‘’ASSALAMUALAIKUM.’’ Kedengaran orang memberi
salam di luar rumah.Aku yang mengenali tuan punya suara itu segera keluar dari
bilik.
‘’Waalaikummussalam.Nadia!’’ Aku berasa gembira apabila melihat Nadia
dan ibu bapanya.Aku tidak menyangka yang Nadia akan datang ke rumahku pada hari
raya ketiga itu.Abang Haikal juga berasa senang menyambut kehadiran yang tidak
diduga itu.
‘’Jemputlah duduk,tuan,puan,Nadia.’’ Pelawa Abang Haikal.Ibu bapa Nadia
duduk di sofa di ruang tamu itu diikuti dengan Abang Haikal.Aku ke dapur untuk
mengambil mengisi jag air yang hanya tinggal separuh penuh.Nasib baik Sarah dan
mak cik sudah keluar untuk berhari raya di rumah nenek yang terletak tidak jauh
dari situ.Kalau tidak,entah apalah yang mereka akan buat untuk memalukan aku di
hadapan keluarga Nadia.
‘’Maaflah kalau kami datang mengganggu pagi-pagi raya macam ni.Tapi anak
saya nilah,bersungguh-sungguh nak datang sini lepas kami balik dari kampung
pagi tadi.Nak berjumpa dengan Ariana katanya.’’ Kata Doktor Ariffin.
‘’Tak apa,doktor.Tak mengganggu pun.Bahkan saya gembira yang doktor
sekeluarga sudi datang ke rumah saya yang tak seberapa ni.’’ Balas Abang
Haikal.
Doktor Ariffin tersenyum. ‘’Macam
mana dengan perniagaan Haikal sekarang?’’
‘’Alhamdullillah,semuanya berjalan lancar.Semuanya berkat bantuan tuan
doktor juga.Kalau tuan doktor tak membantu bagi modal,entah bilalah impian saya
tu akan menjadi kenyataan.Saya berjanji bila perniagaan saya dah stabil nanti
dan dah untung,saya akan bayar balik duit yang tuan doktor pinjamkan kepada
saya tu.’’
‘’Tak perlulah bertuan-tuan doktor dengan saya,Haikal.Panggil saya pak
cik cukuplah.’’ Ujar Doktor Ariffin.Abang Haikal tersenyum seraya
mengangguk.Aku datang dengan membawa jag yang berisi air oren.
‘’Jemput minum,pak cik,mak cik,Nadia.’’ Ujarku sambil menuangkan air
oren ke dalam gelas yang sudah tersedia di atas meja.
‘’Terima kasih Ariana.’’ Kata Doktor Ariffin dan Doktor Nafisa
serentak.Belum sempat aku duduk,Nadia pula bangun dari kerusi.
‘’Abang Haikal,Nadia pinjam Ariana kejap ya.’’
‘’Tak apa,Nadia.Nak pinjam lama-lama pun
boleh.’’ Gurau Abang Haikal.Nadia tersenyum lalu menarikku ke luar rumah
pantas.
‘’Hish apasal kau ni? Nak cepat-cepat sangat ni kenapa?’’ Soalku apabila
kami sudah berada di halaman rumah.
‘’Telefon Firdaus sekarang!’’ Nadia tidak
mengendahkan soalanku.Wajahnya kelihatan cemas sekali.
Aku mengerut dahi. ‘’ Kenapa pula
nak kena telefon dia tiba-tiba pula ni?’’
‘’Alah,janganlah banyak tanya.Telefonlah cepat!’’ Gesa Nadia.Aku
mengalah.Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan mendail nombor Firdaus.
‘’Hai Crab,what’s up?’’ Tegur
Firdaus sebaik dia menjawab panggilanku.Aku menjeling ke arah Nadia,namun Nadia
hanya mendiamkan diri.Aku jadi tertanya-tanya.Tadi bukan main lagi
bersungguh-sungguh nak aku menelefon Firdaus,sekarang bila dah boleh bercakap
diam pula.
‘’Tak ada apalah.Saja saja nak dengar suara si katak puru yang
sumbang.Kenapa,tak boleh?’’ Balasku.
‘’Sesumbang-sumbang suara si katak puru ni pun,nak juga kau dengar
kan.Kenapa,rindu ke?’’ Usik Firdaus.
‘’Hee… ingat aku tak ada kerja lain ke.’’ Aku berkata jelik.
