tulah dia tak rela bila ada spesies yang berlainan jantina dekat dengan
sepupu dia tu?’’ Dengusku.
Nadia ketawa. ‘’Dulu pun aku
pernah fikir macam tu juga tau.Sebab selain Naurah,Firdaus tu memang rapat gila
dengan Nazrul.Kira Naurah dan Nazrul ni best
friend dialah.Belajar dalam satu kelas,duduk dalam satu rumah,pergi sekolah
pun naik kereta yang sama.Jadi tak mustahillah kan perasaan songsang tu boleh
timbul.Tambah pula Nazrul tu aku dengar pun tak pernah ada girlfriend,macam Firdaus.Jadi logik jugalah.Percintaan terlarang
antara dua sepupu. Hahaha. Lawak juga memikirkan kalau betullah benda ni
terjadi.’’
‘’Aku rasa kalau dia bukan gay pun,dia takkan ada girlfriend punyalah.Perangai macam tu,siapa yang boleh tahan.’’ Aku
menjuihkan bibirku,tanda meluat dengan lelaki yang bernama Nazrul itu.
‘’Betul,betul,betul.Muka dah handsome,tapi
sayang perangai macam Hitler.Kalau bagi free
kat aku pun aku tak mau.’’ Nadia meneruskan ketawanya.
‘’Jadi Ary,apa yang kau nak buat sekarang?’’ Soal Nadia setelah selesai
ketawa.
Aku menarik nafas. ‘’Aku takkan berhubung lagi dah dengan Firdaus.’’
‘’Apa? Kamonlah Ary! Takkanlah kerana apa yang Nazrul cakap kau terus
nak putuskan hubungan kau dengan Firdaus? This
is not fair,Ary.’’ Nadia terkejut.
‘’Nothing is fair in this
world,Nadia.Lagipun aku tak putuskan apa-apa hubungan pun dengan
Firdaus,sebab memang aku tak pernah ada apa-apa hubungan pun dengan dia.Selama
ni Firdaus hanya anggap aku ni menyusahkan dirinya.Dia tak ikhlas pun nak kawan
dengan aku,dengan kau selama ni.’’ Keluhku.
‘’Tapi…’’ Nadia cuba membantah,tapi aku pantas memotong kata-katanya.
‘’Kau tak perlu cakap apa-apa lagi,Nadia.Apa yang aku tahu,aku memang
dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan Firdaus lagi.Tapi kalau kau nak terus
berhubung dengan dia,aku takkan halang.Tapi tolong,jangan libatkan aku.Aku dah
tak nak ada kaitan dengan anak-anak orang kaya tu.’’
Nadia terus kematian kata-kata.
SELEPAS itu,Nadia tidak lagi menyebut nama
Firdaus di hadapanku.Aku sendiri pun selesa begitu.Namun Nadia masih meminjam
telefon bimbitku.Untuk mesej dengan Firdaus barangkali.Aku tiada masalah.Tapi
yang aku mahu hanya satu saja.Jangan libatkan aku!
Namun entah kenapa,sejak aku mengambil keputusan untuk tidak berhubungan
dengan Firdaus lagi,hatiku ini berasa resah sekali. Dan entah mengapa lagi,rasa
rindu mula bertapak di hatiku apabila sudah lama tidak mendengar suara Firdaus.Diri
ini menjadi rindu untuk berbual-bual dengannya.
Ah,adakah aku sudah gila? Kenapa aku harus mempunyai perasaan seperti
ini!
‘’Ary,ada call untuk kau.’’
Kata Nadia kepadaku.Lamunanku tersentak.Sejak tadi satu halaman nota di
hadapanku itu pun tidak kubaca.Entah mengapa,sejak akhir-akhir ini
konsentrasiku begitu terganggu sekali.
‘’Siapa?’’ Soalku pendek.
‘’Entah.Tapi dia kata,dia kawan kau.’’
‘’Kawan aku?’’ Dahiku berkerut.
‘’Aku mana ada kawan lain lagi selain kau.’’
