‘’ARIANA,awak tak apa-apa ke?’’
Soalan Tengku Yusrizal itu membuatkan aku tersentak.Aku memandang ke
wajah bosku itu.
‘’ Kenapa Tengku tanya macam tu?’’ Soalku,walhal aku sendiri tahu
jawapan kepada soalanku itu.
‘’Tak adalah.Semenjak beberapa hari ni saya tengok awak asyik mengelamun
saja.Macam ada sesuatu yang mengganggu
fikiran awak sampai awak tak boleh tumpukan perhatian pada kerja.Awak ada
apa-apa masalah ke?’’ Soal Tengku Yusrizal prihatin.
Aku tersenyum pahit.Penuh kepura-puraan.
‘’Saya tak ada apa-apa masalah,Tengku. Cuma sejak kebelakangan ni saya
kurang tidur sebab banyak sangat kerja kat pejabat,itu yang Tengku tengok saya
asyik tak bermaya saja.’’ Aku cuba memberikan alasan yang paling munasabah yang
dapat kufikirkan.
‘’ Janganlah asyik fikirkan kerja sangat.Kesihatan tu awak kena jaga
juga.’’ Nasihat Tengku Yusrizal.Aku hanya mengangguk.
Setelah selesai urusanku dengan Tengku Yusrizal,aku kembali ke bilikku
dan duduk bersandar di atas kerusiku.Aku mengeluh.Peristiwa tempoh hari masih
menghantui fikiranku.Aku tidak menyangka,setelah beberapa tahun berlalu,aku
akan dapat bersua muka dengan Firdaus dalam situasi yang langsung tidak dapat
kuduga.
Aku menutup mataku rapat.Diriku teringat-ingat akan situasi yang berlaku
di kedai makan itu.Setelah aku mengetahui lelaki itu adalah Firdaus,tanpa berlengah
aku terus beredar dari situ.Aku meredah hujan yang turun semakin
menggila.Panggilan Nadia langsung tidak kupedulikan. Aku masuk ke pejabat dalam
keadaan baju yang basah kuyup dan menghempaskan pintu kasar sehingga menarik
perhatian semua pekerja ketika itu.Tubuhku menggigil dan keadaan persekitaranku
terasa begitu dingin sekali.Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu bagaimana
perasaanku ketika itu.Takut,terkejut,gemuruh,semuanya bercampur baur menguasai
diriku.
‘’Disebabkan perangai bodoh sombong kau tu Firdaus sedang berada dalam
koma,bahkan nyawanya pun sedang berada di hujung tanduk. Dan semuanya berlaku
disebabkan perempuan tak sedar diri macam kau.Dasar pembawa malang!‘’
Kata-kata sepupu Firdaus itu terngiang-ngiang kembali di telingaku.Aku
menekup telingaku rapat.Tak,aku bukan pembawa malang! Aku bukan! Jeritku di
dalam hati.
Tak,Ariana! Kau memang pembawa malang.Kau tak layak untuk menerima atau
memberi kasih sayang kepada sesiapa pun,kerana kau hanya akan membawa kesusahan
kepada orang yang kau sayangi.
Tiba-tiba suatu suara berbisik di telingaku.Aku tidak tahu dari mana
suara itu datang.Puas aku menafikannya,tetapi hatiku terlalu lemah untuk
menolaknya.Jeritan terakhir Firdaus semasa kemalangan itu bagaikan masih
bergema di cuping telingaku.Bunyi kereta yang dinaikinya terbabas juga masih
dapat kuingat dengan jelas.
Air mataku mengalir.Kalaulah masa boleh diputar,aku takkan sesekali
memilih untuk kenal dengan Firdaus.Bahkan aku juga tidak akan menerima tawaran
Nadia.Biarlah aku gagal dalam peperiksaan.Biarlah Abang Haikal tidak mendapat
modal untuk perniagaannya. Kerana dari situlah segala masalah timbul,sehingga
ke tahap nyawa lelaki yang tidak bersalah hampir hilang kerana aku!
‘’PERKENALKAN,Ariana. Ni anak lelaki
saya,Tengku Nazrul Hakimi,bakal pengarah urusan baru syarikat ni. Nazrul,ni
pula Ariana. Pengurus projek di syarikat kita.’’