‘’Memanglah kau tak ada kerja lain.Kalau tak takkanlah kau telefon aku
sekarang kan.’’ Firdaus ketawa.Aku mengetap bibir.
‘’Yalah,yalah.Aku kalah,kau menang.Kau memang suka mengenakan aku
kan.Pantang salah cakap sikit,ada saja
trick kau.’’
‘’Alah,sekali sekala saja pun.Lagipun aku dah tak lama lagi kat sini.In 3 to 4 weeks nak fly off dah.Jadi lepas tu tak dapatlah aku kenakan kau
lagi.Haha...’’ Sekali lagi Firdaus ketawa.
Aku tersentak.Pantas aku mengalihkan wajah ke arah Nadia yang murung.
‘’ Kau nak fly off? Pergi
mana?’’ Aku bertanya dengan nada yang tersekat-sekat.
‘’London. Tolong uruskan business
papa aku dekat sana.’’ Beritahu Firdaus dengan suara yang ceria.
Aku rasa jantungku bagai mahu luruh ketika itu juga.Riak wajahku terus
berubah.
‘’Bi…bila kau decide pasal
benda ni? Kau tak pernah cerita kat aku pun.’’ Aku cuba bersuara selamba,walhal
gelodak hebat yang melanda hatiku ketika itu hanya aku seorang yang tahu
bagaimana rasanya.
‘’Adalah dalam seminggu lepas macam tu.Aku memang nak bagitau kat
kau,tapi aku terlupa pula.Maklumlah,sibuk sangat uruskan pemergian aku ke sana.
Sorry.’’
‘’Berapa tahun kau kat sana?’’ Aku terus menyoalnya.Nadia di sampingku
turut mendengar apa yang kami bualkan.
‘’Mungkin untuk selama-lamanya kot.’’
‘’Hah,selama-lamanya?’’ Terkejut aku mendengar jawapan itu.Nadia di
sebelahku sudah mula mengalirkan air mata.
‘’Yalah,sebab ibu pejabat syarikat perkapalan papa aku berpangkalan di
sana. Jadi memandangkan suatu hari nanti aku yang bakal gantikan papa aku,so
kenalah stay kat sana terus. Aku
balik Malaysia lepas habis study hari
tu pun untuk melepas rindu saja. Lepas ni entah bila aku dapat balik semula ke
sini.’’ Terang Firdaus kepadaku.
‘’Jadi,kiranya lepas ni kau takkan balik semula ke Malaysia?’’ Aku
mengeluh.
‘’Bukan tak balik terus,tapi susahlah. Jarak UK dengan Malaysia ni pun
bukannya dekat. Mula-mula sebenarnya aku bercadang nak uruskan dulu cawangan
syarikat papa aku kat OZ, tapi dah papa aku berkeras juga nak aku tolong dia kat
London tu, tambah pula sepupu aku yang kau kata gila tu pun akan ikut aku
sekali nanti untuk timba pengalaman kat London sebelum uruskan syarikat kat
Malaysia ni,jadi aku pun tak boleh nak kata apalah.’’
‘’OZ?’’ Aku mengerut dahi. ‘’New Zealand aku taulah. Tapi OZ tu apa
pula? Old Zealand ke?’’
Firdaus ketawa mendengar pertanyaanku.
‘’Australia la.Aussie.OZ.New Zealand.NZ. Haha…kelakarlah kau ni Ria.’’
Aku tersenyum nipis mendengar ketawanya.Namun entah kenapa,ketawanya
pada hari itu tidak mampu untuk menceriakan hatiku seperti selalu.Ketawanya
hari ini begitu menyakitkan sekali,bagai mengejekku dari kejauhan.
‘’Err…tak apalah Firdaus.Aku letak telefon dulu.Kredit aku dah nak habis
dah ni.’’ Cepat-cepat aku memberikan alasan.Aku rasa bagaikan aku tidak mampu
mendengar suaranya walau untuk sesaat pun lagi.
‘’Ok.’’ Ringkas jawapan yang diberikan Firdaus sebelum talian
dimatikan.Aku memaling wajah ke arah Nadia.Wajahnya yang putih itu sudah
menjadi merah sekali.Pipinya yang berseri dengan mekap tadi sudah comot
dibasahi dengan air mata.
