ENAM TAHUN KEMUDIAN...
‘’DENGAN bangganya,saya mengumumkan bahawa
anugerah Khidmat Cemerlang syarikat Cemerlang Holdings bagi tahun ini sekali
lagi menjadi milik, Cik Nur Ariana Abdullah!’’
Tepukan yang gemuruh kedengaran di dalam dewan yang sederhana besar
itu.Aku bangun dari tempat dudukku,seraya berjalan menuju ke arah
pentas.Penampilanku malam itu sangat ringkas,hanya memakai baju kurung bercorak
bunga-bunga kecil berwarna merah dan hanya bedak asas yang menjadi mekap pada
wajahku.Jauh berbeza sekali dengan para hadirin lain yang memakai baju-baju
yang serba mewah dan bergemerlapan di sana-sini.
‘’Cik Ariana,sila berikan ucapan.’’ Ujar pengerusi majlis sebaik aku
berada di atas pentas.Aku mengeluh.Memang inilah saat-saat yang aku paling setiap
kali menghadiri majlis itu.Kalau nak bagi anugerah tu,bagi sajalah.Ni nak suruh
orang berucaplah,apalah.Banyak songeh betul,rungutku dalam hati.
‘’Assalamualaikum dan salam sejahtera para hadirin
sekalian.Sebenarnya,saya tak ada apa-apa rahsia yang mahu dikongsikan.Sekiranya
anda hendak berjaya,kena ada keazaman,kerajinan dan kesungguhan dalam setiap
perkara yang anda lakukan.Dan selepas itu,tidak mustahil sekiranya anda pula
yang menggantikan tempat saya di atas pentas ini pada tahun hadapan.Sekian,terima
kasih.’’
‘’Cik Ariana,siapakah yang menjadi pendorong anda untuk bekerja keras
sehingga mampu meraih anugerah Khidmat Cemerlang ini pada setiap tahun sejak
anda menyertai syarikat Cemerlang Holdings ini?’’ Tiba-tiba pengerusi majlis
itu bertanya saat aku baru saja mahu melangkah turun dari pentas.Mendengar
soalannya itu,aku tersenyum sinis.
‘’Awak tahu tak yang soalan awak tu sangat kelakar?’’ Soalku.
Wajah pengerusi majlis itu berubah apabila mendengar kata-kataku.Sementara
hadirin yang lain mula berbisik sesama sendiri.
‘’Untuk pengetahuan anda semua,saya berjaya seperti sekarang atas usaha
saya sendiri.Tiada sesiapa pun yang menjadi pendorong saya.Kalau ada
pun,hanyalah diri saya sendiri. Jadi nasihat saya,kita jangan terlalu
bergantung harap kepada orang lain untuk berjaya.Kejayaan kita ditentukan oleh
diri kita sendiri,bukannya orang lain.’’
Seluruh isi dewan terdiam.Tiada tepukan yang gemuruh kedengaran seperti
tadi.Aku tidak peduli.Macamlah selama ini aku peduli pun.Lagipun kalau tak
disebabkan arahan syarikat dan paksaan Nadia,aku sendiri pun tidak mahu hadir
ke majlis tersebut.
Aku menggenggam trofi dan sijil yang dimenangiku sebentar tadi dan
berjalan keluar dari dewan tersebut.Aku menaiki bas lalu pulang ke rumah.
AKU membelek-belek kertas kerja yang
berselerakan di atas meja itu.Sesekali aku menjeling jam yang pada
dinding.Pukul 11.00 malam.Aku mengeluh.Hari sudah begini lewat,tetapi Nadia
masih tidak pulang ke rumah.Sudahlah tadi dia memungkiri janji mahu menemani
aku ke majlis ulang tahun syarikat,sekarang dia pulang lewat tanpa langsung
memaklumkan kepadaku ke mana dia pergi.Dan paling merisaukan aku,dia keluar
bersama Adnan ,lelaki yang bagiku langsung tidak boleh dipercayai.
Tiba-tiba aku mendengar tombol pintu rumah yang disewaku bersama Nadia
itu dibuka dari luar.Aku menjengahkan kepalaku ke arah pintu.Aku mendengus
apabila melihat Nadia sedang berdiri bersama Adnan di luar.Mereka kelihatannya
sedang bercakap sesuatu dengan mesra sekali.Aku bangun dan pergi ke pintu.
‘’Lambat balik?’’ Teguranku
mengejutkan mereka.Perbualan mereka terus terhenti.
‘’Err…. Kitorang pergi somewhere
tadi.Sebab tulah lambat sikit.Sorry.’’
Nadia menjelaskan kepadaku bagi pihak mereka berdua.Aku dan Adnan bertentang
mata.Adnan merenungku bagai tidak berpuas hati denganku. Jelik aku melihat pandangannya.
‘’Lambat pun agak-agaklah.Ingat elok sangat ke bawa anak dara orang
keluar sampai malam-malam macam ni? Tak pernah belajar adab ke kat sekolah
dulu?’’ Sengaja aku menyindir Adnan.
‘’Memanglah aku pernah belajar.Tapi tak
sangka pula ada orang kolot yang masih mempraktikkan benda-benda tu pada zaman
sekarang ni.Zaman dah maju okey,modenlah sikit.Takkanlah setakat balik lewat
sikit pun nak bising.’’ Adnan terus membalas.
‘’Kenalah bising,sebab Nadia ni perempuan.Kau lelaki.Nanti apa-apa
terjadi,kau nak bertanggungjawab ke? Macamlah aku tak kenal perangai lelaki
macam kau ni.’’
‘’Hoi,kau ingat kau ni siapa hah?’’ Adnan kelihatannya sudah hilang
sabar denganku.