Nadia menjungkit bahu. ‘’ Kau jawab
sajalah call ni.’’ Nadia menyerahkan
telefon bimbitku kepadaku.Setelah aku mengambil telefon itu,Nadia keluar dari
bilik,meninggalkan aku sendirian.
‘’Helo,siapa ni?’’ Aku menyapa pemanggil itu setelah Nadia menutup pintu.
‘’Hello,is there anyone listening
to me right now?’’ Soalku apabila pemanggil itu hanya mendiamkan diri.Aku
menghela nafas.Ini mesti panggilan nak mengacau,desis hatiku.
‘’Hei,kalau kau ingat kau telefon aku ni semata-mata hanya nak
mendiamkan diri macam kau ni orang bisu,baik tak payah.Jangan nak buang masa
aku boleh tak.Ingat aku tak ada kerja lain ke nak buat.’’ Jerkahku dengan nada
tinggi.Sebelum aku sempat menamatkan panggilan,tiba-tiba kedengaran suatu suara
dari corong telefon yang menyentap sanubariku.
‘’Hei,Ria.Ni akulah,Firdaus.’’
Apabila mendengar suara lelaki itu,tiba-tiba hatiku terasa
berdebar-debar.Aku cuba mengawal perasaanku.
‘’Oh,kau rupanya.Nak apa?’’ Aku cuba bersikap selamba.Aku bertanya
kepadanya dengan nada kasar untuk menyembunyikan kegugupanku.
‘’Haih,takkanlah baru telefon dah nak marah-marah.Dahlah dah lama gila
kau tak telefon aku.Janji bila dapat result
nak bagitau.Last-last apa pun tak
ada.Mesej satu pun tak masuk inbox.Macam
ni ke kawan.’’
Aku terasa macam nak tergelak pula apabila mendengar kata-kata Firdaus.
‘’Kawan? Haih,bukan kau benci ke kat aku? Siap kata yang aku ni
menyusahkan kau lagi.Macam ni ke perangai kawan.Depan tunjuk baik macam pijak
semut tak mati,belakang asyik mengata kita macam-macam.’’ Aku memulangkan paku
buah keras.Puas hatiku!
Firdaus terdiam seketika.Aku dapat merasakan dia sedang berfikir alasan
apakah yang dia mahu berikan kepadaku.
‘’Aida dah ceritakan segala-galanya kepada aku tentang apa yang terjadi antara
kau dan Nazrul.Dan aku betul-betul minta maaf kepada kau atas apa yang telah
Nazrul katakan.Percayalah,aku tak pernah sedikitpun membenci kau,apatah lagi
menganggap kau menyusahkan aku.’’ Akhirnya Firdaus menjelaskan kedudukan yang
sebenar.
‘’Habis tu macam mana dia
tahu yang aku cerita pasal hal keluarga aku semua kat kau? Kaulah yang buka
mulut kat dia,kan?’’ Aku terus menyerang Firdaus dengan soalan.
‘’Aku tak pernah sedikitpun bagitau apa-apa pada dia pasal apa yang kau
cerita kat aku selama ni,Ria.Cuma kebetulan masa kita tengah berbual pasal family kau semua,Nazrul ada kat sebelah
aku.Jadi dia kiranya tahu jugalah butiran sikit-sikit tentang apa yang kita
bualkan tu.Mungkin sebab kes kita yang pernah berselisih faham tempoh hari,yang
aku tiba-tiba tak memasal marah kat kau,jadi Nazrul salah anggap.Padahal aku
tak pernah fikir macam tu pun,apatah lagi betul-betul memaksudkan apa yang aku
cakap tu.This is just a misunderstanding,Ria.’’
Hatiku tiba-tiba menjadi lembut apabila mendengar penjelasan
Firdaus.Rasa marahku sebelum ini hilang terus dalam sekelip mata. Tetapi aku
masih tidak mahu mengalah.Aku tetap cuba mengeraskan hatiku agar tidak terlalu
mudah menerima permohonan maaf Firdaus.