‘’Dia dah nak pergi,Ary.Dia dah nak pergi jauh.Lepas ni,aku dah tak
boleh nak berhubung dengan dia lagi dah.’’ Luah Nadia dalam esakan.Dia menangis
di dalam pelukanku.
‘’Sabar,Nadia.Kau kena tabah okey.’’ Aku cuba memujuknya,walhal hatiku
sendiri sedang gundah-gulana ketika itu.
‘’UK,UK….’’ Aku menyebut-nyebut perkataan itu
berulang kali sambil terus meneliti peta dunia yang terpampang besar di dinding
perpustakaan itu.
‘’Malaysia terletak di Asia Tenggara,UK pula terletak di barat laut
Malaysia.Jaraknya….. ‘’Aku meletakkan jariku di atas peta dunia itu. ‘’Mak aih,jauhnya!’’ Aku menghempas keluhan
kasar.
‘’Apa yang kau buat tu,Ary?’’ Soalan yang tiba-tiba menerpa itu membuatkan
aku tersentak.Aku menoleh ke belakang dan melihat Nadia sedang memandangku
pelik.
‘’Err… tak ada apalah.’’ Aku pantas mengangkat jariku dari peta. ‘’ Aku saja-saja je tengok peta ni.Nak
mengisi masa terluang.’’ Terasa bodoh pula jawapan yang kuberikan itu.
‘’Tak pernah-pernah kau mengadap peta tu lama-lama macam tu sebelum
ni.Kau ada plan nak pergi luar negara
ke?’’
‘’Ish gila kau.Kau ingat aku ni kaya ke? Passport pun tak ada,nak pergi
luar negara macam mana? Nak suruh aku jadi pendatang haram kat sana?’’ Aku
ketawa,cuba menyembunyikan kegelisahanku.Apabila melihat Nadia seakan curiga
kepadaku,aku pantas mengubah topik.
‘’Kau ni pula,tadi kau pergi mana? Masa keluar dewan tadi tak tunggu aku
pun.’’
‘’Aku tak pergi mana-mana pun.Cuma ambil angin saja.Nak tenangkan hati
aku yang tak tenteram ni.’’
‘’Kau masih fikirkan tentang hal Firdaus ke?’’ Dugaku.
‘’Yalah, siapa lagi. Dah berapa hari aku tak boleh tidur lena sebab
asyik fikirkan tentang dia yang nak pergi London tu.London tu jauh tau
tak.Jauh! Nampaknya harapan aku nak jumpa dengan dia makin menipislah
jawabnya.Dahlah tak boleh contact
macam sekarang lagi.Sedihnya….’’ Nadia berkata dengan wajah muram.
‘’Kau kata dia tu ada Facebook,kan? Stalk
sajalah Facebook dia tu.At least kau
boleh tahu update terkini dia.’’
‘’Manalah sama perasaan stalk Facebook
dia dengan berhubungan secara terus dengan dia melalui telefon.Sakit betul hati
aku ni.Dahlah pergi untuk selama-lamanya.Sampai ke London pula tu.’’ Rungut Nadia.
‘’London tu jauh sangat ke?’’ Aku terus mengorek cerita daripada Nadia.
‘’Jauhlah cik kak ooi! Naik kapal terbang pun kena tunggu sampai 14 jam
barulah sampai London.12,000 km kot,ingat apa.’’Terang Nadia dengan wajah
sugul.
Aku terdiam.12000 km,jarak yang akan memisahkan aku dan Firdaus selepas
ini.Sekali lagi aku menghempaskan keluhan.
Firdaus,kenapalah kau kena pergi jauh sangat? Whyyyy!!!
Aku menjerit di dalam hati.
AKU tidak dapat menumpukan perhatianku ketika
tutorial.Fikiranku jadi kusut semacam.Entah kenapa,aku terlalu mengambil kisah
akan hal pemergian Firdaus ke London itu.Perkara itu membelenggu diri aku saban
hari,saban waktu sehingga membuatkan kepala aku jadi pening dan tak boleh
memikirkan apa-apa lagi.
Selama-lamanya. London. Selama-lamanya. London.
‘’Ahh!’’ Tiba-tiba di luar kawalanku aku bangun dari kerusi dan
menghempaskan tanganku ke atas meja sehingga Prof. Hanif dan semua pelajar
terperanjat. Semua mata memandang ke arahku.