‘’Hei korang,sudahlah.’’ Nadia cuba menamatkan pertelingkahan antara
kami berdua. ‘’Adnan,you balik dulu
ya.Nanti I call you balik.’’
Adnan tak berpuas hati dengan kata-kata
Nadia,tetapi apabila dipujuk oleh Nadia berkali-kali,akhirnya dia
mengalah.Sebelum dia meninggalkan rumah,dia sempat menghadiahkan pandangan
tajam berbaur amaran kepadaku.Aku tersenyum sinis.Ingat aku takut sangat ke!
‘’Kau ni kan Ary,kenapa suka sangat cari pasal dengan Adnan tu?’’ Soal
Nadia setelah menutup pintu rumah.
‘’Sebab aku tak suka kat dia.’’ Aku berkata selamba.Sememangnya aku
sudah berterus-terang dengan Nadia sejak dari awal lagi bahawa aku tidak suka
akan teman lelakinya itu.
‘’Tapi kenapa?’’
‘’Sebab dia dah ajar kau agar memungkiri janji dengan kawan baik kau
sendiri.’’
Nadia tersentak. Wajahnya berubah. ‘’Apa maksud kau?’’
‘’Aku terdengar perbualan kau
dengan dia siang tadi.Kau tak jadi nak temankan aku ke majlis syarikat aku tu
sebab dia tak bagi kan?’’
‘’Bukan macam tu,Ary.Kebetulan hari ni ada majlis hari jadi kawan dia
juga.Dia ajak aku dan aku pun…’’
‘’Apa? Kau tak boleh menolak?’’ Aku tersenyum sinis kepada Nadia. ‘’Kau dah berjanji dengan aku sejak sebulan
lepas,Nadia.Tapi kau senang-senang saja batalkan janji kita tu sebab dia ajak
kau pergi party kawan dia. Last minute pula tu.Adilkah macam ni?’’
‘’Ary,aku minta maaf.Tapi bila dia dah ajak,aku tak sampai hati nak
tolak permintaan dia.Tambahan pula dia bukan main lagi merayu aku agar pergi
dengan dia.’’
‘’Walaupun dia tahu yang kau sepatutnya temankan aku hari ni? Bila dia
dah tahu barulah dia nak terhegeh-hegeh ajak kau pergi party kawan dia semua? Aku memang dah agak yang dia memang jenis
lelaki macam ni.Sejak mula-mula lagi kau perkenalkan aku kat dia,aku dah tahu
yang dia bukan lelaki baik.’’
Raut wajah Nadia berubah merah apabila mendengar kata-kataku.
‘’Stop it,Ariana! Kau boleh
marah aku,tapi jangan sesekali kutuk Adnan macam tu.Aku tak suka!’’ Ujar Nadia
dengan rasa marah.
‘’Kenapa? Tak suka bila aku dedahkan sisi buruk teman lelaki kau tu? Tak
boleh terima kenyataan yang Adnan tak sebaik yang kau sangkakan?’’ Soalku
dengan berani.
‘’Ya! Memang aku tak suka.Tiada sesiapa pun yang berhak untuk mengkritik
dia,termasuklah kau!’’
‘’Inilah akibatnya kalau fikiran tu dah terlalu taksub dengan
cinta.Sampai kejahatan di depan mata pun kau tak boleh nak nampak.’’
‘’Biarlah kalau aku dah dibutakan oleh cinta
sekalipun.Sekurang-kurangnya aku tak macam kau.Gara-gara nak melayan kau yang
terlalu emosi sampai tak menyempat-nyempat nak meluah perasaan,Firdaus terlibat
dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa dia.Elok sangatlah tu kan.’’ Luah
Nadia tanpa disedarinya.Seketika kemudian dia tergamam,tidak menyangka yang dia
akan berkata begitu.
Suasana menjadi sepi terus antara
kami berdua.Mulutku tertutup rapat,tidak lagi lantang berkata-kata seperti
tadi.Aku pantas mengemas fail-failku yang bertaburan di atas meja dan melangkah
ke arah bilikku.Lepas masuk,aku menutup pintu bilikku kasar dan bersandar di
belakangnya.
Aku tidak menyangka bahawa setelah sekian lama,nama itu akan disebut
lagi di hadapanku.Ingatanku kembali mengenang perbualan terakhir di antara aku
dan dirinya dahulu.Perbualan terakhir yang hampir meragut nyawanya.Aku mengetap
bibir.
Aku pergi ke katilku dan mengeluarkan sebuah buku dari dalam laci. Aku
mengeluarkan sehelai keratan akhbar yang terselit di sebalik buku itu dan
membacanya buat sekelian kalinya.
GOMBAK – Mangsa dalam satu kemalangan
jalan raya yang berlaku di sini baru-baru ini,Tengku Firdaus Amsyar Tengku
Farizuddin,23 , telah disahkan berada dalam keadaan stabil setelah koma selama
beberapa minggu.Doktor yang merawatnya bagaimanapun memberitahu,mangsa masih
perlu penjagaan rapi untuk memastikan dia pulih sepenuhnya dari kecederaan yang
dialami.
Keratan akhbar itu aku peroleh,enam minggu selepas tragedi itu
berlaku.Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa leganya hati ini apabila tahu bahawa Firdaus
terselamat daripada kemalangan yang dahsyat itu,walaupun doktor sendiri telah
memberitahu pada awalnya bahawa Firdaus mempunyai peluang yang sangat tipis
untuk hidup.Namun perkara itu tidak sedikitpun menghapuskan perasaan bersalah
dalam hatiku.Dan hari ini, setelah enam tahun berlalu, Nadia telah
membangkitkan kembali kenangan pahit itu dalam fikiranku.Tatkala aku sedang
berusaha untuk melupakan segala-galanya dan meneruskan kehidupanku.
No comments:
Post a Comment