‘’Salah faham? Setelah sepupu kau tu maki aku macam-macam kau berani
kata kat aku yang semua ni sekadar salah faham? Kau ingat semudah itu sajakah
aku nak menerima penjelasan kau yang tak masuk akal ni.Memang taklah
kan.Sekarang ni aku tak nak panjang-panjang cerita dan aku pun dah tak nak cari
pasal dengan sepupu kau yang over
protective tu.Mungkin Aida dah bagitau benda ni kat kau tapi biar aku
bagitau kau sekali lagi.Mulai saat ni,aku dah tak nak berhubung dengan kau dan
dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi.Lagipun kita ni macam langit
dengan bumi,tak boleh jadi kawan.’’ Sindirku,memetik kembali kata-kata Nazrul
kepadaku dulu.
‘’Ria,please listen to me….’’
‘’No! You are the one who should listen to me,Tengku Firdaus Amsyar!
Untuk pengetahuan kau,sejak dari awal perkenalan kita sampailah sekarang,aku
tak pernah sedikit pun menaruh perasaan pada kau.Sekelumit pun tak walaupun aku
tahu yang kau ni anak orang kaya,duit berkepuk-kepuk dalam bank. Bahkan kalau
kawan aku tak paksa aku,aku sendiri pun tak nak kenal dengan kau sebab aku
memang dah tahu orang kaya macam kau dan sepupu kau tu memang jenis orang yang
suka pandang hina kat orang yang taraf sosialnya lagi rendah daripada
korang.Jadi jangan nak set dalam
kepala otak korang yang konon-kononnya dari keturunan terhormat sangat tu yang
semua orang miskin macam aku ni kebulur sangat nakkan harta korang.Orang
seperti aku ni pun ada harga diri.Aku takkan pergi mengemis kat oranglah
walaupun aku terpaksa mati kelaparan pun.Terutamanya orang macam sepupu kau
tu.Memang jauh panggang dari api tau tak!’’ Aku meluahkan semua perasaan dalam
hatiku yang hanya kupendam selama ini.Aku tercungap-cungap seketika kerana
putus nafas akibat bercakap tanpa henti.Namun,aku puas!
‘’Dah habis cakap?’’ Soal Firdaus apabila aku tidak lagi meneruskan
kata-kataku.
‘’Dah!’’
‘’Kalau macam tu,sekarang kau pula dengar apa yang aku nak cakap.Untuk
pengetahuan Cik Ria or whatever your name
is,aku tak pernah fikir pun apa yang kau ingat aku fikir tu.Aku tak pernah
pun fikir yang kau ni perempuan yang tak ada harga diri,tak ada maruah atau
apa-apa sajalah yang pernah Nazrul cakap kat kau.Okey,aku akui,masa kali
pertama kau telefon aku tu,aku ingat kau ni hanyalah salah sorang dari
ramai-ramai budak perempuan yang suka kat aku.Tapi memandangkan aku bosan masa
tu,tak tau nak buat apa,jadi aku layan sajalah kau.Bukannya guna kredit aku pun
kan.’’ Firdaus ketawa. Aku mengetap bibir mendengar kata-katanya.Kurang asam
betul!
‘’Tapi bila dah lama-lama aku bersembang dengan kau semua,aku mula rasa
selesa dengan kau.Kau memang tak suka kat aku,aku tau.Kau telefon aku pun
kerana terpaksa,dari nada suara kau pun aku dah boleh agak.Tapi entah kenapa
bila dengan kau, aku rasa macam boleh share
everything.Bila aku sembang dengan kau,aku boleh bagitau
segala-galanya.Macam kita ni dah kawan lama,padahal muka kau pun aku tak pernah
nampak.Jadi,tak ada timbul isu yang kau ni menyusahkan aku and so on,sebab aku memang dah anggap kau sebagai kawan aku.Dan
bukan semua orang kaya berperangai macam yang kau kata tu. Aku tak pernah
memilih kawan aku.Miskin ke,kaya ke,semuanya okey saja bagi aku.Janji orang tu
betul-betul ikhlas nak berkawan dengan aku.’’