‘’Maafkan saya.Saya rasa tak sihat pula.Boleh tak saya pergi ke tandas
kejap.’’Soalku seraya berpura-pura memicit kepalaku.
Prof. Hanif mengangguk. Aku terus pergi ke tandas dan mencuci mukaku
kasar. Kemudian aku merenung cermin di hadapanku.
‘’Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku boleh jadi macam ni disebabkan dia? Maksud
aku,suka hati dialah dia pergi ke mana dan berapa lama pun.Dia tu bukan
siapa-siapa pun bagi aku!’’ Soalku pada diriku sendiri. Aku menarik nafas
panjang.
‘’Okey Ariana,cool down
okey.Sebenarnya semua ni tak ada apa-apa pun.Kau jadi macam ni bukan sebab
Firdaus.Bukan sebab dia,okey.Bukan sebab dia.’’ Aku berterusan menyebut
kata-kata itu pada diriku sendiri.Tetapi setiap kali itulah,hatiku
menafikannya.
Aku rasa bagai mahu menjerit sekuat hatiku,tidak tahan berperang dengan
diriku sendiri seperti ini.Aku mencapai telefon bimbitku,dan aku merenung ke
arah skrinnya buat tempoh masa yang agak lama.
Tatkala itu,hatiku tiba-tiba diselubungi rasa sedih.Selepas ini,aku
takkan dapat menghubungi Firdaus lagi.Selepas ini,aku takkan dapat mendengar
suaranya lagi.Selepas ini,aku takkan dapat meluahkan apa-apa kepadanya
lagi.Selepas ini,aku dan Firdaus akan kembali menjadi orang asing,tidak saling
mengenali antara satu sama lain.
Dan mungkin selepas ini,aku akan terus hilang dari ingatannya.Dia
mungkin akan lupakan aku!
Aku mengetap bibir.Jari-jemariku pantas mendail nombor
Firdaus.Dutt…dutt… Panggilanku tidak berjawab.Hatiku semakin resah.Aku terus
mencuba mendail nombornya buat kali kedua.Masih tidak diangkat.Aku terasa
seperti hendak menangis.Aku mencuba sekali lagi dan kali ini,panggilanku telah
dijawab olehnya.
‘’Helo…’’ Kedengaran sayup-sayup suara Firdaus.Bunyi rintik-rintik hujan
yang deras turun membasahi bumi di talian sebelah sana menyukarkan aku untuk
mendengar suaranya dengan jelas.
‘’Helo Firdaus.Ni aku Ria.’’
‘’Ria,kejap lagi aku call kau
balik.Aku tengah drive seka…’’
‘’Firdaus…’’ Tanpa kusedari suaraku menjadi sebak.Dan air mataku terus
mengalir.
‘’Ria,kenapa ni? Apa dah jadi?’’ Soal Firdaus.Walaupun suaranya tidak
begitu jelas tetapi aku dapat mengesan kerisauan pada nadanya.Hatiku menjadi
semakin sedih.
‘’Firdaus,tolonglah jangan pergi.Aku tak nak kau pergi.’’ Aku terus
menangis teresak-esak.Terus aku meluahkan isi hatiku yang aku sendiri tidak
pernah sedari selama ini.Ketika itu,tiada lagi rasa malu yang terbit dalam
diriku.
‘’Ria,apa yang kau cak….Ahhh!!!!’’ Tiba-tiba Firdaus menjerit
panjang,diiringi dengan bunyi dentuman yang begitu kuat
sekali.Kemudian,bunyi hon kereta terus
kedengaran tanpa henti.
‘’Firdaus! Firdaus! Apa yang dah jadi? Firdaus!’’ Aku bertanya dengan
suara cemas apabila dapat kudengar suara Firdaus yang mengerang kesakitan.
‘’Ahhh!!’’ Teriakan Firdaus yang kedengaran sayup-sayup itu membuatkan
aku semakin tak senang duduk.
‘’Firdaus! Tolonglah bercakap dengan aku! Firdaus!’’ Aku berasa bagaikan
mahu gila pada waktu itu.Apatah lagi,suara Firdaus yang mengerang kesakitan itu
semakin perlahan dan akhirnya hilang begitu saja.Yang kedengaran hanyalah bunyi
hujan yang turun semakin lebat dan dentuman petir yang begitu kuat sekali
membelah langit.
‘’Firdaus!’’
No comments:
Post a Comment