Tengku Yusrizal memperkenalkan anak lelakinya kepadaku.Lelaki kacak yang
segak berkot dan memakai tali leher berwarna biru laut itu hanya
mengangguk-nganggukkan kepala. Aku tersenyum nipis seraya menghulurkan tangan
kepadanya,mahu bersalaman. Tetapi wajah aku berubah apabila Nazrul tidak
menyambut huluran tanganku,sebaliknya berpura-pura meliarkan pandangannya ke
sekeliling pejabat. Aku pantas menjatuhkan tanganku. Malu betul aku
diperlakukan seperti itu.
‘’Nazrul,lepas ni kalau kamu perlukan apa-apa bantuan atau nak tanya
perkara berkenaan syarikat,kamu boleh rujuk kepada Ariana. Papa telah meminta
pertolongannya untuk membantu kamu sementara kamu nak biasa dengan keadaan di
syarikat ni,sebab dia adalah pekerja yang papa paling percaya sekali.’’
‘’Orang yang paling papa percaya?’’ Tengku Nazrul tersenyum. ‘’I see!’’
Entah kenapa,aku dapat mendengar kesinisan dalam nada suara lelaki itu.
Macam nak isytihar perang dengan aku saja lelaki ni,desis hatiku.
KETIKA aku sedang membuat kerjaku,tiba-tiba
interkom di hadapanku berbunyi.
‘’Helo.’’ Kataku.Panggilan itu daripada bilik pengarah.Yakni daripada
Tengku Nazrul.
‘’Sila datang ke bilik saya sekarang.’’ Tanpa menunggu sebarang jawapan
daripadaku,talian dimatikan.Aku segera bangun dari dudukku dan bergegas ke
bilik pengarah urusan.
‘’Ya Encik Nazrul,ada apa-apa yang boleh saya bantu?’’ Soalku setelah duduk
berhadapan dengan lelaki itu.
Tengku Nazrul tidak menjawab pertanyaanku.Dia hanya memandangku dari
atas ke bawah.Aku mula berasa tidak
selesa apabila dia merenungku sebegitu.Aku berpura-pura berdehem,tetapi dia
masih memandangku dengan cara yang sama.Ah,ini tak boleh jadi!
‘’Maafkan saya.Kalau Encik Nazrul tak ada
apa-apa yang penting untuk dikatakan,boleh tak saya keluar sekarang? Sebab saya
ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat.’’ Ujarku kurang senang.
Tengku Nazrul mengangkat keningnya.
‘’Oh ya? Bukankah tugas awak sekarang adalah membantu saya dalam
syarikat ni?’’
‘’Memanglah.Tetapi itu bukan bermakna saya perlu duduk dalam bilik ini
sepanjang hari,berhadapan dengan Encik Nazrul yang asyik memandang saya dengan
pandangan macam saya ni dah buat salah besar.’’ Akhirnya aku meluahkan isi
hatiku.Selama tiga hari lelaki itu memegang jawatan pengarah urusan di
Cemerlang Holding,aku sudah cuba sebaik mungkin untuk bertoleransi
dengannya,mengenangkan dia adalah anak kepada Tengku Yusrizal.Juga bosku.Tetapi
apabila melihat Tengku Nazrul asyik melayanku dengan dingin,aku rasa aku juga
mempunyai hak untuk mempertahankan diriku.
‘’Wah,nampaknya betullah seperti apa yang dikatakan oleh papa saya.Awak
ni memang seorang yang outspoken,berani
juga I guess.Tak hairanlah papa kata
awak ni adalah pekerja kesayangan dia.’’Tengku Nazrul bangun dari kerusinya
lalu berbisik di telingaku.
‘’Itupun kalau memang betul yang awak ni sekadar pekerja dia sajalah
kan.’’
Wajahku berubah apabila mendengar tuduhan itu. ‘’Apa yang Encik Nazrul maksudkan ni? Jangan
nak tuduh saya yang bukan-bukanlah.Saya tak suka.’’
‘’Oh,pandai pula kau kata yang kau tak suka bila aku cakap macam tu?
Habis tu,kau ingat aku sukalah bila tahu yang kau tu ada skandal dengan papa
aku?’’ Ujar Tengku Nazrul sinis.Bahasanya juga sudah berubah menjadi kasar.
‘’Dari mana Tengku dapat tahu pasal semua ni? This is all nonsense!’’ Aku sudah mula naik marah dengan tuduhan
Tengku Nazrul itu.
‘’Tak payah nak nafikanlah.Aku dengar cerita daripada pekerja kat
sini,kau dengan papa bukan main rapat lagi masa kat pejabat.Kau ingat aku tak
tahu ke yang kau dan papa pergi bercuti sama-sama ke Dubai dua bulan lepas.Siap
pergi beli cincin segala lagi.Jangan-jangan dah kahwin dekat Selatan Thailand
tu.’’