Aku terdiam.Hatiku terasa gembira pula saat itu.Entah dari mana dan
kenapa perasaan itu datang pun aku tak tahu.
‘’Maksudnya kau tak pernah bencikan akulah?’’
‘’Tak!’’
‘’Kau tak pernah anggap aku dan Aida menyusahkan kau?’’
‘’Tak!’’
‘’Kau memang betul-betul anggap aku sebagai kawan kau? No doubt?’’
‘’Tak! Eh tak,tak! Yes,yes and yes!’’
Aku tersenyum.Terasa macam comel pula.
‘’Habis tu,sepupu kau yang gila tu macam mana?’’
‘’Gila?’’ Firdaus ketawa. ‘’Don’t worry,aku dah explain semuanya kat dia.Lepas ni dia takkan kacau dan kata
macam-macam kat kau lagi.I promise.’’
‘’Kalau dia buat lagi?’’
‘’Kita sunatkan dia buat kali kedua!’’
Aku tergelak mendengar kata-kata Firdaus.Perasaanku menjadi terhibur
semula kala itu.Hatiku menjadi senang kembali.
‘’Ha,kan bagus kalau gelak-gelak macam ni.Barulah sesuai dengan nama
kau.R.I.A.Ria.Mestilah kena riang-ria dan
happy selalu.’’ Ujar Firdaus dengan nada ceria.
Aku tersenyum. ‘’Yalah.Pandailah
kau nak bodek aku.Aku tak ada duit kecil nak kasi kaulah.’’
‘’Helo,aku cakap ni dengan hati yang ikhlas okey.Tak payah bayar-bayar
semua.’’
‘’Yalah,orang kaya memang selalu cakap macam ni.Apalah ertinya duit
kecil aku yang tak seberapa tu pada kau.’’
‘’Pulak dah!’’ Aku dapat mendengar Firdaus
menepuk-nepuk dahinya.Sekali lagi aku ketawa.
‘’Okey,okey.Now kita masuk ke
bab serius.Aida bagitau aku,kau dapat CGPA bagus untuk semester lepas. Pandai
betul kau ni. Maklumlah,budak PASUM lah katakan.’’ Usik Firdaus.
‘’Tak boleh nak lawan dengan kaulah. Budak U
luar negara,mana sama standard dengan
budak belajar U kat Malaysia.’’
‘’Jangan nak merendahkan martabat budak U Malaysialah. Kau pernah dengar
rumour tak,sebenarnya kerajaan suka
simpan students yang pandai terlebih
macam kau untuk belajar kat U dalam negara,manakala yang pandai biasa-biasa ni
pula diorang hantar pergi luar negara. So,you
should be proud of yourself.’’
‘’Oh,kiranya kau nak kata yang kau ni kurang pandai berbanding akulah?’’
‘’Yalah. Kau dulu dapat 6A1 dalam SPM,aku dapat 3A1 saja. So,siapa yang lagi pandai?’’
‘’Ni mesti Nadia yang beritahu kau,kan.’’ Rungutku.
Firdaus ketawa. ‘’Alah,kau janganlah marah kat dia.Dan memandangkan
keputusan kau bagus dan sebagai tanda minta maaf atas keceluparan mulut sepupu
aku yang tercinta tu,aku nak bagi kau hadiah.’’
‘’Hadiah?’’ Aku mengerutkan dahi. ‘’Hadiah apa yang kau nak bagi kat aku? Nak
kirim pakai pos laju ke? Kau tahu ke alamat rumah aku?’’
‘’Bukan hadiah tulah.Tapi hadiah yang lebih special,yang tak mungkin dilupakan oleh kau sampai bila-bila.’’
‘’Mengada-ngadalah kau ni.Cakaplah cepat!’’ Aku mula rasa tak sabar.
‘’Berlatar masakan malam yang tenang ini,ditemani oleh bulan purnama
yang bercahaya terang dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa,aku ingin
menyanyikan sebuah lagu yang istimewa,khas ditujukan kepada kawan aku yang juga
adalah seorang yang istimewa iaitu Ria!’’ Kedengaran di talian sebelah sana
Firdaus sedang menepuk tangan di atas kata-katanya sendiri.
‘’Kau nak menyanyi untuk aku? Boleh ke kau ni? Nanti hujan lebatlah!’’
Aku memperlekehkan kebolehannya.
‘’Hei,kau belum dengar lagi suara aku,sebab tulah kau tak tahu.Aku ni
ada bakat terpendam dalam bidang nyanyian sebenarnya.Dulu aku ada jugalah
terfikir kan nak jadi penyanyi.Tapi bila memikirkan yang nanti penyanyi-penyanyi
yang lain tu tak boleh cari makan pula,jadi aku kuburkanlah hasrat aku tu.Tak
baik nak sekat periuk nasi orang.’’
‘’Hemm,tinggi betul keyakinan kau tu.Cuba nyanyi sikit.Teringin juga aku
nak dengar sesedap mana suara kau tu sampai boleh tutup periuk nasi orang lain.’’ Cabarku.
‘’Okey,aku mula sekarang ya.Aku siap main gitar lagi tau.Hemm…hemm…’’
Firdaus berdehem. ‘’Jadi dengan ini,saya
ingin mempersembahkan lagu Its All About You dari McFly,khas ditujukan untuk
Ria,gadis yang cukup bertuah pada malam ini kerana dapat mendengar suara saya
yang merdu bak buluh perindu.One..two..three!
Its all about you…
its all about you baby….its all about you… its all about you… yesterday you
asked me something I thought you knew… so I told you with a smile… its all
about you…then you whispered in my ear and you told me too… said you’d make my
life worthwhile…its all about you…’’
Dan begitulah seterusnya setelah Firdaus selesai menyanyikan keseluruhan
lagu itu.Setelah Firdaus tamat,aku menepuk tanganku.
‘’Terima kasih,terima kasih.’’ Kata Firdaus bangga. ‘’Jadi pada pendapat
saudari,bagaimana suara saya tadi? Boleh keluarkan single sendiri tak?’’
‘’Ermm…pada pendapat sayalah saudara, awak main gitar tu dah okey,cuma
satu saja masalah sekarang ni.’’
‘’Apa?’’
‘’Suara awak tu,sumbang sangat.’’
Firdaus terus ketawa. ‘’ Oh?
Ketara sangat ke kesumbangannya? Ingatkan tadi boleh cover.’’
‘’Ya,saudara Tengku Firdaus Amsyar.Kalau macam nilah gayanya suara
awak,penyanyi-penyanyi di negara kita ni bukan tak boleh cari makan,tapi tak
lalu makan dibuatnya sebab suara awak yang ‘sedap’ tu asyik terngiang-ngiang di
telinga mereka.’’
‘’Ermm…yalah.Sebenarnya aku tahu yang suara aku tak sedap,tapi aku
sengaja mengaku yang suara aku sedap.Kalau tak mesti kau tak nak dengar
kan.Bersedialah untuk bermimpi ngeri malam ni,diganggu oleh suara aku yang
mengerikan.’’ Gurau Firdaus.
‘’Yalah agaknya.Malam ni nampaknya aku kena menumpang tidur kat katil
kawanlah.Baru tak rasa seram sangat.’’
Kami berdua ketawa.
‘’But anyway,thanks sebab sudi
susah-payah nyanyikan lagu tu untuk aku.Walaupun suara kau sumbang,tapi bagi
aku itulah nyanyian yang paling best sekali
pernah aku dengar.’’ Kataku,ikhlas dari sudut hati yang paling dalam.
‘’No hallah.Kita kan
kawan.Kawan mesti saling menghiburkan antara satu sama lain,betul tak?’’
Aku tersenyum seraya
mengiyakan kata-kata Firdaus.Saat itu,aku rasa gembira sekali. Dan semua itu
kerana seorang lelaki yang bernama Tengku Firdaus Amsyar.Yang tidak pernah
kusangka kehadirannya dalam hidupku mampu memberi kegembiraan pada sekeping hati
ini.
No comments:
Post a Comment