‘’Siapa yang pandai-pandai buat cerita ni?’’ Tahap kesabaranku sudah
hampir sampai ke puncak.Kalaulah aku tahu siapa yang pandai-pandai buat cerita
itu,memang nahas orang itu aku kerjakan!
‘’Kau tak perlu tahulah siapa yang bagitau aku cerita ni.Lagipun,yang
nampak kau dengan papa kat Dubai tu pun sepupu aku sendiri.Takkanlah dia nak
menipu aku pulak.’’
‘’Encik Nazrul,seriously saya
cakap yang saya tak tahu apa yang terjadi.Ya,memang Tengku Yusrizal ada pergi
ke Dubai dua bulan lepas,tapi bukan dengan saya.Kalau Encik Nazrul tak
percaya,Encik Nazrul boleh check dengan Marlia.Saya memang datang
kerja sepanjang Tengku Yusrizal berada di Dubai.Jadi macam mana orang yang sama
boleh berada di dua tempat yang berlainan,in
the same time?’’
‘’Whatever,I
don’t care.Sekarang ni aku bagi kau kata dua.Kau pilih.Kau nak berhenti
secara sukarela ke atau kau nak aku yang pecat kau?’’
Kata-kata Tengku Nazrul itu betul-betul mengejutkan aku.
‘’Are you crazy? Encik Nazrul
tak berhak nak pecat saya tanpa alasan yang munasabah macam ni!’’ Aku terus
menjerkah dengan nada suara yang tinggi.Kesabaranku memang betul-betul telah
hilang ketika itu apabila Nazrul mahu memecatku kerana alasan yang bodoh.
‘’Aku berhak untuk pecat kau sebab aku adalah pengarah urusan syarikat
ni! And you want a reason? Because you have an unforgivable scandal
with my father!’’
‘’Kalau saya betul-betul buat benda tu,tunjukkan bukti! Bawa orang yang
konon-kononnya ternampak saya dengan Tengku di Dubai tu dan suruh dia cakap
sendiri depan saya.Kemudian saya sendiri akan keluar dari syarikat ni secara
sukarela.’’ Cabarku.
‘’Okay,fine.As you wish!’’
Tengku Nazrul mencapai telefon pejabat dan mendail nombor seseorang.
‘’Daus,come to my office now.I
need your confirmation about something.Very urgent.’’ Tengku Nazrul berkata
kepada orang yang dipanggil Daus itu.Setelah selesai bercakap,Tengku Nazrul
meletakkan telefon dan memandangku dengan pandangan sinis.
‘’We will see!’’
Kemudian aku pula membalas dengan kata-kata yang sama. ‘’We
will see!’’
Tak sabar-sabar aku mahu melihat wajah orang yang cuba menganiayaku
itu.Dua puluh minit berlalu,akhirnya penantianku tiba ke penghujungnya.
‘’Encik Nazrul,ada seseorang nak jumpa.Dia kata dia adalah sepupu Encik
Nazrul dan Encik Nazrul yang panggil dia ke mari.’’ Suara Marlia,setiausaha
Nazrul kedengaran melalui interkom.
‘’Ya,benarkan dia masuk.’’ Arah Tengku Nazrul.Seketika kemudian,pintu
bilik itu dibuka.Aku mengalih pandang ke arah pintu itu,dan aku rasa macam tak
percaya dengan apa yang kulihat di hadapan mataku kini.
‘’Yo,Nazrul! What’s up? Apa
yang urgent sangat sampai panggil aku
datang office kau ni?’’ Tegur Firdaus
dengan ceria.Dia masih tidak menyedari akan kehadiranku di situ.
Aku berasa jantungku bagai bergegar apabila mendengar suara Firdaus.YA-ALLAH,apa yang dia buat kat
sini?
‘’Daus,aku nak tanya kau.Perempuan ni kan yang kau nampak bersama papa aku
kat Dubai dulu?’’ Nazrul menudingkan jarinya ke arahku.Wajahku menjadi pucat
apabila Firdaus memandangku.Dia memerhatikanku buat tempoh yang agak lama.
‘’Ariana,right?’’
Aku terkedu apabila Firdaus menyebut namaku.Habislah,dia sudah tahu siapa
aku yang sebenarnya!
No comments:
Post a Comment